Daulat Tuanku

DYMM Yang Di-Pertuan Agong Ke-13

DYMM Yang Di-Pertuan Agong Ke-13
Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

Raja Permaisuri Agong

Raja Permaisuri Agong
Tuanku Nur Zahirah

Perdana menteri Malaysia

Perdana menteri Malaysia
YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Renung-renungkanlah…!

“Dalam setandan pisang tak semua elok dan tak semuanya buruk”

“Perasaan sayang hanya akan menutup mata dari melihat kecacatan, yang tampak hanyalah bagusnya sahaja. Rasa benci pula akan menutup mata dari melihat kebaikan, yang tampak hanyalah cacatnya sahaja. Jadi janganlah PERASAAN MENGALAHKAN AKAL….!” Abuya Hamka

Pengikut

selamat datang

salam ukhuwah salam perpaduan...

Ana ingin memohon kemaafan di atas kekhilafan ana dalam menulis
atau memberi komen di blog-blog anta semua menggunakan pengenalan Sayyidina umar Al-Khattab. kerana setiap manusia sentiasa melakukan kekhilafan dan menjadi tabiat manusia itu sendiri bersikap lalai, begitu jugalah ana insan yang lemah.

wassalam

adakah anda berpuashati dengan blog BAKTIRAKYAT???

jantina

peringkat umur

Bangsa

13 Disember 2009

apa Kes DS Nazri ni?

salam ukhuwah salam perpaduan...

ana rasa sudah lama ana tidak menulis berkaitan politik...ini semua gara2 tiada kesempatan untuk jari2 ana menekan keyboard dan melayari internet...

isu ana kali ini sebagaimana isu hangat yang sedang di bicarakan sekarang ini berhubung tindakan biadap Menteri Di jabatan Perdana Menteri Yb. Dato' Seri Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz. ana begitu terkilan kerana sekarang ini Dato' Seri smakin biadap dengan kenyataan2nya yang langsung tidak mencerminka beliau seorang yang berpelajaran...

antara yang ana sempat ikuti kenyataan kurang ajar beliau ialah :-

1. mengatakan perkhidmatan Teksi di negara ini lebih teruk dari Tandas.
2. mengatakan Dr. M adalah seorang yang rasist kerana mempertahankan BTN
3. mengikut kehendak pembangkang supaya modul BTN di ubah

dan lain2 lagi... apakah kerana segelintir pemandu teksi yang tidak memberi layanan yang baik maka seluruh pemandu teksi di cop sebegitu? bukankah itu agak melampaui batas, sebagai Menteri kabinet beliau sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang munasabah...! dan tidak mengguris perasaan orang lain...! sebagai seorang ahli Parlimen apakah beliau tidak mengetahui bahawa di kawasan Parlimen beliau juga mempunyai ramai pemandu teksi? ana berharap di PRU 13 nnti pucuk pimpinan parti meletakkan calon lain untuk bertanding di parlimen Padang Rengas, Perak. atau jika beliau masih di pilih sebagai calon, ana menyeru seluruh pengundi di padang rengas mengundi pihak lawan...!

mengatakan Dr. M seorang yang rasist adalah tidak wajar sama sekali, kerana BTN bukanlah seperti mana yang di dakwa pembangkang...menkut kerajaan negari selangor BTN menghasut supaya peserta membenci pembangkang, sebenarnya siapayang menghasut? ana sendiri pernah mengikuti kursus BTN dan ana tidak merasakan ia menyuruh peserta membenci pembangkang samada secara langsung mahupun secara tidak langsung, sebenarnya jika ramai yang membuka mata dan mengkuti sekolah-sekolah agama rakyat di kelantan, ramai pelajar di semai dengan sikap supaya membenci kerajaan pusat ini bukanlah suatu AUTA...tetapi suatu FAKTA....! jadi di sini siapa yang menghasut? DS Nazri sepatutnya mengecam sama tindakan yang di lakukan oleh kerajaan PAS yang mana menghasut supaya pelajar membenci kerajaan Pusat..! BTN hanya memberi penjelasan berhubung sesuatu isu, dan menyerahkan kepada pelajar untuk berfikir baik dan buruknya...tetapi di sekolah-sekolah agama rakyat di kelantan...mereka meletakkan kerajaan Pusat@BN adalah suatu kerajaan yang jahat....!!!

dan mengikut kerajaan pulau pinang pula..BTN mengajar supaya peserta memaki hamun pembangkang..Lim Guan Eng ni pernah masuk BTN atau tak? sepanjang ana menjalani kursus BTN tidak pernah sekalipun ana di ajar mencarut samada secara langsung mahupun tidak langsung... apa yang ana lihat pihak pembangkang lah yang banyak memaki hamun pihak kerajaan...

ana rasa setakat ni dulu apa yang ana perlu tulis, jika hendak di tulis apa yang ada dalam kepala ana ni, rasanya tak larat nak menaip dan membaca bagi pihak pembaca lagipun masa juga tidak mengizinkan..

wassalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

salam ukhuwah salam perpaduan...

di harapkan kepada sesiapa yang mahu meninggalkan ulasan tolong jangan masukkan unsur2 memaki,mencarut, memfitnah dan sebagainya.

wassalam

Related Posts with Thumbnails

Mencari Damai Di Hati

Mencari Damai Di Hati
Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari panduan,
Kita bongkar rahsia sunah Nabi,
Cari pedoman,
Aku hidup kerana Dia Rabbi,
Dialah teman,
Dialah wali,
Dia mencukupi,
Aku hidup bererti,
Menikmati damai abadi.

(Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi)

barisan PM Malaysia

barisan PM Malaysia
Jasamu tetap di kenang

LAGU WARISAN


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara 3x


Lirik oleh:
Tan Sri Nordin Bin Kardi
Naib Canselor UUM

personaliti mengikut kumpulan darah

KUMPULAN DARAH ‘O’:
Ini adalah jenis pemimpin. Saat melihat sesuatu yg diinginkan, org dgn kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yg kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif.

KUMPULAN DARAH ‘A’:
Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dgn baik dgn org lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dgn santai dan cenderung keras kepala..

KUMPULAN DARAH ‘B’:
Anda punya tabiat keras dan individualis, suka terus-terang tanpa memikirkan org lain dan melakukan segala sesuatu dgn cara sendiri. Namun anda juga kreatif & fleksibel & boleh beradaptasi dgn mudah terhadap situasi. Namun kelemahan yg anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri, yg boleh merugikan..

KUMPULAN DARAH ‘AB’:
Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tpt berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan utk menghibur org lain secara semulajadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.