Daulat Tuanku

DYMM Yang Di-Pertuan Agong Ke-13

DYMM Yang Di-Pertuan Agong Ke-13
Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

Raja Permaisuri Agong

Raja Permaisuri Agong
Tuanku Nur Zahirah

Perdana menteri Malaysia

Perdana menteri Malaysia
YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Renung-renungkanlah…!

“Dalam setandan pisang tak semua elok dan tak semuanya buruk”

“Perasaan sayang hanya akan menutup mata dari melihat kecacatan, yang tampak hanyalah bagusnya sahaja. Rasa benci pula akan menutup mata dari melihat kebaikan, yang tampak hanyalah cacatnya sahaja. Jadi janganlah PERASAAN MENGALAHKAN AKAL….!” Abuya Hamka

Pengikut

selamat datang

salam ukhuwah salam perpaduan...

Ana ingin memohon kemaafan di atas kekhilafan ana dalam menulis
atau memberi komen di blog-blog anta semua menggunakan pengenalan Sayyidina umar Al-Khattab. kerana setiap manusia sentiasa melakukan kekhilafan dan menjadi tabiat manusia itu sendiri bersikap lalai, begitu jugalah ana insan yang lemah.

wassalam

adakah anda berpuashati dengan blog BAKTIRAKYAT???

jantina

peringkat umur

Bangsa

29 Ogos 2009

jangan memaki sembahan selain Allah swt




Salam ukhuwah…

Pertama-tama sekali marilah kita sama-sama mengucap syukur kepadaNYA krana dengan limpah kurnia da izinnya dapat lagi kita menjalani ibadah puasa yang memberikan banyak manfaat kepada kita ini. Ana sungguh terkejut apabila membuka satu laman blog yang memaparkan kebiadaban sekumpulan pemuda yang membantah pembinaan kuil hindu di seksyen 23 Shah Alam yang mana akan di bina di tengah-tengah perkampungan orang melayu…

Apa yang ana nak sentuh bukannya isu setuju atau tidak pembinaan kuil tersebut kerana ana juga membantah di pindahkan kuil ke situ yang mana majoriti penduduk melayu, persoalannya kenapa tidak di bina di perkampungan orang india yang beragama hindu. Ini bukanlah suatu perbuatan perkauman.. tetapi yang menjadi persoalan kenapa nak di bina di tengah-tengah majoritinya penduduk melayu??? Ada yang menyalahkan kerjaan BN yang mahukan kesaksamaan dan berkongsi segala-galanya termasuk agama, sehingga ada blogger yang menjangkakan akan wujudnya gereja di tepi masjid, kuil di tepi masjid, tokong di tepi masjid seperti yang berlaku di Indonesia pada masa kini. Jadi ana meminta bukti selama 52 tahun BN memerintah di kawasan mana,di negeri mana yang wujud senario gereja di tepi masjid, kuil di tepi masjid, tokong di tepi masjid??? Cuba beri statistik kepada ana berkaitan perkara tersebut.

Baiklah kita tinggal dahulu tentang perkara tersebut. Di sini juga ana ingin menerangkan kenapa ana menganggap perbuatan sekumpulan pemuda tersebut adalah biadab. Agak-agak pembaca kenapa ana mengatakan perbuatan tersebut sebagai biadap??? Adakah ana menyokong pemindahan kuil tersebut??? Jawapannya TIDAK sama sekali…!!! Malah ana turut mengecam pembinaan kuil tersebut di kawasan majoriti melayu islam. Penganut agama hindu dan juga pihak yang membenarkan pembinaan kuil tersebut sepatutnya peka dengan sensitiviti umat islam terhadap isu ini dalam kalangan umat islam. Ada juga blogger yang meminta mufti perak Dato’ Harussani Zakaria, Us. Ridhuan Tee, dan Us. Farid ravi supaya mengeluarkan fatwa berkaitan isu memijak kepala lembu semasa demonstrasi ‘tidak berapa aman’ semasa membantah pemindahan/pembinaan kuil hindu di penempatan majoriti melayu islam.

Kepada mufti perak Dato’ Harussani Zakaria, Us. Ridhuan Tee, dan Us. Farid ravi ana memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan yang ana rasa betul ini kalau ia mendahului anta bertiga. Ana tahu kenapa kumpulan pemuda tersebut memijak kepala lembu tersebut, ini kerana mereka memprotes terhadap penganut hindu yang mana menyembah atau menganggap lembu sebagai “TUHAN” mereka.

Suka ana mengingatkan di sini ana begitu kesal dengan tindakan yang di ambil oleh mereka, memang betul tindakan mereka membantah pemindahan/pembinaan kuil tersebut ini menunjukkan mereka peka dengan sensitivity umat islam…iaitu agama yang di anuti mereka, tetapi kelakuan yang mereka lakukan/tunjukkan adalah sangat tidak wajar, dan ana juga dapat membaca, kemungkinan mereka anggap dengan memijak kepala lembu itu mereka mahu menghina”TUHAN” hindu.

Tapi adakah suatu perbuatan yang baik/bijak kita memijak kepala lembu tersebut??? Dalam konteks perbuatan ini kita boleh melihat melalui 3 aspek.

Pertama : adakah suatu perbuatan yang bijak kita memijak kepala lembu tersebut??? Sedangkan daging lembu adalah makanan yang halal di makan oleh kita jika betul cara sembelihannya.

Kedua : Lembu juga boleh di katakan haiwan yang mulia(tidaklah sampai untuk di sembah,cukuplah sekadar menghormati sebagai binatang korban/rezeki) ini kerana ia(lembu) di beri penghormatan untuk di jadikan binatang korban semasa umat islam menyambut hari raya Korban(hari raya aidiladha), jadi adakah bijak perbuatan tersebut??? Ia ibarat menghina lembu iaitu haiwan ternakan yang di beri penghormatan untuk di jadikan korban semasa hari raya aidiladha di dalam islam.

Ketiga : ALLAH SWT sendiri telah menegaskan supaya kita jangan memaki sembahan-sembahan yang di sembah melainkan ALLAH SWT dan ana kira memijak kepala lembu itu juga adalah satu daripadanya. sebagaimana firman ALLAH SWT :


Maksudnya : Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada tuhan mereka merekalah kembali mereka, lalu dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulunya mereka kerjakan.

(surah al-an’am. Ayat 108)

Jika mereka faham akan sensitiviti umat islam mereka juga perlu faham akan larangan yang telah di tegaskan oleh ALLAH SWT di dalam kitab suci Al-Quran, mereka juga perlu faham akan sensitiviti penganut agama lain, kerana islam tidak pernah mengajar kita menjadi biadab…! Tetapi ana bersangka baik kemungkinan mereka terlupa ataupun masih lagi jahil(tidak tahu) akan hukum menghina sembahan agama yang lain, untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT kita hendaklah melaksanakan suruhan dan meninggalkan laranganNYA….! Tambahan pula di bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini kita ditegah daripada berperang…dan ana menafsirkan mengikut tafsiran ana, tidak kira la perang daripada segi apa sekalipun samada tindakan, psikologi dan sebagainya kita tetap di tegah…!

Ana berharap jika pembaca yang rata-rata dalam kalangan UMNO boleh menyokong artikel ana yang menegur tindakan pihak pembangkang..ana berharap teguran ana kali ini pun tetap di sokong dan di terima, dan ana meng alu-alukan artikel ini di salin dan di siarkan di blog-blog samada blog pembangkang mahupun kerajaan sesuai dengan sabda rasulullah saw :

sampaikanlah dariku meskipun satu ayat”

Meskipun ana mengambil dalil dari Al-Quran tetapi bukankah Al-Quran juga di turunkan kepada junjungan besar Rasulullah SAW terlebih dahulu???

Ana memanglah seorang yang menjurus kepada UMNO-BN meskipun ana dah tetapkan dalam diri ana, ana mahu menjadi pemerhati politik. Tetapi jangan sperti kata pepatah abuya Hamka

“rasa sayang akan menutupi kecacatannya yang tampak hanyalah kebaikannya sahaja. Rasa benci pula akan menutupi kebaikannya yang tampak hanyalah cacatnya sahaja. Jadi janganlah perasaan(hawa nafsu) mengalahkan akal”

Dalam memasuki kancah politik ana tetap akan meletakkan akal di atas berbanding perasaan(hawa nafsu). Sesuatu perkara mula-mula sekali ana akan melihat dengan perasaan(hawa nafsu) dan sebelum ana membuat keputusan sekali lagi ana akan melihat melalui AKAL….!

Akhir kata, jika ada tersilap bicara dalam artikel ni ana memohon keampunan daripadaNYA di atas kelalaian ana.

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, tiada tuhan selainNYA. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah Nabi Muhammad SAW sesungguhnya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

ya Allah ya tuhanku sesungguhnya aku insan yang hina yang banyak membuat dosa dan maksiat di atas muka bumi mu ya ALLAH. Aku memohon kepadamu sabagai seorang hamba memohon kepada tuannya yang berkuasa di atas segala-galanya supaya kami umat islam di jauhkan daripada wabak Influenza A H1N1. Aku juga memohon kepada mu ya Allah jauhkanlah kami umat islam di Malaysia dan di seluruh dunia ini daripada perpecahan. Ya Allah aku memohon kepadamu ampunilah dosa-dosaku, dosa kedua ibubapaku, dosa ahli keluargaku, dosa sahabat handaiku, dosa muslimin serta muslimat. Tambahkanlah kepada kami ketakwaan dan keimanan, hidupkanlah kami dalam iman dan matikanlah kami dalam iman.





Assalamualaikum w.b.t

Selamat menyambut ramadhan al-mubarak dan selamat berbuka puasa kepada seluruh umat islam di seluruh dunia.

0 ulasan:

Catat Ulasan

salam ukhuwah salam perpaduan...

di harapkan kepada sesiapa yang mahu meninggalkan ulasan tolong jangan masukkan unsur2 memaki,mencarut, memfitnah dan sebagainya.

wassalam

Related Posts with Thumbnails

Mencari Damai Di Hati

Mencari Damai Di Hati
Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari panduan,
Kita bongkar rahsia sunah Nabi,
Cari pedoman,
Aku hidup kerana Dia Rabbi,
Dialah teman,
Dialah wali,
Dia mencukupi,
Aku hidup bererti,
Menikmati damai abadi.

(Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi)

barisan PM Malaysia

barisan PM Malaysia
Jasamu tetap di kenang

LAGU WARISAN


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara 3x


Lirik oleh:
Tan Sri Nordin Bin Kardi
Naib Canselor UUM

personaliti mengikut kumpulan darah

KUMPULAN DARAH ‘O’:
Ini adalah jenis pemimpin. Saat melihat sesuatu yg diinginkan, org dgn kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yg kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif.

KUMPULAN DARAH ‘A’:
Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dgn baik dgn org lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dgn santai dan cenderung keras kepala..

KUMPULAN DARAH ‘B’:
Anda punya tabiat keras dan individualis, suka terus-terang tanpa memikirkan org lain dan melakukan segala sesuatu dgn cara sendiri. Namun anda juga kreatif & fleksibel & boleh beradaptasi dgn mudah terhadap situasi. Namun kelemahan yg anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri, yg boleh merugikan..

KUMPULAN DARAH ‘AB’:
Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tpt berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan utk menghibur org lain secara semulajadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.