Daulat Tuanku

DYMM Yang Di-Pertuan Agong Ke-13

DYMM Yang Di-Pertuan Agong Ke-13
Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

Raja Permaisuri Agong

Raja Permaisuri Agong
Tuanku Nur Zahirah

Perdana menteri Malaysia

Perdana menteri Malaysia
YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Renung-renungkanlah…!

“Dalam setandan pisang tak semua elok dan tak semuanya buruk”

“Perasaan sayang hanya akan menutup mata dari melihat kecacatan, yang tampak hanyalah bagusnya sahaja. Rasa benci pula akan menutup mata dari melihat kebaikan, yang tampak hanyalah cacatnya sahaja. Jadi janganlah PERASAAN MENGALAHKAN AKAL….!” Abuya Hamka

Pengikut

selamat datang

salam ukhuwah salam perpaduan...

Ana ingin memohon kemaafan di atas kekhilafan ana dalam menulis
atau memberi komen di blog-blog anta semua menggunakan pengenalan Sayyidina umar Al-Khattab. kerana setiap manusia sentiasa melakukan kekhilafan dan menjadi tabiat manusia itu sendiri bersikap lalai, begitu jugalah ana insan yang lemah.

wassalam

adakah anda berpuashati dengan blog BAKTIRAKYAT???

jantina

peringkat umur

Bangsa

24 Disember 2009

Singapura?

salam ukhuwah salam perpaduan...


Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil secara perseorangan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau di London pada tahun 1965. Ketika itu Tunku Abdul Rahman bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik di London.

Lee Kuan Yew dan parti PAP pimpinannya enggan bertolak ansur dengan kerajaan Malaysia pimpinan Tunku Abdul Rahman.

Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan. [perlu rujukan]Lee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab.

Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay". Tunku dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'.

Sebaliknya, Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian Malay" dan mendapat sambutan banyak parti di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, kecuali MCA. Gagasan Lee Kuan Yew meliputi Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Sebelum 1963, PAP hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan bertanding di Semenanjung Malaysia sahaja. Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak Perikatan bertanding di Singapura, namun UMNO kalah teruk. Tan Siew Sin merupakan Presiden MCA dan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu. Pada 1964, Lee Kuan Yew mengarahkan PAP bertanding dalam pilihan raya kebangsaan di Semenanjung Malaysia bagi menentang MCA.

UMNO mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang Melayu. Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada autoriti dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian. Sebaliknya Lee Kuan Yew berjanji akan memperbaiki kehidupan orang Melayu melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan.

Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan. Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964, kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura.

Tatkala itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura . Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos pula, sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera.

Kejadian ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dashyat lagi.

17 Disember 2009

Tahun Baru Maal Hijrah 1431

salam ukhuwah salam perpaduan....

di sini ana ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru MAAL HIJRAH 1431 semoga hidup kita akan lebih di berkati oleh ALLAH SWT, sentiasa mendapat naunganNYA, semoga di murahkan rezeki di permudahkan urusan dunia dan akhirat. semoga dosa-dosa yang lalu di ampunkanNYA, dan marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan dan amal di tahun  baru maal hijrah ini... di sini ana memuatkan doa pada Akhir tahun maal hijrah dan doa awal tahun maal hijrah beserta maksudnya....

ana juga ingin memohon keampunan di atas segala salah silap ana kepada mereka-mereka yang mengenali ana dan juga yang sentiasa mengikuti perkembangan blog ana...

wassalam.....



 

________________________________________




nasihat semborono..



salam ukhuwah semua....

sabda rasulullah saw : "orang2 islam ialah orang2 yang mana seluruh orang islam terlepas dari bahaya LIDAH dan tangannya..."

jadi jika kamu semua asyik mengutuk orang,mana islam anta?? ana bukan bercakap atas dasar parti tapi ana bercakap atas dasar ISLAM...! masuk PAS tidak beerti anta islam 100%,jika masuk PAS tapi solatnya tinggal,puasanya kantoi..mana islam anta??? orang2 UMNO pun sama, jika anta tidak menunaikan AMANAH sebagai "IMAM(pemimpin)" mana islam anta?? jika anak isteri anta tidak menutup aurat apa jawapan anta kepada allah swt kelak...??? apa yang ana perhatikan pada komen2 dalam you tube atau mana2 forum...penyokong2 PAS dengan keangkuhan mereka kononnya mereka sahajalah yang terbaik..penyokong2 UMNO pulak terus dengan fakta2 yang sama tanpa henti...


ana tengok dalam youtube banyak video2 yg mengutuk UMNO...adakah ini yg di ajar oleh islam bawaan PAS??? mengutuk sesama ISLAM, mencaci sesama ISLAM...mengaibkan sesama ISLAM??

Allah swt dalam satu ayat telah menegaskan :

"jangan kamu satu kaum yg lain mencela kaum yg lain,kerana kemungkinan kaum yg di cela itu mempunyai kelebihan berbanding kaum yg mencela..."
(hujuraat ayat 11)


adakah kamu semua penyokong2 PAS sudah lupa akan ayat ini atau sengaja melupakannya?? tapi ana tetap bersangka baik kemungkinan anta semua terlupa akan ayat ini...

buah goji

salam ukhuwah salam perpaduan..

kali ni ana merasa sedikit tertarik untuk menulis berkaitan buah goji..
sebelum ni ana langsung tidak pernah mendengar berkenaan buah goji namun setelah di perkenalkan oleh rakan ana, ana semakin berminat untuk mengetahui berkenaan buah goji yang mengandungi banyak khasiat..

selain untuk tenaga batin, buah goji juga sesuai untuk kesihatan luaran..


untuk menceritakan dengan lebih lanjut ana sendiri kurang arif tentang buah goji...jadi kepada sesiapa yang berminat untk mengetahui berkenaan buah goji bolehlah lik disini



 

 

15 Disember 2009

Atlet dan Aurat

salam ukhuwah salam perpaduan..

kali ini ana merasa ringan saja tangan ana untuk membuat satu artikel berkaitan pakaian atlet sukan negara kita..

sebagaimana yang kita tahu semua atlet sukan kita ber'TELANJANG' apabila menyertai sesuatu acara terutamanya bagi atlet wanita. apa yang ana hendak sentuh adalah berkaitan pemakaian atlet wanita yang beragama islam. apakah kita sudah lupa kepada seorang atlet wanita iaitu Ruqaya Al- Ghasara atlet dari Bahrain yang berpakaian menutup aurat yang mana menggegarkan dunia sukan pada sukan asia di DOHA pada tahun 2006 dengan merangkul pingat emas pada acara trek 200meter? untuk mengetahui lebih lanjut klik Disini

di sini juga ana menyertakan gambar2 beliau..








walaupun masih lagi di kira sebagai telanjang seperti apa yang di katakan oleh junjungan besar nabi muhammad saw " berpakaian tetapi telanjang". tetapi iu sudah dikira lebih baik daripada atlet kita yang secara terang ber'TELANJANG'. jika dilihat di sini apakah kita sebagai seorang muslim dan muslimah tidak merasa malu dengan beliau? kita sebagai atlet malaysia yang di akui sebuah negara islam yang berdaulat memakai pakaian yang boleh di anggap telanjang..! kononnya tidak mahu badan terasa berat semasa berlari, tapi pingat apakah yang kita berjaya rangkul? jika atlet dari Bahrain Ruqaya Al-Ghasar boleh menyertai acara trek dengan menutup aurat malah berjaya merangkul pingat emas kenapa kita tidak?

ingatlah, sehelai sahaja rambut seorang wanita itu terdedah ALLAH SWT menyediakan satu neraka untuk setiap helai rambut tersebut....

jadi ana berharap dan memohon kepada Majlis Sukan Negara(MSN) dan Kementerian Belia dan Sukan supaya mengkaji semula cara berpakaian atlet kita terutamanya yang beragama ISLAM supaya menutup aurat semasa menyertai sesuatu acara...besarlah harapan ana supaya MSN dan Kementerian mengkaji semula kod berpakaian atlet-atlet kita..

Wassalam.

14 Disember 2009

Rukun Negara

LATAR BELAKANG Sebelum Rukun Negara diperkenalkan, telah berlaku rusuhan antara kaum pada 13 Mei 1969.  Ketenteraman negara telah terjejas akibat kejadian itu. MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah mengambil alih pentadbiran negara.  MAGERAN telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) untuk membincangkan dan menilai isu perpaduan Negara.  MPN telah memperkenalkan ideologi negara iaitu Rukun Negara.


MATLAMAT DAN PRINSIP RUKUN NEGARA. 
 
Matlamat Rukun Negara - 

 
mengukuhkan perpaduan. memelihara corak hidup demokratik. mencipta sebuah masyarakat yang adil. Menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai. membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi.



Prinsip-prinsip Rukun Negara -

Kepercayaan kepada Tuhan - 
 
Agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia. rakyat yang beragama mudah diurus. perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas -diamalkan.



Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara - 
 
Semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara. Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua negeri. Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi. penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.



Keluhuran Perlembagaan - 
 
Perlembagaan merupakan undang-undang utama perlembagaan dianggap luhur, suci dan unggul rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya.



Kedaulatan Undang-Undang - 
 
Rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang. rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang terpelihara. rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.



Kesopanan Dan Kesusilaan - 
 
Rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila. ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu. amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati.

duit rakyat???????????

salam ukhuwah salam perpaduan...

ana sebenarnya dah lama pendam perkara ni, tak tahu lah apa pandangan pembaca..tapi perkara ni ana anggap sebagai suatu prkara yang serius..ia berkaitan dengan KURANGNYA sifat bersyukur dalam diri rakyat malaysia, terutamanya pihak pembangkang..

ana sering kali terdengar mereka mengeluh terutama apabila melibatkan WANG...! samada dalam bentuk program mahupun projek2

apa yang lebih menghairankan, bila kerajaan buat sesuatu program yang mana program tersebut di buat dengan besar-besaran, mulalah mulut-mulut yang tak tahu di untung bercakap dan mengeji, "tu nak prabih duit rakyat la tu, buat program besar-besar". tapi bila pulak kerajaan buat program cincai ape pulak kata diorang? "kerajaan ni zalim betul, duit rakyat banyak ambil...tapi buat program untuk rakyat? hampeh"...ni lah sikap orang yang tak tahu bersyukur yang patut di keji..

satu lagi, jika kerajaan buat projek mega mulalah suara-suara sumbang mereka bercakap "kerajaan hanya tahu nak habiskan duit rakyat dengan buat benda-benda tidak berfaedah", padahal apa yang kerajaan buat itu untuk kepentingan anak-anak muda dan generasi yang akan datang. tapi lain pula jika projek yang di dirikan itu kecil sahaja, lagi la mereka makin kuat membuat fitnah " ni tak de kerja lain la ni, mesti puak-puak BN makan Rasuah...dasar kerajaan berhati busuk...!" cakap-cakap sebegini ana sering mendengar daripada orang-orang yang mengaku beriman dan islam, tetapi tidak pernah rasa bersyukur.


jadi sekarang ni ana semakin keliru dengan sikap mereka, apakah yang mereka mahukan sebenarnya daripada kerajaan? buat besar pun salah, buat kecik pun salah buat sederhana pun salah. dah jadik macam buah malakona 'di telan mati emak, di luah mati bapak'.

ana juga hairan dengan sikap pembangkang, bagaimana mereka boleh mengatakan duit yang di gunakan oleh kerajaan itu duit mereka? apakah krana mereka membayar zakat, membayar cukai tanah, membayar cukai hasil, membayar cukai jalan dan bermacam-macam lagi kepada kerajaan maka boleh di anggap duit itu, duit mereka? apakah mereka tidak berfikir atau sengaja tidakmahu berfikir?

cuba kita bandingkan, kita pergi ke kedai gunting untuk menggunting rambut, selesai sahaja rambut kita di gunting kita membayar sejumlah wang. maka apabila tukang gunting tersebut membeli rokok dengan upah yang kita berikan kerana menggunting rambut kita, maka kita layak mengatakan "dasar tukang gunting, menggunakan DUIT AKU untuk tujuan maksiat...!" layakkah kita bercakap sedemikian? apakah duit itu masih menjadi hak milik kita sedangkan kita telah menggunakan perkhidmatan mereka? jadi renung-renungkanlah...!

13 Disember 2009

apa Kes DS Nazri ni?

salam ukhuwah salam perpaduan...

ana rasa sudah lama ana tidak menulis berkaitan politik...ini semua gara2 tiada kesempatan untuk jari2 ana menekan keyboard dan melayari internet...

isu ana kali ini sebagaimana isu hangat yang sedang di bicarakan sekarang ini berhubung tindakan biadap Menteri Di jabatan Perdana Menteri Yb. Dato' Seri Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz. ana begitu terkilan kerana sekarang ini Dato' Seri smakin biadap dengan kenyataan2nya yang langsung tidak mencerminka beliau seorang yang berpelajaran...

antara yang ana sempat ikuti kenyataan kurang ajar beliau ialah :-

1. mengatakan perkhidmatan Teksi di negara ini lebih teruk dari Tandas.
2. mengatakan Dr. M adalah seorang yang rasist kerana mempertahankan BTN
3. mengikut kehendak pembangkang supaya modul BTN di ubah

dan lain2 lagi... apakah kerana segelintir pemandu teksi yang tidak memberi layanan yang baik maka seluruh pemandu teksi di cop sebegitu? bukankah itu agak melampaui batas, sebagai Menteri kabinet beliau sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang munasabah...! dan tidak mengguris perasaan orang lain...! sebagai seorang ahli Parlimen apakah beliau tidak mengetahui bahawa di kawasan Parlimen beliau juga mempunyai ramai pemandu teksi? ana berharap di PRU 13 nnti pucuk pimpinan parti meletakkan calon lain untuk bertanding di parlimen Padang Rengas, Perak. atau jika beliau masih di pilih sebagai calon, ana menyeru seluruh pengundi di padang rengas mengundi pihak lawan...!

mengatakan Dr. M seorang yang rasist adalah tidak wajar sama sekali, kerana BTN bukanlah seperti mana yang di dakwa pembangkang...menkut kerajaan negari selangor BTN menghasut supaya peserta membenci pembangkang, sebenarnya siapayang menghasut? ana sendiri pernah mengikuti kursus BTN dan ana tidak merasakan ia menyuruh peserta membenci pembangkang samada secara langsung mahupun secara tidak langsung, sebenarnya jika ramai yang membuka mata dan mengkuti sekolah-sekolah agama rakyat di kelantan, ramai pelajar di semai dengan sikap supaya membenci kerajaan pusat ini bukanlah suatu AUTA...tetapi suatu FAKTA....! jadi di sini siapa yang menghasut? DS Nazri sepatutnya mengecam sama tindakan yang di lakukan oleh kerajaan PAS yang mana menghasut supaya pelajar membenci kerajaan Pusat..! BTN hanya memberi penjelasan berhubung sesuatu isu, dan menyerahkan kepada pelajar untuk berfikir baik dan buruknya...tetapi di sekolah-sekolah agama rakyat di kelantan...mereka meletakkan kerajaan Pusat@BN adalah suatu kerajaan yang jahat....!!!

dan mengikut kerajaan pulau pinang pula..BTN mengajar supaya peserta memaki hamun pembangkang..Lim Guan Eng ni pernah masuk BTN atau tak? sepanjang ana menjalani kursus BTN tidak pernah sekalipun ana di ajar mencarut samada secara langsung mahupun tidak langsung... apa yang ana lihat pihak pembangkang lah yang banyak memaki hamun pihak kerajaan...

ana rasa setakat ni dulu apa yang ana perlu tulis, jika hendak di tulis apa yang ada dalam kepala ana ni, rasanya tak larat nak menaip dan membaca bagi pihak pembaca lagipun masa juga tidak mengizinkan..

wassalam.

09 Disember 2009

Banjir


Berikutan dengan kejadian hujan lebat dan banjir pada masa ini, Kementerian Kesihatan ingin mengingatkan orang ramai sekali lagi terutama yang tinggal di kawasan yang boleh terjejas dan yang telah dilanda banjir supaya mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menghindarkan sebarang kemalangan, kecederaan dan berlakunya penyakit-penyakit berjangkit bawaan makanan dan air seperti , cirit-birit dan umpamanya.

Antara langkah-langkah yang perlu diambil jika berlakunya banjir termasuklah:

*Memastikan air minum dimasak terlebih dahulu atau meminum air botol

*Memastikan bekalan air adalah bersih dan tidak tercemar

*Memasak semua makanan dengan sempurna

*Mengutamakan kebersihan diri khususnya membasuh tangan dengan air bersih dan sabun sebelum mengendali makanan dan selepas menggunakan tandas

*Menjaga kebersihan persekitaran dan tidak membuang sampah merata-rata

*Mendapatkan rawatan di pusat-pusat kesihatan terdekat jika mengalami penyakit seperti sakit perut, cirit-birit, muntah dan lain-lain

*Mengutamakan keselamatan khususnya kanak-kanak agar tidak terdedah kepada air banjir bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini seperti lemas, kecederaan serta jangkitan penyakit

*Mengelakkan daripada menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan diri seperti menyentuh dawai elektrik yang jatuh berdekatan air banjir, mandi-manda dalam air banjir terutama sekali kanak-kanak dan aktiviti menangkap ikan dalam air banjir.

Pusat-pusat kesihatan dan juga hospital-hospital di seluruh negara akan sentiasa memantau mengenai berlakunya sebarang penyakit disebabkan oleh banjir.

Hukum Melancap

Pertanyaan:

Ada seseorang yang berkata: Apabila seorang lelaki melakukan onani, apakah hal itu boleh disebut zina dan apakah hukumnya?

Jawapan:

Ini yang disebut oleh sebahagian orang “kebiasaan tersembunyi” dan disebut pula “jildu ‘umairah” dan “istimna” (onani). Jumhur ulama mengharamkannya, dan inilah yang benar, sebab Allah SWT ketika menyebutkan orang-orang Mukmin dan sifat-sifatnya berfirman,


وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ. إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ .فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ

“Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di sebalik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” (Al-Mukminun: 5-7).

Al-’adiy ertinya orang yang zhalim yang melanggar peraturan-peraturan Allah.
Di dalam ayat di atas Allah memberitakan bahawa barangsiapa yang tidak bersetubuh dengan isterinya dan melakukan onani, maka bererti dia telah melampaui batas; dan tidak syak lagi bahawa onani itu melanggar batasan Allah.

Maka dari itu, para ulama mengambil kesimpulan daripada ayat di atas, bahawa kebiasaan tersembunyi (onani) itu haram hukumnya. Kebiasaan rahsia itu adalah mengeluarkan sperma dengan tangan di saat syahwat bergejolak. Perbuatan ini tidak boleh dia lakukan, ini kerana ia mengandungi banyak bahaya sebagaimana dijelaskan oleh para doktor kesihatan. Bahkan ada sebahagian ulama yang menulis kitab tentang masalah ini, di dalamnya dikumpulkan bahaya-bahaya kebiasaan buruk tersebut. Kewajipan anda, wahai orang yang bertanya, adalah mewaspadainya dan menjauhi kebiasaan buruk itu kerana sangat banyak mengandungi bahaya yang sudah tidak diragukan lagi, dan juga kerana bertentangan dengan makna yang jelas dari ayat al-Qur’an dan menyalahi apa yang dihalalkan oleh Allah bagi hamba-hamba-Nya. Maka dia wajib segera meninggalkan dan mewaspadainya. Dan bagi sesiapa sahaja yang dorongan syahwatnya terasa makin dahsyat dan merasa khuatir terhadap dirinya (perbuatan yang tercela) hendaklah segera menikah, dan jika belum mampu hendaklah berpuasa, sebagaimana arahan
Rasulullah SAW,


يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ. وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ.

“Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah segera bernikah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri. Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.” (Muttafaq ‘Alaih).

Di dalam hadits ini baginda SAW tidak mengatakan: “Barangsiapa yang belum mampu, maka lakukanlah onani, atau hendaklah dia mengeluarkan spermanya”, akan tetapi baginda SAW mengatakan: “Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.”

Pada hadits tadi Rasulullah SAW menyebutkan dua hal, iaitu:

Pertama, Segera bernikah bagi yang mampu.
Kedua, Meredakan nafsu syahwat dengan melakukan puasa bagi orang yang belum mampu bernikah, kerana puasa itu dapat melemahkan godaan dan bisikan syaitan.

Maka hendaklah anda, wahai pemuda, beretika dengan etika agama dan bersungguh-sungguh di dalam berupaya memelihara kehormatan diri anda dengan nikah syar’i sekalipun harus dengan berhutang atau meminjam . Insya Allah, Dia akan memberimu kecukupan untuk melunasinya. Bernikah itu merupakan amal shalih dan orang yang bernikah pasti mendapat pertolongan, sebagaimana Rasulullah tegaskan di dalam haditsnya,


ثَلاَثَةٌ حَقٌّ عَلَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ عَوْنُهُمْ: الْمُكَاتَبُ الَّذِيْ يُرِيْدُ اْلأَدَاءَ وَالنَّاكِحُ الَّذِيْ يُرِيْدُ الْعَفَافَ وَالْمُجَاهِدُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ.

“Ada tiga orang yang pasti (berhak) mendapat pertolongan Allah SWT: al-mukatab (hamba yang berupaya memerdekakan diri) yang hendak menunaikan tebusan dirinya, Lelaki yang bernikah kerana ingin menjaga kesucian dan kehormatan dirinya, dan mujahid (pejuang) di jalan Allah.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah).

Rujukan:
Fatwa Syaikh Bin Baz, dimuat di dalam majalah al-Buhuts, edisi 26, hal. 129-130.
Disalin dari buku Fatwa-Fatwa Terkini Jilid 1, penerbit Darul Haq.

Rukun Iman


Rukun Iman

1. Percaya kepada ALLAH SWT

a. Jika seseorang itu datang kepada Allah SWT dengan dosa sepenuh langit dan bumi tanpa dosa syirik nescaya Alah SWT akan mengampunkannya. Tetapi jika seseorang itu datang kepada Allah SWT tanpa dosa lain kecuali mensyirikkan Allah Swt nescaya Allah Swt tidak akan mengampunkannya.

2. Percaya kepada Para Malaikat
Malaikat itu terdiri daripada 10 yang utama :
a. MalaikatJibril menyampaikan wahyu
b. Malaikat Mikail member rezeki
c. Malaikat Israfil meniup sangkakala
d. Malaikat Izrail mencabut nyawa
e. Malaikat Munkar menyoal dalam kubur
f. Malaikat Nakir menyoal dalam kubur
g. Malaikat Raqib mencatat amalan
h. Malaikat Atid mencatat amalan
i. Malaikat Malik zabaniah menaga neraka
j. Malaikat Malik ridhwan menjaga syurga
3. Percaya kepada Para Rasul
Rasul pula terdiri daripada 25 orang :
1) Nabi Adam a.s
2) Nabi Idris a.s
3) Nabi Nuh a.s
4) Nabi Hud a.s
5) Nabi Soleh a.s
6) Nabi Ibrahim a.s
7) Nabi Luth a.s
8) Nabi Ismail a.s
9) Nabi Ishak a.s
10) Nabi Yaakub a.s
11) Nabi Yusuf a.s
12) Nabi Ayub a.s
13) Nabi Syuaib a.s
14) Nabi Musa a.s
15) Nabi Harun a.s
16) Nabi Dzukifli a.s
17) Nabi Daud a.s
18) Nabi Sulaiman a.s
19) Nabi Ilyas a.s
20) Nabi Ilyasa’ a.s
21) Nabi Yunus a.s
22) Nabi Zakaria a.s
23) Nabi Yahya a.s
24) Nabi Isa a.s
25) Nabi Muhammad Saw Al-Mustafa
4. Percaya kepada Kitab-kitabnya
Kitab-kitab dalam islam itu terdiri daripada 4 buah kitab :
a. Zabur = Nabi Daud A.s
b. Taurat = Nabi Musa A.s
c. Injil = Nabi Isa A.s
d. Al-Quran = Nabi Muhammad SAW
5. Percaya kepada Qada dan Qadar
Qada dan Qadar itu pula terdiri daripada Dua iaitu :
a. Qada dan Qadar yang boleh Diubah
b. Qada dan Qadar yang tidak boleh diubah
6. Percaya kepada Hari kiamat
Kiamat itu di sembunyikan oleh Allah Swt daripada semua hari..tetapi tanda-tandanya telah jelas pada hari ini. Antaranya :
a. Pokok buah-buahan berbuah tidak mengikut musim
b. Maksiat berleluasa
c. Pokok boleh bercakap
d. Waktu semakin singkat
i. Rasulullah SAW bersabda : “tidak akan datang kiamat itu sehingga waktu menjadi semakin singkat setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seperti seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari, sehari dirasakan seperti sejam, sejam dirasakan seperti seminit, seminit dirasakan seperti sedetik”
e. Manusia berlumba-lumba mendirikan bangunan-bangunan tinggi.

08 Disember 2009

Rukun Islam


Rukun Islam


Rukun Islam ialah salah satu faktor penting untuk seseorang itu menjadi seorang muslim, dan rukun islam seperti yang kita ketahui mempunyai 5 perkara yang mana ke lima-lima perkara ini haruslah di patuhi dan di buat tanpa di persoalkan kenapa kita di wajibkan melakukan perkara tersebut.
Rukun Islam ini terdiri daripada :

1. Mengucap dua kalimah syahadah

a. Asyhadu anla ila ha illallah, wa asy hadu annamuhammadarrasulullah

Maksudnya “aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang layak di sembah melainkan Allah swt, dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah”

2. Solat lima waktu sehari semalam

a. Subuh (2 rakaat)

i. Rasulullah SAW bersabda : “perbezaan antara kita orang mukmin dan orang munafik ialah orang mukmin itu tidak kuasa(malas) untuk mengerjakan solat subuh dan isyak”

b. Zuhur (4 rakaat)
c. Asar (4 rakaat)
d. Magrib (3 rakaat)
e. Isyak (4 rakaat)

3. Berpuasa di bulan ramadhan

a. Kita perlu berpuasa dari semua aspek selama sebulan, dari sudut lahir mahupun batin

4. Mengeluarkan zakat

a. Zakat pula perlu di keluarkan di atas banyak sebab dan banyak jenis zakat. Antaranya :

i. Zakat harta
ii. Zakat fitrah
iii. Zakat perniagaan
iv. Zakat ternakan
v. Zakat emas
vi. Dan sebagainya…

5. Mengerjakan haji d Baitullah(Mekah al-mukarramah) jika mampu

a. Sabda rasulullah SAW “jika seseorang itu mampu untuk sampai ke baitullah dari segi pengangkutan dan kesihatan tetapi dia tidak menyampaikan dirinya ke baitullah, maka tidak ada halangan unuk dia mati sebagai seorang yahudi mahupun nasrani”



rota? apa status

salam ukhuwah...salam perpaduan..


ni ana baru terima email dari kakak sulung ana, n die pun terima email dari orang lain..

nasihat ana berhati-hati la masa nak beli makanan, n ni ana publish email 2..

org2 yg kerja kat kilang Rota ni tolong beri penjelasan sikit....

Ni…anak aku beli semalam kat Babu….belum makan lagi…check dulu….alih2…..

Pse jgn main taram je beli jajan.. contoh apollo, cadbury etc. print code ni simpan dlm wallet atauhenset. refer bila nak beli. Semoga Allah menghancurkan kaum2 yg zalim & musyrikin yg cuba menghancurkan Islam. wallahu a'lam

MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT
















1

E

100


16

E

280


31

E

434


46

E

482

2

E

110


17

E

300


32

E

435


47

E

483

3

E

120


18

E

301


33

E

436


48

E

491

4

E

140


19

E

325


34

E

440


49

E

492

5

E

141


20

E

326


35

E

441


50

E

493

6

E

153


21

E

327


36

E

470


51

E

494

7

E

160


22

E

334


37

E

471


52

E

495

8

E

161


23

E

335


38

E

472


53

E

542

9

E

210


24

E

336


39

E

473


54

E

570

10

E

213


25

E

337


40

E

474


55

E

572

11

E

214


26

E

422


41

E

475


56

E

631

12

E

216


27

E

430


42

E

476


57

E

635

13

E

234


28

E

431


43

E

477


58

E

904

14

E

252


29

E

432


44

E

478


59

E

920

15

E

270


30

E

433


45

E

481






















Yg jelas nye.....pringles pun ader gak lemak menatang ni...kalau xcaya tgk ader E471 kat ingredients nya tu...mmg patut lah Allah turunkan bala virus influenza tu....
Xheran lah kalau skg ni ramai sgt samseng, yg muda, yg tua..laki..pompuan. ..sama jer.....solat yg wajib main tinggal jer..doa pun byk yg tak termakbul ekoran makanan2 seperti ni yg jadi darah daging.......nauzubillah..
Camner nak lahirkan lebih ramai islam yg betul2 'muslim'... dari kecik dah disuapkan dgn makanan2 mengarut ni... yg heran nya caner leh ader tanda HALAL bg makanan2 tersebut?

Bijaknya org2 kafir memperdayakan org2 Islam hanya dgn makanan...... Kebijaksanaan mereka xkan kekal lama...
Tp...ingatlah suatu masa yg telah ditetapkan oleh Allah swt, org2 mukmin akan bangkit jua...
Jika kita sedar dan prihatin..forward lah untuk rakan2 seislam...semoga kita lebih berhati2 ngan tipu daya & helah musuh2 Allah swt...

Related Posts with Thumbnails

Mencari Damai Di Hati

Mencari Damai Di Hati
Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari panduan,
Kita bongkar rahsia sunah Nabi,
Cari pedoman,
Aku hidup kerana Dia Rabbi,
Dialah teman,
Dialah wali,
Dia mencukupi,
Aku hidup bererti,
Menikmati damai abadi.

(Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi)

barisan PM Malaysia

barisan PM Malaysia
Jasamu tetap di kenang

LAGU WARISAN


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara 3x


Lirik oleh:
Tan Sri Nordin Bin Kardi
Naib Canselor UUM

personaliti mengikut kumpulan darah

KUMPULAN DARAH ‘O’:
Ini adalah jenis pemimpin. Saat melihat sesuatu yg diinginkan, org dgn kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yg kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif.

KUMPULAN DARAH ‘A’:
Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dgn baik dgn org lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dgn santai dan cenderung keras kepala..

KUMPULAN DARAH ‘B’:
Anda punya tabiat keras dan individualis, suka terus-terang tanpa memikirkan org lain dan melakukan segala sesuatu dgn cara sendiri. Namun anda juga kreatif & fleksibel & boleh beradaptasi dgn mudah terhadap situasi. Namun kelemahan yg anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri, yg boleh merugikan..

KUMPULAN DARAH ‘AB’:
Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tpt berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan utk menghibur org lain secara semulajadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.