
salam ukhuwah
pada kali ini ana hendak membicarakan tentang solat...ana begitu sedih apabila hendak membicarakan tentang solat. ramai dalam kalangan kita yang mengambil mudah tentang solat.... apabila melihatkan remaja-remaja,orang-orang tua atau lebih mudah di beritahu segenap lapisan masyarakat..
ramai dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini yang meninggalkan solat. tapi lupakah lita kepada satu hadith yan

"PERJANJIAN YANG ADA ANTARA KAMI DAN MEREKA IALAH SOLAT, MAKA BARANGSIAPA MENINGGALKANNYA MAKA KAFIRLAH IA..........! "
(riwayat Tirmizi....)
mengikut bahas ulama mengenai hadith ini, jika kita meninggalkan solat kerana malas maka jatuh lah KUFUR ke atas kita, tetapi jika meninggalkan solat kerana merasakan diri itu begitu banyak amal maka jatuh lah hukum kafir ke atasnya...!
Jadi di sini bolehlah di simpulkan adakah kita mahu mati sebagai seorang kufur atau kafir?? sesungguhnya jika kita beriman dengan hari akhirat maka sudah tentulah kita akan takut mati sebagai seorang yang kufur apatah lagi sebagai seorang yang kafir....!
Ana baru sahaja mendengar ceramah daripada seorang ustaz malam tadi di masjid ibrahim, pasir puteh Kelantan. ustaz itu melahirkan perasaan kecewa dengan sikap anak-anak di sekolah ini kerana, kalau dahulu apabila di tanya siapa yang tidak solat mereka akan mengangkat tangan dan tundukkan muka kerana malu jika di ketahui orang....
tetapi sekarang apabila di tanya siapa yang tidak solat mereka mengangkat tangan dengan perasaan bangga yang melampau-lampau....inilah yang alim ulama, ustaz-ustaz dan ana sendiri kesalkan.
selain itu, dapat kita lihat di merata-rata tempat di malaysia...seorang ayah atau ibu akan merasa malu atau marah apabila anaknya tidak mendapat 10A dalam SPM atau 8A dalam PMR, atau 5A dalam UPSR...tapi jarang sekali kita lihat ibubapa yang marahkan anak-anak jika mereka tidak solat.
ramai juga yang solat tetapi mereka solat dalam keadaan seperti orang yang jahil....seperti mereka solat sekadar supaya orang mengatakan mereka itu solat...tetapi lupakah kita akan satu hadis yang mafhumnya...
"SOLAT YANG TIDAK DAPAT MENCEGAH SESEORANG ITU DARIPADA MELAKUKAN MAKSIAT DAN KEMUNGKARAN HANYA AKAN MENAMBAHKAN KEMURKAAN ALLAH SWT"

Jika di bandingkan malaysia dengan negara lain, kita amatlah beruntung..kerana dapat menunaikan solat dengan baik di masjid-masjid yang indah,malah sesetengah masjid telah di pasang 'aircond' demi keselesaan jemaah untuk menunaikan solat....
dengan kelebihan ini pun kita masih malas untuk menunaikan solat lupakahkah kita kepada saudara kita di negara-negara lain?? mereka hanya solat di atas padang-padang pasir,di atas jambatan, di atas batu....

tetapi masyaALLAH iman mereka tetap teguh walaupun dalam serba kekurangan....
jika mereka dapat menuanikan solat dengan serba kekurangan apakah kita masih mahu mengelak daripada menunaikan solat???

cuba kita perhatikan ramai kanak-kanak yang menunaikan solat walaupun mereka itu belum baligh dan tidak mengerti apa itu solat...jadi jika mereka pun dapat menunaikan solat di manakah kita sebagai seorang yang baligh??? sebagai seorang yang boleh berfikir?? sebagai seorang yang merasakan diri kita terlalu hebat??
disini ana memaparkan beberapa keping gambar berkaitan solat buat renungan bersama....




jadi jika kita tidak mempunyai iman sekuat seperti meraka di dalam gambar ini usahlah kita tunjukkan diri ini seorang yang hebat...jika untuk menunaikan solat yang begitu selesa pun kita tidak mampu,apatah lagi di tempat-tempat yang begitu tidak selesa...tetapi jika seseorang itu mencintai akan solatnya...di atas BATU di bawah panas terik pun akan di rasai begitu selesa...
akhir kata kepada semua pembaca.....adakah anda sudah menunaikan kewajipan anta sebagai seorang muslim?
jika anta membaca artikel ini di waktu subuh adakah anta sudah menunaikan solat subuh??
jika anta membaca artikel ini di waktu zuhur adakah anta sudah menunaikan solat zuhur????
jika anta membaca artikel ini di waktu asar adakah anta sudah menunaikan solat asar????
jika anta membaca artikel ini di waktu magrib adakah anta sudah menunaikan solat magrib???
jika anta membaca artikel ini di waktu isyak adakah anta sudah menunaikan solat isyak????
renung-renungkanlah.....!

1 ulasan:
salam ukhuwah...
ana memohon kepada semua pengunjung yang mahu meninggalkan ulasan...tolong memberi ulasan tanpa menggunakan perkataan yang kesat,mencaci,memaki,mengaibkan dan sebagainya sesama kita umat islam...
Catat Ulasan
salam ukhuwah salam perpaduan...
di harapkan kepada sesiapa yang mahu meninggalkan ulasan tolong jangan masukkan unsur2 memaki,mencarut, memfitnah dan sebagainya.
wassalam