selamat datang
salam ukhuwah salam perpaduan...
Ana ingin memohon kemaafan di atas kekhilafan ana dalam menulis atau memberi komen di blog-blog anta semua menggunakan pengenalan Sayyidina umar Al-Khattab. kerana setiap manusia sentiasa melakukan kekhilafan dan menjadi tabiat manusia itu sendiri bersikap lalai, begitu jugalah ana insan yang lemah.
wassalam
salam smua :
dah lama ana tak menulis..maaflah nie sebab ngah bizi ngan final...kali nie ana nak sentuh pasal pembebasan 13 tahanan ISA...ana terkejut bila dapat tahu 2org tahanan tidak mahu berterima kasih dengan kerajaan yg dah membebaskan mereka malah dengan lantangnya mengutuk dan memburukkan kerajaan di mata masyarakt samada masyarakat di malaysia mahupun masyarakat antarabangsa.
apa semua nie?? lebih memeranjatkan lagi salah sebuah parti yang meuar-uarkan mereka itu parti islam menyokong supaya uthayakumar tidak berterima kasih kepada kerajaan yang sudah membebaskan mereka daripada tahanan ISA...apa semua nie??
beginikah sikap ORANG ISLAM?? sekalipun uthayakumar mengatakan dia tidak bersalah dan tidak perlu mengucapkan terima kasih,kita sebagai org islam perlu menasihati bukannya menyokong perbuatan tersebut.
ini kerana apa yang ISLAM ajar kita perlu berterima kasih kepada mereka yang membuat kebaikan kepada kita sekalipun berada dalam keadaan yang mana seperti di dakwa oleh uthayakumar...
sikap pemimpin parti berkenaan yg mengeluarkan kenyataan tersebut langsung tidak mencerminkan parti berkenaan sebagai sebuah parti ISLAM. ini kerana kenyataan tersebut langsung tidak menggambarkan peribadi MUKMIN yang sejati..!
apa yang ana hendak tegaskan di sini adalah kita perlu berterima kasih kepada mereka yang membuat kebaikan kepada kita. bukannya mengeluarkan kenyataan yg tidak munasabah...!
Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari panduan,
Kita bongkar rahsia sunah Nabi,
Cari pedoman,
Aku hidup kerana Dia Rabbi,
Dialah teman,
Dialah wali,
Dia mencukupi,
Aku hidup bererti,
Menikmati damai abadi.
(Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi)
LAGU WARISAN
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara 3x
Lirik oleh:
Tan Sri Nordin Bin Kardi
Naib Canselor UUM
personaliti mengikut kumpulan darah
KUMPULAN DARAH ‘O’:
Ini adalah jenis pemimpin. Saat melihat sesuatu yg diinginkan, org dgn kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yg kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif.
KUMPULAN DARAH ‘A’:
Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dgn baik dgn org lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dgn santai dan cenderung keras kepala..
KUMPULAN DARAH ‘B’:
Anda punya tabiat keras dan individualis, suka terus-terang tanpa memikirkan org lain dan melakukan segala sesuatu dgn cara sendiri. Namun anda juga kreatif & fleksibel & boleh beradaptasi dgn mudah terhadap situasi. Namun kelemahan yg anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri, yg boleh merugikan..
KUMPULAN DARAH ‘AB’:
Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tpt berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan utk menghibur org lain secara semulajadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.
1 ulasan:
Catat Ulasan
salam ukhuwah salam perpaduan...
di harapkan kepada sesiapa yang mahu meninggalkan ulasan tolong jangan masukkan unsur2 memaki,mencarut, memfitnah dan sebagainya.
wassalam