Daulat Tuanku

DYMM Yang Di-Pertuan Agong Ke-13

DYMM Yang Di-Pertuan Agong Ke-13
Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

Raja Permaisuri Agong

Raja Permaisuri Agong
Tuanku Nur Zahirah

Perdana menteri Malaysia

Perdana menteri Malaysia
YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Renung-renungkanlah…!

“Dalam setandan pisang tak semua elok dan tak semuanya buruk”

“Perasaan sayang hanya akan menutup mata dari melihat kecacatan, yang tampak hanyalah bagusnya sahaja. Rasa benci pula akan menutup mata dari melihat kebaikan, yang tampak hanyalah cacatnya sahaja. Jadi janganlah PERASAAN MENGALAHKAN AKAL….!” Abuya Hamka

Pengikut

selamat datang

salam ukhuwah salam perpaduan...

Ana ingin memohon kemaafan di atas kekhilafan ana dalam menulis
atau memberi komen di blog-blog anta semua menggunakan pengenalan Sayyidina umar Al-Khattab. kerana setiap manusia sentiasa melakukan kekhilafan dan menjadi tabiat manusia itu sendiri bersikap lalai, begitu jugalah ana insan yang lemah.

wassalam

adakah anda berpuashati dengan blog BAKTIRAKYAT???

jantina

peringkat umur

Bangsa

18 November 2009

tersebutlah kisah

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,

Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri: Oh...sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan : Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri: Eh..mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

Wartawan : Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri: ............ ......... ......... #$#*&^%


di copy di http://www.graduanmelayumuda.blogspot.com

10 November 2009

Amalan Bulan Rejab

salam ukhuwah...salam perpaduan...

sempena bulan zulhijjah ini ana ingin mengucapkan Selamat Datang kepada Bulan Zulhijjah, Bulan yang tidak kurang juga kelebihannya.

di sini ana menyeru supaya marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kepada Rabbul Jalil Allah SWT yang maha berfkuasa atas tiap-tiap makhluk, samada yang nyata, ghaib, bernyawa mahupun tidak dan pemilik hari kemudian.

setelah di teliti banyak fadhilat yang kita akan memperolehi dengan berpuasa selama 9 hari sebelum menjelangnya HARI RAYA AIDIL ADHA...

di bawah ini ana memuatkan fadhilat-fadhilat yang akan kita perolehi dengan berpuasa selama 9 hari bermula 1 Zulhijjah sehingga 9 Zulhijjah...

dan untuk pengetahuan para pembaca 1 Zulhijjah adalah bersamaan 18 November 2009 dan HARI RAYA AIDIL ADHA pula di jangka pada 27 November 2009 mengikut Takwim..

Di sini ana ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT BERPUASA dan BERBUKA kepada mereka yang ingin mengambil kesempatan di atas keberkatan Bulan Zulhijjah ini...



Dari Ibnu Abbas r.a telah bersabda Nabi Muhammad SAW :

1. Zulhijjah hari di ampuni Allah SWT akan Adam a.s sesiapa yang berpuasa pada hari itu, Allah SWT akan mengampuni segala dosanya.

2. Zulhijjah hari di kabulkan doa Nabi Yunus dan keluar dari perut ikan Nun, sesiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia beribadat setahun itu.

3. Zulhijjah hari di kabulkan Allah SWT doa Nabi Zakaria, barangsiapa berpuasa pada hari itu nescaya dikabulkan Allah SWT doanya.

4. Zulhijjah hali lahirnya Nabi Isa a.s., sesiapa berpuasa pada hari itu nescaya Allah SWT menjauhkan daripadanya kesusahan dan kefakirannya.

5. Zulhijjah hari lahirnya Nabi Musa a.ss, barangsiapa berpuasa pada hari itu terlepaslah ia dari nifaq dan berolah keamanan dia dari siksa kubur.

6. Zulhijjah Allah SWT membukakan segala kebajikan bagi Nabi-nabinya , siapa berpuasa pada hari itu nescaya Allah SWT memandang kepadanya dengan kerahmatan.

7. Zulhijjah hari yang di tutup padanya segala pintu neraka dan tidak di buka-buka sehingga tanggal 10 Zulhijjah, barangsiapa berpuasa pada hari itu, nescaya Allah SWT menutup daripadanya 30 pintu daripada kesempitan dan di bukakan 30 pintu kemudahan.

8. Zulhijjah ialah hari yang di namakan hari tarwiyyah, sesiapa berpuasa nescaya di beri ganjarn barang yang tidak di ketahui orang lain melainkan Allah SWT.

9. Zulhijjah, ialah hari arafah, siapa-siapa berpuasa hari itu, adalah penghapusan Dosa-dosanya setahun yang akan datang.

08 November 2009

Pautan Luar



07 November 2009

Lihat Juga


Commons-logo.svg
Wikimedia Commons mempunyai media mengenai:
Wikinews-logo.svg
Wikinews mempunyai berita berkaitan dengan:

06 November 2009

Pencapaian

  • Negara kedua paling berdaya saing harga di dunia dalam industri perjalanan dan pelancongan, daripada 124 buah negara yang dikaji.
  • Tempat ke-6 bagi iltizam kerajaan dalam penyertaan di pameran T&T antarabangsa.
  • Negara ke-24 paling selamat untuk dikunjungi.
  • Tempat ke-10 dari segi kualiti pendidikan (daripada 100 negara)

(laporan World Economic Forum (WEF) yang berpengkalan di Geneva. dalam Berita Harian 10 Feb 2008)

05 November 2009

Fakta Lain

Bandar utama Kuala Lumpur
Pusat Pentadbiran Putrajaya
Hari Kebangsaan 31 Ogos 1957
Cogan Kata Negara Bersekutu Bertambah Mutu
Benua Asia, Asia Tenggara
Koordinat Geografi 2 30 U, 112 30 T
Hujan tahunan 2000mm ~ 2500mm
Iklim Tropika dengan suhu 24–35 Darjah Celsius
Bunga rasmi Bunga Raya
Binatang rasmi Harimau
Puncak tertinggi Gunung Kinabalu, Banjaran Crocker (4175m)
Puncak tertinggi Semenanjung Gunung Tahan, Banjaran Tahan (2187 m)
Banjaran terpanjang Banjaran Titiwangsa (500 km)
Sungai terpanjang Sungai Rajang, Sarawak (563 km)
Sungai terpanjang Semenanjung Sungai Pahang (475 km)
Jambatan terpanjang Jambatan Pulau Pinang (13.5 km)
Gua terbesar Gua Niah, Sarawak
Bangunan tertinggi Menara Berkembar Petronas (452m)
Negeri terbesar Sarawak (124,450 km persegi)
Negeri terkecil Perlis (810 km persegi)
Tempat paling lembap Bukit Larut (lebih 5080 mm)
Tempat paling kering Jelebu (kurang daripada 1500 mm)
Kawasan paling padat Kuala Lumpur (6074/km², 15,543/batu persegi)
Penanaman eksport utama minyak sawit dan getah

04 November 2009

Organisasi

03 November 2009

Tokoh Utama


  1. Dato' Onn bin Jaafar
  2. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Abdul Halim Hamid Shah
  3. Tun Abdul Razak Hussein
  4. Tun Hussein Onn
  5. Tun Dr Mahathir Mohamad
  6. Tun Abdullah Ahmad Badawi
  7. Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

02 November 2009

Sukan

Rencana utama: Sukan di Malaysia

Sukan utama dan popular di Malaysia ialah badminton, bola sepak, skuasy dan boling.

Antara atlet yang popular ialah:

Adik beradik Sidek (juara Piala Thomas 1992







Juara dunia badminton Dato' Lee Chong Wei











Juara dunia skuasy Dato' Nicol Ann David

01 November 2009

Negeri Dan Wilayah

Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan (terdiri daripada 3 daerah) yang dilambangkan sebagai empat belas jalur dan bucu bintang di Jalur Gemilang:

Negeri

  1. Flag of Johor.svg Johor Darul Takzim (Johor Bahru)
  2. Kedah state fl n5143.PNG Kedah Darul Aman (Alor Setar)
  3. Flag of Kelantan.svg Kelantan Darul Naim (Kota Bharu)
  4. Flag of Malacca.svg Melaka Bandaraya Bersejarah (Bandar Melaka)
  5. Flag of Negeri Sembilan.svg Negeri Sembilan Darul Khusus (Seremban)
  6. Flag of Pahang.svg Pahang Darul Makmur (Kuantan)
  7. Flag of Perak.svg Perak Darul Ridzuan (Ipoh)
  8. Flag of Perlis.svg Perlis Indera Kayangan (Kangar)
  9. Flag of Penang (Malaysia).svg Pulau Pinang Pulau Mutiara (Georgetown)
  10. Flag of Sabah.svg Sabah Negeri Di Bawah Bayu (Kota Kinabalu)
  11. Flag of Sarawak.svg Sarawak Bumi Kenyalang (Kuching)
  12. Flag of Selangor.svg Selangor Darul Ehsan (Shah Alam)
  13. Flag of Terengganu.svg Terengganu Darul Iman (Kuala Terengganu)

Wilayah Persekutuan

  1. Flag of Kuala Lumpur Malaysia.svg Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  2. Flag of Labuan.svg Wilayah Persekutuan Labuan
  3. Putrajaya flag.gif Wilayah Persekutuan Putrajaya
Related Posts with Thumbnails

Mencari Damai Di Hati

Mencari Damai Di Hati
Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari panduan,
Kita bongkar rahsia sunah Nabi,
Cari pedoman,
Aku hidup kerana Dia Rabbi,
Dialah teman,
Dialah wali,
Dia mencukupi,
Aku hidup bererti,
Menikmati damai abadi.

(Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi)

barisan PM Malaysia

barisan PM Malaysia
Jasamu tetap di kenang

LAGU WARISAN


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara 3x


Lirik oleh:
Tan Sri Nordin Bin Kardi
Naib Canselor UUM

personaliti mengikut kumpulan darah

KUMPULAN DARAH ‘O’:
Ini adalah jenis pemimpin. Saat melihat sesuatu yg diinginkan, org dgn kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yg kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif.

KUMPULAN DARAH ‘A’:
Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dgn baik dgn org lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dgn santai dan cenderung keras kepala..

KUMPULAN DARAH ‘B’:
Anda punya tabiat keras dan individualis, suka terus-terang tanpa memikirkan org lain dan melakukan segala sesuatu dgn cara sendiri. Namun anda juga kreatif & fleksibel & boleh beradaptasi dgn mudah terhadap situasi. Namun kelemahan yg anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri, yg boleh merugikan..

KUMPULAN DARAH ‘AB’:
Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tpt berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan utk menghibur org lain secara semulajadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.