Daulat Tuanku

DYMM Yang Di-Pertuan Agong Ke-13

DYMM Yang Di-Pertuan Agong Ke-13
Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

Raja Permaisuri Agong

Raja Permaisuri Agong
Tuanku Nur Zahirah

Perdana menteri Malaysia

Perdana menteri Malaysia
YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Renung-renungkanlah…!

“Dalam setandan pisang tak semua elok dan tak semuanya buruk”

“Perasaan sayang hanya akan menutup mata dari melihat kecacatan, yang tampak hanyalah bagusnya sahaja. Rasa benci pula akan menutup mata dari melihat kebaikan, yang tampak hanyalah cacatnya sahaja. Jadi janganlah PERASAAN MENGALAHKAN AKAL….!” Abuya Hamka

Pengikut

selamat datang

salam ukhuwah salam perpaduan...

Ana ingin memohon kemaafan di atas kekhilafan ana dalam menulis
atau memberi komen di blog-blog anta semua menggunakan pengenalan Sayyidina umar Al-Khattab. kerana setiap manusia sentiasa melakukan kekhilafan dan menjadi tabiat manusia itu sendiri bersikap lalai, begitu jugalah ana insan yang lemah.

wassalam

adakah anda berpuashati dengan blog BAKTIRAKYAT???

jantina

peringkat umur

Bangsa

28 April 2009

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

assalamualaikum smua...

ana menyeru kepada smua yg melawat channel ana supaya jgnlah kita berpecah belah..igt KAFIR LAKNATULLAH tgh mencari peluang utk memusnahkan kita. ana mahu memberi penekanan di sini jgn salah aggp tentang JIHAD,krana sstengah org terutama NON-MUSLIM keliru dengan perkataan JIHAD,ada jgk umat islam yg keliru tentang ini...apa yg kita tgk di TV n dada2 akhbar ttg "JIHAD" dgn mengebom tmpat awam..itu bkn jihad namanya...JIHAD adlh mempertahankan ISLAM bila di ancam. kita DILARANG dalam agama menyakiti manusia yg tidak mendatangkan ancaman terhadap kita terutamanya warga emas,wanita dan kanak-kanak,skalipun mereka ini kafir harbi. kita hanya boleh berjihad sekiranya keselamatan kita terancam seperti di palestin skrg ini....dlm keadaan palestin kita sebagai umat islam HARUS BERJIHAD bagi membebaskan umat islam palestin...yang kita tgk bom kereta api,bom bas,bom pusat2 keramaian dan sebagainya itu bukan jhad...itu di tegah sama skali dlm islam. kalau warga emas,wanita, dan kanak2 itu mendatangkan bahaya barulah kita boleh membunuhnya...ini yang ramai umat islam,dan KAFIR2 LAKNATULLAH sering salah faham....

17 April 2009

Apa Ertinya Saya Menganut Islam (04)



oleh:Fathi Yakan



Sambungan.....


Saya Mestilah Bersifat Seorang Muslim Terhadap
Keluarga Saya

Sebenarnya apabila saya telah menganut agama Islam, saya wajib menjadi
seorang pendukung risalah ini di dalam kehidupan bahkan saya wajib
menjadikan seluruh kehidupan saya mematuhi segala arahan risalah ini.
Maka apabila anutan saya terhadap Islam mewajibkan saya menjadi
Muslim di dalam sudut kejiwaan, akidah, ibadah dan akhlak maka kewajipan
yang sama juga menuntut saya berusaha menjadikan masyarakat yang saya
hidup di dalamnya sebagai masyakat muslim.
Adalah tidak memadai dengan saya menjadi muslim seorang diri sahaja
sedangkan orang-orang di sekeliling saya tidak dihiraukan, kerana di antara
kesan-kesan dari seruan Islam dan kemesraannya di dalam jiwa manusia (jika ia
telah benar-benar beriman) ialah ia merasai tanggungjawabnya terhadap orang
lain dengan mengajak dan menasihati mereka dengan Islam serta ghairah
mengambil berat ke atas mereka sebagai realisasi dari amaran Rasulullah:

Yang bermaksud: "Barang siapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil
peduli urusan umat Islam maka ia bukan dari golongan mereka". (Hadith riwayat al-
Baihaqi dalam “Shuab al-Iman”, at-Tabari, Abu Nua’im dalam “Hilyah” dan al-
Hakim.)
Bertitik tolak dari sinilah menyusulnya satu tanggungjawab ke atas saya,
iaitu tanggungjawab menegakkan masyarakat Islam dan tanggungjawab
menyampaikan Islam kepada masyarakat.
Langkah pertama dari tanggungjawab ini dan merupakan langkah yang
bersifat tabii dalam usaha ini, saya mestilah jadikan rumah-tangga saya sebuah
rumah-tangga muslim. Saya mestilah menyampaikan risalah Islam kepada
"masyarakat kecil saya" yang terdiri dari ahli-ahli keluarga saya, isteri-isteri saya,
anak-anak saya, seterusnya kepada kaum kerabat saya yang dekat dan inilah
cara yang dilakukan oleh Rasulullah di permulaan dakwahnya.

Firman Allah:
Maksudnya: Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain
bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab
seksa. 214- Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.
215- Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orangorang
yang beriman. (Surah Al-Syu'ara' 26: Ayat 213-215).

Dari penjelasan di atas nyatalah bahawa tanggungjawab seorang muslim
selepas tanggungjawab ke atas dirinya sendiri ialah tanggungjawab terhadap
ahli keluarganya, rumah-tangganya dan anak-pinaknya. Berdasarkan dalil
firman Allah:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga
kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka
itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka
tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan
mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (Surah Al-Tahrim 66: Ayat 6)
4.1- Tanggungjawab Sebelum Berumah-tangga.

Untuk membantu saya menjayakan usaha membina sebuah rumah-tangga
yang baik, Islam telah menunjukkan beberapa anasir dan sebab-sebab
yang memudahkan tanggungjawab dan pencapaian matlamat pembinaan
rumah-tangga saya. Di antaranya ialah:

1. Saya mestlah memastikan perkahwinan saya adalah kerana Allah atau
dengan kata lain membina rumah-tangga muslim, untuk melahirkan
keturunan yang salih, menjadi keluarga yang mampu menunaikan
amanah serta memastikan pelaksanaan hidayah Allah itu secara
berterusan sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
"Satu keturunan yang sebahagiannya (turunan) dari yang lain" (Surah Ali-
Imran 3: Ayat 34)

2. Saya mestilah menjadikan tujuan perkahwinan saya adalah untuk
menjaga pandangan saya, memelihara kemaluan saya serta bertakwa
kepada Allah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Ada tiga golongan yang Allah berhak menolong mereka. Pertama: Orang
yang berjihad pada jalan Allah. Kedua: hamba mukatab (yang berjanji untuk
menebus diri) yang menunaikan bayaran dan ketiga orang yang berkahwin
kerana ingin memelihara dirinya". (Hadis riwayat Al-Tirmizi).
Dan sabdanya lagi yang bermaksud:
"Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh
dari agamanya maka bertakwalah ia pada separuh yang lain". (Hadis
riwayat oleh Al-Tabrani Fil-Ausath)


3. Saya mestilah memilih bakal isteri yang baik kerana dengannyalah
saya berkongsi hidup dan menjadi teman dalam perjuangan,
sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Pilihlah untuk keturunanmu (wanita yang baik) kerana sesungguhnya
keturunan itu menjadi pertikaian. Dalam satu riwayat yang lain dikatakan:
Keturunan itu menjadi desas-desus". Dalam satu lagi riwayat yang lain
disebut: "Hendaklah engkau berkahwin dengan orang sekupu dan
kahwinkanlah (anak-anakmu) dengan yang sekupu. (Hadith riwayat Ibn
Majah dan Abu Mansur ad-Dailami dalam Musnad al-firdaus))

4. Saya mestilah memilih wanita yang baik akhlak dan pegangan
agamanya sekalipun ia mungkin tidak punya harta kekayaan dan
kecantikan kerana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana kecantikannya kerana boleh jadi
kecantikan itu akan membinasakannya, janganlah kamu mengahwini mereka
kerana kekayaannya, kerana mungkin kekayaan itu merosakkannya tetapi
kahwinilah mereka atas dasar pegangan agamanya. Hamba perempuan yang
rabik dan hodoh tetapi baik agamanya adalah lebih utama". (Hadis riwayat
Ibnu Majah)

5. Saya mestilah berhati-hati supaya tidak menyalahi perintah Allah
dalam urusan ini, kerana takut kemurkaan dan seksaan Allah. Kerana
mengingati amaran Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesiapa yang mengahwini wanita kerana memandang kepada kemuliaan
(kedudukannya) sahaja, Allah tidak akan menambah apa-apa kepadanya
melainkan dengan kehinaan, sesiapa yang berkahwin kerana hartanya, Allah
tidak akan menambahnya kecuali kefakiran, sesiapa yang berkahwin kerana
keturunannya Allah tidak akan menambahnya kecuali kerendahan tetapi
sesiapa yang mengahwini wanita kerana menjaga pandangannya dan
memelihara kemaluannya (dari perkara haram) atau kerana menghubungkan
silaturahim, Allah akan memberkatinya dan isterinya". (Hadith riwayat
Abu Nuaim)


4.2- Tanggungjawab Selepas Berumah-tangga.

Sebenarnya pemilihan bagi mendapatkan isteri yang baik oleh saya
tidaklah bererti terlepasnya tanggungjawab terhadapnya selepas
perkahwinan. Malah tanggungjawab yang lebih besar segera bermula
sebaik sahaja saya berumah-tangga. Di antara tanggungjawab tersebut
diperturunkan seperti berikut:

1. Saya mestilah berlaku baik terhadapnya dan memuliakan dalam
hubungan muamalah untuk membina jambatan saling mempercayai
di antara saya dengannya sebagaimana Rasulullah bersabda:
"Orang yang paling baik di antara kamu adalah orang yang paling baik
perlakuan terhadap isterinya dan akulah orang yang paling baik perlakuan
terhadap isteri". (Hadith riwayat Tirmizi daripada ‘Aisyah)
Dan sabda Rasulullah s.a.w:
"Orang-orang mukmin yang sempurna imannya ialah mereka yang
baik akhlaknya dan berlemah-lembut terhadap isteri mereka".
(Hadith riwayat Tirmizi)

2. Hubungan saya dengan isteri tidak seharusnya terbatas kepada
hubungan di tempat tidur dan melepaskan keinginan syahwat sahaja.
Malah hubungan antara kami itu mestilah hubungan yang dapat
menjalinkan persefahaman dalam pemikiran, kejiwaan dan kasih
sayang. Kami sama-sama membaca, menunaikan sebahagian dari
'ibadat bersama-sama turut mengatur urusan rumah-tangga dan
meluangkan waktu tertentuuntuk bergurau-senda dan bermanja.



Dalam urusan 'ibadah Allah s.w.t berfirman:Maksudnya:
"Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan sembahyang dan
bersabarlah kamu dalam mengerjakannya..." (Surah Taha 20: Ayat 132)
Dan firman Allah:
Maksudnya:
"Dan ia (Nabi Ismail a.s) memerintahkan ahlinya mendirikan sembahyang
dan menunaikan zakat dan ia adalah seorang yang diredai di sisi Tuhannya".
(Surah Maryam 19: Ayat 55)
Dalam hal bermesra dengan isteri, Rasulullah s.a.w pernah berlumba kejar
dengan Aisyah r.a. Manakala dalam hal membantu urusan
rumah-tangga, baginda melakukan banyak kerja, di antaranya baginda
menjahit serta memperbaiki kasut.


3. Selain dari perkara-perkara di atas, seluruh hubungan saya dengan
isteri saya mestilah tidak terkeluar dari batas-batas syariat, tidak
menjatuhkan nama baik Islam dan tidak tercebur ke dalam hal-hal
yang haram kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w memberi amaran:
"Tidak ada seorang yang tunduk menurut kehendak wanita melainkan Allah
mencampakkannya ke dalam neraka".
Rasulullah juga bersabda:
"Seorang itu tidak menemui Allah dengan membawa dosa yang sangat besar
dari kejahilan isterinya".1
Sabda baginda lagi: "Celakalah orang yang menjadi hamba isterinya".

4.3- Tanggungjawab Bersama Dalam Mendidik Anak-anak.


Sebenarnya kejayaan dalam perkahwinan dengan memilih isteri yang
salihah dan membentuk pasangan suami-isteri yang serasi dengan acuan
Islam merupakan saham yang sangat besar dalam membantu
melaksanakan pendidikan Islam kepada anak-anak. Sebaliknya kegagalan
perkahwinan dan tersalah pilih bakal isteri adalah punca kepada
keburukan dan keruntuhan ke atas rumah-tangga seluruhnya.
Apapun pertentangan yang berlaku dalam kehidupan suami isteri akan
memberi kesan secara langsung ke dalam pendidikan anak-anak dan jiwa
mereka. Ekoran dari ini sebahagian dari sifat-sifat kekusutan jiwa dan
penyimpangan akan diwarisi pula oleh anak-anak. Oleh yang demikian
anasir yang pertama yang dapat menjamin terlaksananya pendidikan
secara Islam ke atas kanak-kanak ialah melaksanakan perkahwinan
menurut yang dianjurkan oleh Islam.



Pada hakikatnya hasil yang diharapkan dari sebuah rumah-tangga Islam
ialah melahirkan keturunan yang salih seperti firman Allah:
Maksudnya:
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan
berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat
keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan
jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.
(Surah Al-Furqan 25: Ayat 74)

Anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan bersih (fitrah). Ia akan menjadi
seorang yang salih bila mendapat pendidikan yang baik. Sebaliknya jika
ia hidup membesar dalam suasana keluarga yang terpesong dan
menyeleweng ia juga akan turut terpesong dan menyeleweng
sebagaimana sabda Nabi s.a.w:
"Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan bersih (fitrahnya) maka kedua ibu
bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
(Muttafaqun'Alaih)

Oleh sebab itu Islam memandang berat dalam urusan mendidik anakanak
serta menggesa supaya mencari sebab-sebab, norma-norma serta
udara yang baik untuk menjamin terlaksana tarbiah yang baik. Rasulullah
bersabda:
"Seorang yang mendidik anaknya (dengan baik) adalah lebih baik dari bersedekah
dengan secupak". (Diriwayatkan oleh Al-Tirmizi).
Rasulullah juga bersabda:
"Tidak ada satu pemberian bapa terhadap anak-anak yang lebih dari adab yang
mulia".
Sabda baginda lagi:
"Berlaku pemurahlah kepada anak-anakmu dan bentuklah mereka dengan akhlak
yang mulia". (Hadith riwayat Ibn Majah daripada Ibn ‘Abbas)
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Apabila mati seorang anak Adam, terputuslah segala amalan (dari dia) kecuali
tiga (kebaikan): Sedekah jariah (yang ikhlas), ilmu yang dimanfaatkan dan anak
yang salih yang mendoakan (kebaikan) untuknya". (Hadith riwayat Muslim
daripada Abu Hurairah)






bersambung...

wallahu'Alam...


p/s:selamat berbuka puasa.

16 April 2009

Apa Ertinya Saya Menganut Islam (03)

oleh:Fathi Yakan



Sambungan.....


Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Akhlak


1. Menjauhkan diri dari perkara-perkara syubhat.
2. Memelihara pandangan.
3. Memelihara lidah.
4. Bersifat pemalu.
5. Sersifat lemah-lembut.
6. Bersifat benar.
7. Bersifat tawaduk.
8. Menjauhi sangka buruk dan mengumpat.
9. Bermurah hati.


Kemuliaan akhlak adalah matlamat utama bagi ajaran Islam sebagaimana
yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w tentang tujuan pengutusan baginda:
Yang bermaksud: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan
akhlak".

Hal ini dipertegaskan lagi di dalam Al-Quran:
Yang bermaksud: Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan
memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan
mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan
perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.
(Surah Al-Hajj, Ayat: 41).
Firman Allah lagi:
Yang bermaksud: Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke
pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan
hari akhirat dan segala malaikat dan segala Kitab dan sekalian Nabi dan mendermanya
seseorang akan hartanya sedang dia menyayanginya, kepada kaum kerabat dan anakanak
yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan dan
kepada orang-orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi dan
mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat dan perbuatan
orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian dan
ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan dan dalam masa kesakitan
dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang
demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan
kebajikan) dan mereka itulah juga orang-orang yang bertakwa. (Surah Al-Baqarah,
Ayat: 177).

Kemuliaan akhlak adalah tanda keimanan seseorang kerana ia adalah
hasil dari keimanannya. Adalah tidak dikira beriman seseorang yang tidak
berakhlak. Berhubung dengan hal inilah Rasulullah s.a.w menyatakan:
Bukanlah iman itu hanya dengan cita-cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam
di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan. (Hadis riwayat Ad-Dailami).
Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang apa itu agama? Baginda
menjawab: Kemuliaan akhlak (Husnul Khuluq). Apabila ditanya tentang apa itu
kejahatan, baginda menjawab: Akhlak yang buruk (Su'ul Khuluq).
Akhlak mulia yang dimiliki oleh seseorang hamba merupakan amalan
yang paling berat dalam timbangan di hari kiamat nanti. Oleh itu sesiapa yang
rosak akhlaknya dan buruk amalannya tidak akan dipercepatkan hisabnya.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Yang bermaksud: Tidak ada sesuatu yang lebih berat di atas neraca timbangan
seorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang baik. (Hadis riwayat Abu Daud
dan Tirmizi).

Di dalam Islam akhlak yang mulia itu lahir sebagai hasil dari berbagai
ibadat yang dilakukan. Tanpa hasil ini, tinggallah ibadat-ibadat itu sebagai
upacara dan gerak-geri yang tidak memiliki apa-apa nilai dan tidak membawa
apa-apa faedah. Berhubung dengan sembahyang contohnya, Allah s.w.t
menyebut di dalam Al-Quran:
Yang bermaksud: Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan
mungkar. (Surah Al-Ankabuut, Ayat: 45).
Rasulullah menjelaskan perkara ini dengan sabdanya:
Yang bermaksud: Sesiapa yang sembahyang (tetapi) tidak dapat mencegah (dirinya)
dari berbuat keji dan mungkar, ia akan bertambah jauh dari Allah. (Hadis riwayat
Tabrani).

Rasulullah s.a.w juga menyebut perkara yang sama bagi faedah ibadat puasa:
Yang bermaksud: Apabila seseorang yang berpuasa, janganlah dia melakukan rafath
(mengeluarkan kata-kata yang boleh menimbulkan rasa berahi, lucah atau bersetubuh)
dan bertengkar. Jika dia dicerca atau diperangi maka katakanlah: Saya ini sedang
berpuasa. (Muttafaqun alaih).

Berhubung dengan ibadat Haji pula Allah berfirman:
Yang bermaksud: (Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang
termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat
mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri dan tidak boleh
membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji.
(Surah Al-Baqarah, Ayat: 197).

Rasulullah s.a.w bersabda: Yang bermaksud: Sesiapa yang telah sempurna
menunaikan Haji tanpa melakukan rafath (mengeluarkan kata-kata yang boleh
menimbulkan rasa berahi, lucah atau bersetubuh) dan melakukan perkara-perkara yang
fasiq, (bererti) dia kembali (dalam keadaan suci bersih) sebagaimana hari dia dilahirkan
oleh ibunya. (Muttafaqun Alaih).



Sifat-sifat Akhlak Seorang Muslim

Di antara ciri-ciri akhlak yang sewajarnya menghiasi diri seseorang insan
supaya dia menjadi seorang muslim yang benar adalah akhlak-akhlak yang
berikut:

1. Bersifat warak dari melakukan perkara-perkara yang syubhat.


Seorang muslim mestilah menjauhkan dirinya dari segala perkara
yang dilarang oleh Allah dan juga perkara-perkara yang samar-samar di
antara halal dan haramnya (syubhat) berdasarkan ajaran dari hadis
Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Yang bermaksud: Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang/jelas) dan haram itu
nyata (terang/jelas) dan di antara keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran,
yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka sesiapa yang
memelihara (dirinya dari) segala yang kesamaran, sesungguhnya dia memelihara
bagi agamanya dan kehormatannya. Dan sesiapa yang jatuh ke dalam kesamaran,
jatuhlah ia ke dalam yang haram, seperti seorang penggembala yang
menggembala di sekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternakannya)
makan di dalamnya. Ketahuilah bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan.
Ketahuilah bahawa larangan Allah ialah segala yang diharamkannya. Ketahuilah!
Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan
seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah seluruhnya. Ketahuilah! Itulah yang
dikatakan hati. (Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim).

Adapun setinggi-tinggi pencapaian darjat wara' adalah
sebagaimana yang diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadis
baginda:
Yang bermaksud: Seorang hamba (Allah) itu tidaklah termasuk di dalam
martabat golongan muttaqin sehinggalah dia meninggalkan sesuatu perkara yang
tidaklah menjadi kesalahan (jika dilakukan tetapi ia meninggalkannya) kerana
sikap berhati-hati dari terjerumus ke dalam kesalahan. (Hadith riwayat
Tirmizi, Ibn Majah dan Al-Hakim dan Tirmizi berkata: Hadith ini
Hassan)


2. Memelihara Penglihatan:

Seseorang muslim itu mestilah memelihara dirinya dari melihat
perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah kerana pandangan terhadap
sesuatu (yang menarik itu) boleh merangsang syahwat dan merupakan
faktor yang membawanya ke kancah pelanggaran dan maksiat.
Berhubung dengan perkara-perkara ini Al-Quran mengingatkan orang
orang mukmin supaya memelihara diri dari penglihatan yang tidak
memberi faedah.

Allah s.w.t berfirman:
Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki
yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang
yang haram). (Surah An-Nur, Ayat: 30).

Rasulullah s.a.w pula bersabda:
Yang bermaksud: Pandangan itu ada satu penahanan dari penahanan iblis.
(Hadith riwayat Al-Hakim dan At-Tabrani)
Baginda juga mengingatkan:
Yang bermaksud: Kamu hendaklah memelihara pandangan kamu, menjaga
kehormatan (kemaluan) kamu aAllah akan memburukkan muka kamu. (Hadis
riwayat Tabrani).


3. Memelihara Lidah:

Seseorang muslim mestilah memelihara lidahnya dari menuturkan
kata-kata yang tidak berfaedah, perbuatan-perbuatan yang buruk dan
kotor, percakapan-percakapan kosong, mengumpat keji dan mengadu
domba. Imam Nawawi rahimahullah mengatakan:

Ketahuilah, seseorang mukallaf itu sewajarnya menjaga lidahnya
dari sebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan
kebaikan. Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama sahaja hasilnya
maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri kerana
percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram
atau makruh. Kejadian demikian telah banyak berlaku tetapi kebaikan
darinya adalah jarang.

Sebenarnya banyak dari hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang
menerangkan keburukan dan bencana lidah ke atas yang empunya diri:
Yang bermaksud: Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam neraka itu
sebagai hasil tuaian (jelek) lidahnya. (Hadis Riwayat Tirmizi).

Rasulullah s.a.w juga bersabda:
Yang bermaksud: Bukanlah dia seorang mukmin (jika) dia suka menuduh, suka
melaknat, bercakap kotor dan keji. (Hadis riwayat Tirmizi).
Sabdanya lagi:
Yang bermaksud: Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya,
sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan siapa yang banyak
dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya. (Diriwayatkan oleh
Baihaqi).

4. Bersifat Pemalu:

Seseorang muslim mestilah bersifat pemalu dalam setiap keadaan.
Namun demikian sifat tersebut tidak seharusnya menghalangnya dari
memperkatakan kebenaran. Di antara sifat pemalu seseorang ialah ia
tidak masuk campur urusan orang lain, memelihara pandangan,
merendah diri, tidak meninggikan suara ketika bercakap, berasa cukup
serta memadai sekadar yang ada serta sifat-sifat seumpamanya.
Diceritakan daripada Rasulullah s.a.w bahawa baginda adalah
seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu dari anak gadis yang berada di
balik tabir.
Rasulullah s.a.w bersabda:

Yang bermaksud: Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang atau enam puluh
cabang, maka yang paling utama ialah ucapan Lailaha Illallah (Tidak ada tuhan
yang sebenarnya melainkan Allah) dan yang paling rendah ialah membuang duri
dari jalan dan sifat malu ialah satu cabang dari iman. (Hadis riwayat Baihaqi).

Berhubung dengan sifat malu ini para ulama mengatakan:
Hakikat malu itu ialah sifat yang menggerakkan seseorang itu
meninggalkan kejahatan dan menghalangnya dari mencuaikan hak orang
lain.




5. Bersifat Lemah-lembut dan Sabar:


Di antara sifat-sifat yang paling ketara yang wajib tertanam di
dalam diri seseorang Muslim ialah sifat sabar dan lemah-lembut kerana
kerja-kerja untuk Islam akan berhadapan dengan perkara-perkara yang
tidak menyenangkan, malah jalan dakwah sememangnya penuh dengan
kepayahan, penyeksaan, penindasan, tuduhan, ejekan dan persendaan
yang memalukan.

Semua halangan-halangan ini sering dihadapi oleh
para petugas amal Islami, sehingga hemah mereka menjadi pudar,
gerakan menjadi lumpuh malah mereka mungkin terus berpaling
meninggalkan medan dakwah.



Dari keterangan ini jelaslah tugas dan tanggungjawab seseorang
pendakwah adalah satu tugas yang amat sukar. Ia bertanggungjawab
menyampaikan dakwah kepada seluruh lapisan manusia yang berbeza
kebiasaan, taraf pemikiran dan tabiatnya. Da'ie akan menyampaikan
dakwahnya kepada orang-orang jahil dan orang alim, orang yang
berfikiran terbuka dan orang yang emosional (sensitif), orang yang
mudah bertolak ansur dan orang yang keras kepala, orang yang tenang
dan orang yang mudah tersinggung.

Oleh yang demikian dia wajib menyampaikan dakwah kepada semua golongan itu sesuai dengan kadar

kemampuan penerimaan akal mereka. Ia mestilah berusaha menguasai
dan memasuki jiwa mereka seluruhnya. Semua ini sudah pasti
memerlukan kekuatan dari kesabaran yang tinggi, ketabahan dan lemah lembut.
Oleh itu kita dapati banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi
menganjurkan dan mengarahkan agar seseorang da'ie itu itu berakhlak
dengan sifat sabar, lemah-lembut dan berhati-hati.


A. Arahan-arahan Dari Al-Quran:


Di antara arahan-arahan Al-Quran ialah:

1. Firman Allah:
Yang bermaksud: Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan
memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu
adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).
(Surah Asy-Syura, Ayat: 43).

2. Firman Allah:
Yang bermaksud: Oleh itu biarkanlah (golongan kafir yang mendustakan
kamu itu wahai Muhammad) serta layanlah mereka dengan cara yang elok.
(Surah Al-Hijr, Ayat: 85).

3. Firman Allah:
Yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang
akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.
(Surah Az-Zumar,Ayat: 10).

4. Firman Allah:
Yang bermaksud: Dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta
melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah
mengampunkan dosa kamu? (Surah An-Nur, Ayat: 22).

5. Firman Allah:
Yang bermaksud: Dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab,
hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang
selamat dari perkara yang tidak diingini. (Surah Al-Furqaan, Ayat: 63).




B. Arahan-arahan dari hadis-hadis Nabi ialah:


1. Sabda Rasulullah s.a.w:

Yang bermaksud: Sesungguhnya seorang hamba itu akan mencapai darjat
orang-orang yang berpuasa serta bersembahyang malam dengan sifat lemah lembutnya.
(Hadith riwayat Tirmizi daripada ‘Aishah dan Abdul Qadir
al-Arnaut berkata: Sanadnya sahih)

2. Sabda Rasulullah s.a.w:
Yang bermaksud: Mahukah aku memberitahu kamu suatu perkara yang
dengannya Allah akan memuliakan binaan (kedudukan seseorang) dan
mengangkatnya kepada beberapa darjat ketinggian. Mereka menjawab: Ya!
Wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Berlemah-lembutlah kamu terhadap
orang jahil, maafkanlah orang yang menzalimi kamu, hulurkanlah pemberian
kepada orang yang menahan pemberiannya kepadamu dan sambunglah
hubungan silaturahim terhadap orang yang memutuskannya terhadap kamu.
(Hadith riwayat At-Tabrani dan Al-Bazzar)

3. Rasulullah s.a.w juga bersabda:

Yang bermaksud: Apabila Allah s.w.t menghimpunkan makhluk-Nya di
hari Kiamat, penyeru pada hari itu menyeru: "Di manakah orang-orang yang
mempunyai keistimewaan". Baginda bersabda: "Lalu bangun segolongan
manusia dan bilangan mereka adalah sedikit. Mereka semua bergerak dengan
cepat memasuki syurga lalu disambut oleh para malaikat." Kemudian mereka
ditanya: "Apakah keistimewaan kamu?" Mereka menjawab: "Apabila kami
dizalimi kami bersabar, apabila dilakukan kejahatan kepada kami, kami
berlemah-lembut". Lalu dikatakan kepada mereka: "Masuklah kamu ke dalam
Syurga kerana ia adalah sebaik-baik ganjaran bagi orang-orang yang
beramal". (Hadith riwayat Al-Baihaqi dalam “Shuab al-Iman” dan
beliau berkata: “Terdapat kelemahan dalam sanadnya.”)


C. Contoh-contoh Praktikal Dari Nabi-nabi:

1. Pada hari peperangan Hunain seorang (yang tidak puas hati dengan
pembahagian rampasan perang) berkata: "Demi Allah, sesungguhnya
ini adalah pembahagian yang tidak adil dan tidak bertujuan mendapat
keredaan Allah". Setelah diceritakan kepada Rasulullah s.a.w, baginda
bersabda:
Yang bermaksud: Semoga Allah merahmati Nabi Musa kerana ia disakiti
lebih dari ini tetapi ia sabar. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim
daripada Ibn Mas’ud)



2. Anas r.a telah berkata:
Yang bermaksud: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w telah memasuki sebuah
masjid. Ia memakai kain selendang buatan Najran yang kasar buatannya.
Tiba-tiba seorang Arab Badwi datang dari arah belakang baginda lalu
menarik kain tersebut dari belakang sehingga meninggalkan kesan di leher
baginda. Badwi tersebut berkata: "Wahai Muhammad, berikanlah kepada
kami harta Allah yang ada di sisimu, lalu Rasulullah s.a.w berpaling
kepadanya dengan wajah yang tersenyum dan baginda bersabda:
"Perintahkan kepada yang berkenaan supaya berikan kepadanya. (Hadith
riwayat Bukhari dan Muslim)


3. Abu Hurairah menceritakan:

Yang bermaksud: Bahawa seorang Arab Badwi telah berkata kepada
Rasulullah s.a.w: "Wahai Muhammad! Bawalah gandum ke atas dua ekor
untaku, kerana kalau engkau buat begitu ia bukan harta engkau dan bukan
juga harta bapa engkau". Kemudian dia menarik kain selendang Rasulullah
s.a.w meninggalkan kesan kemerahan di leher baginda. Lalu Rasulullah s.a.w
memerintahkasupaya membawa kepada Badwi tersebut seguni gandum dan
tamar.


4. At-Tabrani menceritakan:

Yang bermaksud: Bahawa seorang wanita bercakap lucah (iaitu percakapan
yang boleh membangkitkan berahi) kepada sekumpulan lelaki, lalu dia
melintas di hadapan Rasulullah s.a.w ketika Nabi sedang memakan roti
berkuah di atas tanah. Kemudian wanita tersebut berkata: "Kamu lihatlah
kepadanya, dia duduk seperti seorang hamba abdi dan dia makan juga seperti
seorang hamba abdi".


5. Abu Hurairah r.a menceritakan:

Yang bermaksud: Seorang lelaki berkata: "Wahai Rasulullah!
Sesungguhnya saya mempunyai kaum kerabat yang selalu saya hubungi
mereka tetapi mereka semua memutuskan hubungan dengan saya, saya
berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berbuat jahat kepada saya, saya
berlemah-lembut dengan mereka tetapi mereka bersikap keras kepada saya".
Lalu baginda bersabda: "Jika sekiranya engkau berbuat seperti yang engkau
katakan seolah-olah engkau menjemukan mereka dan engkau tetap akan
mendapat pertolongan dari Allah selama engkau berbuat demikian".



6. Pada suatu ketika datang seorang Yahudi menuntut hutang
daripada Rasulullah s.a.w dengan berkata: "Kamu dari Bani Abd.
Manaf adalah bangsa yang suka melambat-lambatkan pembayaran
hutang". Ketika itu Umar bin Al-Khattab ada bersama dan dia hampir-hampir
memenggal leher Yahudi itu, lalu Rasulullah s.a.w berkata
kepadanya: "Wahai Umar! Sepatutnya engkau menyuruhnya meminta
kepadaku dengan cara yang baik dan menuntut aku juga membayar
dengan baik".


7. Diriwayatkan bahawa Nabi Isa a.s bersama para pengikut setianya
(Hawariyyun) menjelajah dari satu kampung ke satu kampung yang
lain kerana berdakwah. Lalu di dalam dakwahnya itu dia bercakap
kepada manusia dengan cara yang baik, sebaliknya mereka
membalasnya dengan kata-kata yang buruk, kutukan dan maki
hamun. Para pengikut setia Nabi Isa merasa hairan terhadap tindakan
itu lalu mereka bertanya tentang rahsia perbuatan sedemikian.
Baginda berkata: "Setiap orang itu mengeluarkan (membelanjakan)
apa yang ada padanya".


Semua peristiwa di atas dan peristiwa lainnya menjadi bukti yang
menguatkan lagi tuntutan ke atas para pendakwah supaya bersifat
lemah-lembut, sabar dan berlapang dada khususnya apabila cabaran-cabaran
yang menyakitkan itu datangnya dari kaum kerabat, sahabat
handai, orang-orang yang dikasihi, teman-teman rapat dan saudara
mara kerana sifat lemah-lembut, sabar dan berlapang dada itu akan
menghasilkan kasih-sayang, kelembutan hati dan menghapuskan
perpecahan serta perbezaan. Cukuplah seseorang pendakwah itu
melakukan apa yang diredai oleh Allah.


8. Bersifat Benar dan Jujur.

Seorang muslim itu mestilah bersifat benar dan tidak berdusta.
Berkata benar sekalipun kepada diri sendiri kerana takut kepada Allah
dan tidak takut kepada celaan orang. Sifat dusta adalah sifat yang
paling jahat dan hina malahan ia menjadi pintu masuk kepada tipu
daya syaitan. Seseorang yang memelihara dirinya dari kebiasaan
berdusta bererti dia memiliki pertahanan dan benteng yang dapat
menghalang dari was-was syaitan dan lontaran-lontarannya. Berhati-hati
dan memelihara diri dari sifat dusta akan menjadikan jiwa
seorang itu mempunyai pertahanan dan benteng yang kukuh
menghadapi hasutan dan tipu-daya syaitan.


Dengan demikian jiwa seseorang akan sentiasa bersih, mulia dan terhindar dari tipu-daya
syaitan. Sebaliknya sifat dusta meruntuhkan jiwa dan membawa kehinaan kepada peribadi insan. Lantaran itu Islam mengharamkan sifat dusta dan menganggap sebagai satu penyakit dari penyakit-penyakit yang laknat.
Rasulullah s.a.w bersabda:

Yang bermaksud: Sesungguhnya sifat benar membawa kepada kebajikan
dan sesungguhnya kebajikan itu membawa ke syurga. Seseorang yang
sentiasa bersifat benar hinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang
benar. Dan sesungguhnya sifat dusta itu membawa kepada kezaliman
(kejahatan) dan kejahatan itu membawa ke neraka. Seorang lelaki yang
sentiasa berdusta sehinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta".
(Muttafaqun Alaih).


9. Bersifat Rendah Diri

Seseorang muslim mestilah bersifat tawaduk atau merendah diri
khususnya terhadap saudara-saudaranya yang muslim dengan cara
tidak membezakan (dalam memberikan layanan) sama ada yang
miskin mahupun yang kaya. Rasulullah s.a.w sendiri memohon
perlindungan kepada Allah agar dijauhkan dari sifat-sifat takbur
(membangga diri). Baginda bersabda:
Yang bermaksud: “Tidak akan memasuki syurga sesiapa yang di dalam
hatinya terdapat sebesar zarrah (sedikit) sifat takbut.” (Hadis riwayat
Muslim).

Di dalam Hadis Qudsi pula Allah berfirman:
Yang bermaksud: Kemuliaan itu ialah pakaian-Ku dan membesarkan diri
itu ialah selendang-Ku. Sesiapa yang cuba merebut salah satu dari keduaduanya
pasti Aku akan menyeksanya". (Hadis Qudsi riwayat Muslim).


10. Menjauhi Sangka Buruk dan Mengumpat:

Menjauhi sangka buruk, mengumpat dan mengintai-intai
keburukan orang lain. Oleh itu seseorang itu mestilah menjauhi sifatsifat
ini kerana mematuhi firman Allah:

Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan
dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang)
kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan
janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang
dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah
seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?

(Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.
(Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu
kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
(Surah Al-Hujuraat, Ayat: 12).
Allah berfirman lagi:

Yang bermaksud: Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti
orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman
dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan
yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan
menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata.
(Surah Al-Ahzaab, Ayat: 58).

Dan Rasulullah s.a.w bersabda:
Yang bermaksud: Wahai golongan yang beriman dengan lidahnya sahaja,
sedang iman belum memasuki hatinya, janganlah kamu mengumpat orangorang
Islam yang lain dan janganlah kamu mengintai-intai keburukan
mereka, kerana sesiapa yang mengintai-intai keburukan saudaranya, Allah
akan membongkar keburukannya sekalipun dia berada di dalam rumahnya.
(Hadis riwayat Abu Daud).


11. Bersifat Pemurah.

Seorang Muslim mestilah bersifat pemurah, sanggup berkorban
dengan jiwa dan harta bendanya pada jalan Allah. Di antara cara yang
dapat menyingkap kebakhilan seseorang itu ialah dengan cara
memintanya membelanjakan wang ringgit kerana berapa banyak dari
kalangan mereka yang berkedudukan, bercita-cita tinggi serta
berpangkat gugur tercicir dari jalan ini, disebabkan oleh sikap rakus
terhadap mata benda. Di dalam Al-Quran sendiri terdapat berpuluh-puluh
ayat yang menjelaskan ciri-ciri keimanan yang dikaitkan
dengan sifat pemurah.

Di antaranya:
Yang bermaksud: Dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami
kurniakan kepada mereka. (Surah Al-Anfaal, Ayat: 3).

Yang bermaksud: Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan
(pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu
sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana
menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang
halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu dan (balasan
baik) kamu (itu pula) tidak dikuran. (Surah Al-Baqarah, Ayat: 272).



Orang-orang yang bakhil atau kikir seharusnya mendengar dan
mengambil pengajaran darpesanan Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
Yang bermaksud: Tidak ada suatu haripun yang dilalui oleh seorang hamba
kecuali (hari-hari) didatangi oleh dia Malaikat lalu salah satu darinya berdoa:
"Ya Allah! Berikanlah ganti kepada si hamba yang menafkahkan hartanya".
Manakala Malaikat yang kedua pula berdoa: Ya Allah! Berikanlah kebinasaan
kepada si hamba yang bakhil ini". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)


12. Qudwah Hasanah (Suri Teladan Yang Baik)

Selain dari sifat-sifat yang dinyatakan di atas, seorang muslim
mestilah menjadikan dirinya contoh ikutan yang baik kepada orang
ramai. Segala tingkah-lakunya adalah menjadi gambaran kepada
prinsip-prinsip Islam serta adab-adabnya seperti dalam hal makan
minum, cara berpakaian, pertuturan, dalam suasana aman, dalam
perjalanan malah dalam seluruh tingkah laku dan diamnya.


(Kitab-kitab yang membicarakan secara khusus mengenai tajuk ini
yang dapat dijadikan sebagai renungan oleh para pembaca di
antaranya ialah Kitab Riadhus Salihin karangan Imam Nawawi, Kitab
Khuluqul Muslim (Akhlak Seorang Muslim) karangan Muhammad Al-
Ghazali, Ihya' Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali dan Hayat As-
Sahabah karangan Al-Kandahlawi).






bersambung...

wallahu'Alam...


p/s:selamat berbuka puasa.

Related Posts with Thumbnails

Mencari Damai Di Hati

Mencari Damai Di Hati
Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari panduan,
Kita bongkar rahsia sunah Nabi,
Cari pedoman,
Aku hidup kerana Dia Rabbi,
Dialah teman,
Dialah wali,
Dia mencukupi,
Aku hidup bererti,
Menikmati damai abadi.

(Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi)

barisan PM Malaysia

barisan PM Malaysia
Jasamu tetap di kenang

LAGU WARISAN


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara 3x


Lirik oleh:
Tan Sri Nordin Bin Kardi
Naib Canselor UUM

personaliti mengikut kumpulan darah

KUMPULAN DARAH ‘O’:
Ini adalah jenis pemimpin. Saat melihat sesuatu yg diinginkan, org dgn kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yg kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif.

KUMPULAN DARAH ‘A’:
Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dgn baik dgn org lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dgn santai dan cenderung keras kepala..

KUMPULAN DARAH ‘B’:
Anda punya tabiat keras dan individualis, suka terus-terang tanpa memikirkan org lain dan melakukan segala sesuatu dgn cara sendiri. Namun anda juga kreatif & fleksibel & boleh beradaptasi dgn mudah terhadap situasi. Namun kelemahan yg anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri, yg boleh merugikan..

KUMPULAN DARAH ‘AB’:
Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tpt berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan utk menghibur org lain secara semulajadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.