Ahli UMNO pon dah bukak mata!
Seloka Perwakilan UMNO Langkawi, Kedah, Encik Ismail Yaacob mencuit hati bukan sahaja di kalangan ahli UMNO, tetapi juga orang Melayu yang bukan penyokong UMNO seperti aku. Hehe. Walaupun dia ni UMNO, namun teguran dia ini kelihatannya adil dan tidak bersifat “membodek” orang atasan demi projek dan jawatan.
Cuma nak berkongsi seloka Perwakilan UMNO Kedah ni untuk dijadikan sebagai iktibar kepada Ahli UMNO dan bukan UMNO.
Cuma nak berkongsi seloka Perwakilan UMNO Kedah ni untuk dijadikan sebagai iktibar kepada Ahli UMNO dan bukan UMNO.
Pulau Langkawi syurga membeli-belah
Tapi sejak minyak naik turun barang-barang semakin murah
Datuk Pengerusi saya minta izin nak cakap dalam bahasa tua
Kalau bukan ikut frasa saya nak sedap suku kata,
Saya nak hayun dalam seloka
Apa yang saya kata semuanya benar belaka
Kepada Datuk Najib bakal Perdana Menteri,
Dalam sebuah kapal seorang saja jurumudi,
Jangan dok selalu dengar penasihat kanan atau kiri
Kena banyak ambil kira kehendak akar umbi
Tahun 2008 dah jadi 2009
Dulu rambut hitam la dah beruban
Banyak makanan sedap dah tak boleh makan
Tu pun tak mau lepas jawatan Ketua Bahagian
Kita kalah pilihan raya jangan dok salah sapa-sapa
Ini balasan Allah kerana kita sendiri punya angkara
Kita terlalu tamak, sombong dan gila kuasa
Teguran akar umbi kita tak ambil kira
Rakyat kata menteri kita tak selesai masalah
Ada saja isu menteri dok cari helah
Menyebabkan rakyat tak tentu arah
Mai pilihan raya Barisan Nasional depa tak pangkah
Baru-baru ni kerajaan kuat kuasa satu peraturan
Tak dan dua hari dia boh “gear gostan”
Suruh tukar penggunaan plastik tong ikan
Nelayan yang miskin pun depa tak kasihan
Kat Menteri Penerangan saya nak pesan
Jangan mudah kita termakan umpan
Berdebat berbuih mulut pun bukan ada kesan
Buktinya kita kalah di dua pilihan raya kecil di dua kawasan
Saya nak tanya kat Menteri Kerja Raya
Siap jalan baru dia bubuh tanda selekoh bahaya
Kalau tahu jalan tu bahaya dok buat buat apa
Lepas tu kita kalut banyak kereta dok berlaga
Penyokong-penyokongnya pula rasa kecil hati
Depa setuju pakat buang pangkah undi
Tujuan nak bagi kalah hanya satu dua kerusi
Mai keputusan pi lima buah negeri
Yang Amat Berhormat Datuk Najib ini pelajaran yang pertama
Sebelum tentu calon, risik-risik dan banyak bertanya
Kalau dok letak juga calon yang akar umbi tak terima
Alamat lima tahun lagilah kita akan merah telinga
Dari warung kopi hingga ke hotel berbintang
Orang dok bercakap Umno dan politik wang
Kata depa gejala ini kalau tak dihalang
Alamat Umno nak jatuh terkangkang
Di negeri Kedah kami jadi pembangkang
Timbul isu buruk depa dok tuduh kita yang rancang
Kita dah sah ikut depan, dak..dia syok ikut belakang
Kita hantar SMS depa hantar gambar telanjang
Mulai sekarang kita mesti berusaha
Sikit berpolitik banyak buat kerja
Kalah atau menang kawasan mesti dijaga
Baru boleh dapat balik lebih dua pertiga
artikel nie ana dapat daripada
http://khairolkhalid.wordpress.com/2009/03/31/ahli-umno-pon-dah-bukak-mata/#comment-257bagus jugak artikel nie....
1 ulasan:
salam ukhuwah...
ana memohon kepada semua pengunjung yang mahu meninggalkan ulasan...tolong memberi ulasan tanpa menggunakan perkataan yang kesat,mencaci,memaki,mengaibkan dan sebagainya sesama kita umat islam...
Catat Ulasan
salam ukhuwah salam perpaduan...
di harapkan kepada sesiapa yang mahu meninggalkan ulasan tolong jangan masukkan unsur2 memaki,mencarut, memfitnah dan sebagainya.
wassalam