Daulat Tuanku

DYMM Yang Di-Pertuan Agong Ke-13

DYMM Yang Di-Pertuan Agong Ke-13
Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

Raja Permaisuri Agong

Raja Permaisuri Agong
Tuanku Nur Zahirah

Perdana menteri Malaysia

Perdana menteri Malaysia
YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Renung-renungkanlah…!

“Dalam setandan pisang tak semua elok dan tak semuanya buruk”

“Perasaan sayang hanya akan menutup mata dari melihat kecacatan, yang tampak hanyalah bagusnya sahaja. Rasa benci pula akan menutup mata dari melihat kebaikan, yang tampak hanyalah cacatnya sahaja. Jadi janganlah PERASAAN MENGALAHKAN AKAL….!” Abuya Hamka

Pengikut

selamat datang

salam ukhuwah salam perpaduan...

Ana ingin memohon kemaafan di atas kekhilafan ana dalam menulis
atau memberi komen di blog-blog anta semua menggunakan pengenalan Sayyidina umar Al-Khattab. kerana setiap manusia sentiasa melakukan kekhilafan dan menjadi tabiat manusia itu sendiri bersikap lalai, begitu jugalah ana insan yang lemah.

wassalam

adakah anda berpuashati dengan blog BAKTIRAKYAT???

jantina

peringkat umur

Bangsa

20 Ogos 2009

iktibar

salam ukhuwah....

ingin sekali ana menulis berkaitan dengan syurga dan neraka...ana ingin mencoretkan tentang isu ini berhubung kenyataan satu parti yang mengatakan penyokong parti lawannya tidak akan kemana dan tidak akan masuk syurga kerana mengamalkan islam palsu....

ini adalah kata-katanya yang ana petik dari harakahdaily

"Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik (bukan Palastin). Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO."

ana begitu terkilan kerana ia lahir daripada mulut seorang yang di anggap berpengetahuan agama. ana hairan lagi pelik...adakah orang yang menjamin seseorang itu boleh masuk syurga andai menyokong partinya itu terlalu maksum melebihi para sahabat rasulullah saw??? sayyidina ali abi talib tidak pernah mengatakan bahawa orang yang menyokongnya akan masuk syurga semasa muawiyyah cuba merebut tampuk kekuasaan daripadanya??

ini adalah satu petikan daripada hadis rasulullah SAW mafhumnya "sesiapa yang membenci amar bin yassir...Allah SWT juga membencinya, dan barangsiapa yang memusuhi Amar bin yassir Allah SWT juga memusuhinya"

dalam satu hadis lain pula rasulullah saw menyatakan bahawa "amar bin yassir akan di bunuh oleh PENDERHAKA....!"

semasa peperangan antara sayyidina Ali Abi Talib dengan muawiyyah...Amar bin Yassir menyebelahi Sayyidina Ali Bin Abi Talib kerana beliau tahu bahawa Sayyidina Ali adalah pihak yanbg benar.

tapi meskipun Amar bin Yassir menyebelahi beliau(Sayyidina Ali) tetap tidak mengeluarkan kenyataan barangsiapa yang menyokong beliau akan masuk syurga...

Jadi dimanakah kelayakan Tuan Guru untuk menjamin seseorang itu masuk syurga atau neraka??? adakah Tuan Guru mempunyai amal yang mengalahkan amal Sayyidina Ali Abi Talib??

ana bukanlah ulama...tapi sebagai seorang muslim...ana juga tahu serba sedikit tentang ilmu islam. jika kamu semua mengaku ISLAM kamu perlu mengakui satu kenyataan...! stiap manusia itu pasti ada silapnya...! sedangkan Abdul Rahman Bin Auf yang tergolong dalam golongan 10 sahabat terdekat rasulullah saw yang sudah di jamin masuk syurga oleh Rasulullah SAW PUN ada silapnya...inikan pula Tuan Guru yang tidak pernah di jamin masuk syurga oleh mana-mana nabi....

ini pula suatu cerita yang mengatakan tentang bagaimana seorang Tok Guru besar pun boleh mati dalam keadaan kufur inikan pula Tuan Guru yang serba kekurangan...

kisahnya di zaman dahulu terdapat seorang Tok Guru yang mempunyai anak murid yang pernah belajar secara berhadapan dengannya seramai 70 ribu orang. sehinggakan betapa hebatnya Tok Guru ini, anak murid yang pernah belajar dengannya boleh terbang di udara...kalau murid pun boleh terbang...sudah tentu gurunya lebih lagi...!

di jadikan crita, d sebabkan terlampau hebat guru ini iblis sendiri yang terpaksa datang untuk memesongkan akidah Tok Guru ini, ini kerana setelah menghantar syaitan dari peringkat 'prebet' sehinggalah peringkat 'jeneral' semuanya tidak berjaya memesongkan akidah Tok Guru ni...

tapi iblis nie dia bijak, dia tak datang mengajak Tok Guru nie berhenti dari melakukan Ibadat tapi dia sendiri yang datang menyamar sebagai alim ulama dan duduk beribadat di tepi Tok Guru ni siang malam tanpa tidur,makan,minum,mandi dan sebagainya...sehingga Tok Guru ni merasa takjub akan kehebatannya...!!

lalu terbitlah dari hatinya " aku sangkakan aku ni begitu kuat beribadat, rupanya ada lagi orang yang lebih kuat beribadat dari aku"

di sebabkan timbulnya prasangka inilah maka Tok Guru tadi mati dalam kekufuran....!!

jadi marilah sama-sama kita renungkan adakah Tuan Guru yang menjamin syurga untuk orang lain itu mempunyai tahap keimanan atau dia sudah terlalu dekat dengan allah swt...!

tetapi perlu kita ingat orang yang terlalu dekat dengan Allah SWT iaitu para nabi pun tidak dapat menjamin orang lain masuk syurga sesuka hati...inikan pula Tuan Guru yang serba kekurangan....!!

akhir kata jika ada salah ada silap sepanjang artikel ini ana memohon keampunan daripada Allah SWT di atas kelalaian ana.

assalamualaikum W.B.T

1 ulasan:

sayyidina umar al-khattab berkata...

salam ukhuwah...

ana memohon kepada semua pengunjung yang mahu meninggalkan ulasan...tolong memberi ulasan tanpa menggunakan perkataan yang kesat,mencaci,memaki,mengaibkan dan sebagainya sesama kita umat islam...

Catat Ulasan

salam ukhuwah salam perpaduan...

di harapkan kepada sesiapa yang mahu meninggalkan ulasan tolong jangan masukkan unsur2 memaki,mencarut, memfitnah dan sebagainya.

wassalam

Related Posts with Thumbnails

Mencari Damai Di Hati

Mencari Damai Di Hati
Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari panduan,
Kita bongkar rahsia sunah Nabi,
Cari pedoman,
Aku hidup kerana Dia Rabbi,
Dialah teman,
Dialah wali,
Dia mencukupi,
Aku hidup bererti,
Menikmati damai abadi.

(Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi)

barisan PM Malaysia

barisan PM Malaysia
Jasamu tetap di kenang

LAGU WARISAN


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara 3x


Lirik oleh:
Tan Sri Nordin Bin Kardi
Naib Canselor UUM

personaliti mengikut kumpulan darah

KUMPULAN DARAH ‘O’:
Ini adalah jenis pemimpin. Saat melihat sesuatu yg diinginkan, org dgn kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yg kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif.

KUMPULAN DARAH ‘A’:
Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dgn baik dgn org lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dgn santai dan cenderung keras kepala..

KUMPULAN DARAH ‘B’:
Anda punya tabiat keras dan individualis, suka terus-terang tanpa memikirkan org lain dan melakukan segala sesuatu dgn cara sendiri. Namun anda juga kreatif & fleksibel & boleh beradaptasi dgn mudah terhadap situasi. Namun kelemahan yg anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri, yg boleh merugikan..

KUMPULAN DARAH ‘AB’:
Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tpt berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan utk menghibur org lain secara semulajadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.