Daulat Tuanku

DYMM Yang Di-Pertuan Agong Ke-13

DYMM Yang Di-Pertuan Agong Ke-13
Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

Raja Permaisuri Agong

Raja Permaisuri Agong
Tuanku Nur Zahirah

Perdana menteri Malaysia

Perdana menteri Malaysia
YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Renung-renungkanlah…!

“Dalam setandan pisang tak semua elok dan tak semuanya buruk”

“Perasaan sayang hanya akan menutup mata dari melihat kecacatan, yang tampak hanyalah bagusnya sahaja. Rasa benci pula akan menutup mata dari melihat kebaikan, yang tampak hanyalah cacatnya sahaja. Jadi janganlah PERASAAN MENGALAHKAN AKAL….!” Abuya Hamka

Pengikut

selamat datang

salam ukhuwah salam perpaduan...

Ana ingin memohon kemaafan di atas kekhilafan ana dalam menulis
atau memberi komen di blog-blog anta semua menggunakan pengenalan Sayyidina umar Al-Khattab. kerana setiap manusia sentiasa melakukan kekhilafan dan menjadi tabiat manusia itu sendiri bersikap lalai, begitu jugalah ana insan yang lemah.

wassalam

adakah anda berpuashati dengan blog BAKTIRAKYAT???

jantina

peringkat umur

Bangsa

14 Disember 2009

duit rakyat???????????

salam ukhuwah salam perpaduan...

ana sebenarnya dah lama pendam perkara ni, tak tahu lah apa pandangan pembaca..tapi perkara ni ana anggap sebagai suatu prkara yang serius..ia berkaitan dengan KURANGNYA sifat bersyukur dalam diri rakyat malaysia, terutamanya pihak pembangkang..

ana sering kali terdengar mereka mengeluh terutama apabila melibatkan WANG...! samada dalam bentuk program mahupun projek2

apa yang lebih menghairankan, bila kerajaan buat sesuatu program yang mana program tersebut di buat dengan besar-besaran, mulalah mulut-mulut yang tak tahu di untung bercakap dan mengeji, "tu nak prabih duit rakyat la tu, buat program besar-besar". tapi bila pulak kerajaan buat program cincai ape pulak kata diorang? "kerajaan ni zalim betul, duit rakyat banyak ambil...tapi buat program untuk rakyat? hampeh"...ni lah sikap orang yang tak tahu bersyukur yang patut di keji..

satu lagi, jika kerajaan buat projek mega mulalah suara-suara sumbang mereka bercakap "kerajaan hanya tahu nak habiskan duit rakyat dengan buat benda-benda tidak berfaedah", padahal apa yang kerajaan buat itu untuk kepentingan anak-anak muda dan generasi yang akan datang. tapi lain pula jika projek yang di dirikan itu kecil sahaja, lagi la mereka makin kuat membuat fitnah " ni tak de kerja lain la ni, mesti puak-puak BN makan Rasuah...dasar kerajaan berhati busuk...!" cakap-cakap sebegini ana sering mendengar daripada orang-orang yang mengaku beriman dan islam, tetapi tidak pernah rasa bersyukur.


jadi sekarang ni ana semakin keliru dengan sikap mereka, apakah yang mereka mahukan sebenarnya daripada kerajaan? buat besar pun salah, buat kecik pun salah buat sederhana pun salah. dah jadik macam buah malakona 'di telan mati emak, di luah mati bapak'.

ana juga hairan dengan sikap pembangkang, bagaimana mereka boleh mengatakan duit yang di gunakan oleh kerajaan itu duit mereka? apakah krana mereka membayar zakat, membayar cukai tanah, membayar cukai hasil, membayar cukai jalan dan bermacam-macam lagi kepada kerajaan maka boleh di anggap duit itu, duit mereka? apakah mereka tidak berfikir atau sengaja tidakmahu berfikir?

cuba kita bandingkan, kita pergi ke kedai gunting untuk menggunting rambut, selesai sahaja rambut kita di gunting kita membayar sejumlah wang. maka apabila tukang gunting tersebut membeli rokok dengan upah yang kita berikan kerana menggunting rambut kita, maka kita layak mengatakan "dasar tukang gunting, menggunakan DUIT AKU untuk tujuan maksiat...!" layakkah kita bercakap sedemikian? apakah duit itu masih menjadi hak milik kita sedangkan kita telah menggunakan perkhidmatan mereka? jadi renung-renungkanlah...!

0 ulasan:

Catat Ulasan

salam ukhuwah salam perpaduan...

di harapkan kepada sesiapa yang mahu meninggalkan ulasan tolong jangan masukkan unsur2 memaki,mencarut, memfitnah dan sebagainya.

wassalam

Related Posts with Thumbnails

Mencari Damai Di Hati

Mencari Damai Di Hati
Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari panduan,
Kita bongkar rahsia sunah Nabi,
Cari pedoman,
Aku hidup kerana Dia Rabbi,
Dialah teman,
Dialah wali,
Dia mencukupi,
Aku hidup bererti,
Menikmati damai abadi.

(Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi)

barisan PM Malaysia

barisan PM Malaysia
Jasamu tetap di kenang

LAGU WARISAN


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara 3x


Lirik oleh:
Tan Sri Nordin Bin Kardi
Naib Canselor UUM

personaliti mengikut kumpulan darah

KUMPULAN DARAH ‘O’:
Ini adalah jenis pemimpin. Saat melihat sesuatu yg diinginkan, org dgn kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yg kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif.

KUMPULAN DARAH ‘A’:
Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dgn baik dgn org lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dgn santai dan cenderung keras kepala..

KUMPULAN DARAH ‘B’:
Anda punya tabiat keras dan individualis, suka terus-terang tanpa memikirkan org lain dan melakukan segala sesuatu dgn cara sendiri. Namun anda juga kreatif & fleksibel & boleh beradaptasi dgn mudah terhadap situasi. Namun kelemahan yg anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri, yg boleh merugikan..

KUMPULAN DARAH ‘AB’:
Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tpt berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan utk menghibur org lain secara semulajadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.