
salam ukhuwah...salam perpaduan..
kali ni ana ingin melontarkan pandangan ana kepada Jabatan Pengangkutan Jalanraya(JPJ)
ana memohon supaya JPJ menurunkan kadar yang di kenakan bagi membuat Lesen Kereta, ini kerana ramai dalam kalangan pemandu masa kini yang tiada lesen memandu di sebabkan faktor kewangan.
ini kerana bagi mereka yang kurang berkemampuan ia akan menjadi satu bebaban untuk memandu..walaubagaimanapun ana mengucapkan jutaan terima kasih di atas keprihatinan Perdana Menteri yang mengurangkan kadar bagi membuat lesen motorsikal.
sekarang ini ramai pemandu yang mema
ndu kereta yang di miliki oleh Datuk, bapa, bapa saudara dan sebagainya tapi apa yang menjadi masalahadalah mereka ini tidak mempunysi lesen memandu..
bukannya tidak mahu membuat lesen. tapi masalah kewangan yang membelenggu segelintir mereka ini, munkin pihak JPJ akan mengatakan ibubapanya boleh menampung kos membuat lesen. tapi tidakah pihak JPJ terfikir jika mereka masih lagi mempunyai tanggungan yang banyak?
dan ana memohon supaya pihak JPJ mengkaji semula kos bagi membolehkan seseorang pemandu memiliki lesen memandu bagi kemudahan pemandu.
ramai dalam kalangan pemandu di luar sana mahu memiliki lesen memandu, tetapi masalah kewanganlah yang membelenggu mereka.
selain itu, ana memohon supaya pihak JPJ supaya bertimbang rasa dengan orang kampung yang keluar ke bandar menggunakan motorsikal yang serba kekurangan, ini kerana bukan semua
orang kampung yang berkemampuan seperti para pegawai JPJ, ini kerana penutup tiub pun hendak di ambil kira...jika pihak JPJ membuat sekatan di bandar-bandar boleh la pihak JPJ mengambil tindakan, tetapi di kmpung-kampung kebanyakan orang kampung menggunakan motor yang di gunakan ke ladang-ladang untuk keluar ke pekan.jadi kebanyakan orang kampung tidak mengambil kira sangat tentang itu semua...
mngkin ramai yang tidak berpuas hati tentang perkara ini tetapi mereka tiada tempat atau tidak mengetahui saluran untuk meluahkan perasaan mereka.
setakat ini sajalah tulisan ana, dan ana harap pihak JPJ pertimbangkan terhadap apa yang ana utarakan.
wassalam

0 ulasan:
Catat Ulasan
salam ukhuwah salam perpaduan...
di harapkan kepada sesiapa yang mahu meninggalkan ulasan tolong jangan masukkan unsur2 memaki,mencarut, memfitnah dan sebagainya.
wassalam