selamat datang
salam ukhuwah salam perpaduan...
Ana ingin memohon kemaafan di atas kekhilafan ana dalam menulis atau memberi komen di blog-blog anta semua menggunakan pengenalan Sayyidina umar Al-Khattab. kerana setiap manusia sentiasa melakukan kekhilafan dan menjadi tabiat manusia itu sendiri bersikap lalai, begitu jugalah ana insan yang lemah.
wassalam
Salam ukhuwah.Untuk pengetahuan semua bemula semester ini (julai 09) sistem temuduga bagi pelajar yang sedang menjalani Latihan Industri. Biasanya pada semester-semester lepas pelajar akan di temuduga selepas pelajar tamat Latihan Industri di sesuatu Organisasi dalam tempoh tertentu.Tetapi bermula semester ini pelajar akan di temuduga semasa perjumpaan pertama (P1), perjumpaan kedua (P2), perjumpaan ketiga (P3) aspek-aspek yang di beri penekanan dan di ambil markah adalah seperti berikut :-1. Penampilan/Personaliti a. Pakaian kemas, lengkap dan sesuai. b. Rupadiri2. Penerangan aspek teknikal. a. Objektif Latihan Industri b. Latar belakang syarikat c. Prosedur dan perlaksanaan kerja d. Penggunaan fakta/maklumat sokongan e. Kasimpulan/cadangan3. Penyampaian a. Kejelasan suara b. Keyakinan penyampaian. c. Bahasa Inggeris d. Gaya bahasa yang baik e. Bahasa badan (body language)
Semasa pertemuan dengan penyelia pada perjumpaan 1, pelajar di kehendaki membawa Buku Laporan (buku log) dan juga laporan 'bertaip (tidak kurang 80ms)' yang melibatkan DRAF pertama yang ana tulis di halaman yang bertajuk 'DRAF LAPORAN LI' yang telah siap di print( jangan di 'binding') untuk di nilai dari segi pemarkahan.
setakat ini sajalah yang ana dapat tulis dan untuk apa-apa pertanyaan bolehlah meng E-melkan terus ke alamat ana di "saniey_rizwan@yahoo.com"
"Saat gembira, pujilah ALLAH SWT,saat kesukaran carilah ALLAH SWT, saat kesunyian sembahlah ALLAH SWT, saat demi saat syukurilah nikmat ALLAH SWT"
Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari panduan,
Kita bongkar rahsia sunah Nabi,
Cari pedoman,
Aku hidup kerana Dia Rabbi,
Dialah teman,
Dialah wali,
Dia mencukupi,
Aku hidup bererti,
Menikmati damai abadi.
(Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi)
LAGU WARISAN
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara 3x
Lirik oleh:
Tan Sri Nordin Bin Kardi
Naib Canselor UUM
personaliti mengikut kumpulan darah
KUMPULAN DARAH ‘O’:
Ini adalah jenis pemimpin. Saat melihat sesuatu yg diinginkan, org dgn kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yg kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif.
KUMPULAN DARAH ‘A’:
Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dgn baik dgn org lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dgn santai dan cenderung keras kepala..
KUMPULAN DARAH ‘B’:
Anda punya tabiat keras dan individualis, suka terus-terang tanpa memikirkan org lain dan melakukan segala sesuatu dgn cara sendiri. Namun anda juga kreatif & fleksibel & boleh beradaptasi dgn mudah terhadap situasi. Namun kelemahan yg anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri, yg boleh merugikan..
KUMPULAN DARAH ‘AB’:
Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tpt berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan utk menghibur org lain secara semulajadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.
2 ulasan:
salam ukhuwah...
ana memohon kepada semua pengunjung yang mahu meninggalkan ulasan...tolong memberi ulasan tanpa menggunakan perkataan yang kesat,mencaci,memaki,mengaibkan dan sebagainya sesama kita umat islam...
jemput ke forum pelajar & alumni Politeknik seluruh Malaysia di http://www.mypolycampus.net/
Catat Ulasan
salam ukhuwah salam perpaduan...
di harapkan kepada sesiapa yang mahu meninggalkan ulasan tolong jangan masukkan unsur2 memaki,mencarut, memfitnah dan sebagainya.
wassalam