Hadith Palsu Malaikat Jibril Ke atas orang yang tidak bermaafan
Abu Usamah Mohd Masri bin Mohd Ramli, Wednesday, August 19, 2009
Sila hentikan penyebaran hadis palsu yang telah disebarkan!! !!
Hadis yang disebarkan berbunyi begini:
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " Ya Allah tolong abaikan puasa
ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak
melakukan hal-hal yang berikut:
- Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih
ada);
- Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
- Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. "
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.
*****Hadis ini telah dipalsukan buktinya diterangkan dibawah*****
RIWAYAT YANG ASAL (HADIS SAHIH)
Maksud hadis:
Dari Ka?ab Bin ?Ujrah (ra) katanya:
Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar.
Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau
berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi:
Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin.
Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah,
kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum
pernah mendengarnya sebelum ini.
Lalu baginda menjawab:
?Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya:
Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga
diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak
tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut
namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu.
Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang
ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang
sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan
dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya
Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153
disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah,
diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih
Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)]
Dari Abu Hurairah ra. berkata :-
"Sesungguhnya Nabi saw telah naik ke mimbar dan berkata : Amin, Amin,
Amin. Seorang bertanya kepada dia : Ya Rasulullah, Apa yang engkau lakukan
ini? Baginda menjawab : Telah berkata Jibril kepadaku : Hambanya yang
sombong, sempat bersama ibu-bapanya atau salah seorang darinya, tidak akan
masuk syurga (kerana kesombongan terhadap mereka), Aku berkata : Amin,
kemudian berkata malaikat: hambanya yang sombong apabila masuk Ramadhan
tidak akan diampun dosanya (oleh Allah), Maka Aku berkata : Amin. Kemudian
malaikat berkata : Seseorang yang sombong dimana nama engkau (Nabi saw)
disebut kepadanya akan tetapi dia tidak berselawat kepada engkau, maka aku
berkata : Amin."
[Hadith Riwayat al-Bukahri didalam Adabul Mufrad].
============ =
Keterangan dan pengajaran:
Hadith ini memberi amaran dan pengajaran agar :-
a. berbuat baik kepada kedua ibu-bapa semasa mereka masih hidup.
b. lakukan amalan-amalan yang baik dan mohon banyak2 agar Allah
mengampunkan dosa2 kita didalam bulan Ramadhan dengan melakukan ibadat
dengan ikhlas, jangan sombong.
c. seseorang yang apabila disebut Nabi saw kepadanya. langsung tidak
berselawat kepada baginda; maka inilah dikatakan orang yang berhidung
tinggi/sombong! !
Sesiapa yang terlibat menyebarkan hadis palsu ini silalah hentikannya ia
adalah kerana.....
Dalil Pertama
Barangsiapa yang dengan sengaja berdusta ke atas aku, maka tersedialah
baginya tempat duduk dari api neraka.
[ Hadis Sahih (Mutawattir) : Dikeluarkan Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Ibn
Majah, ad-Darimi dan lain-lain. Lihat Sahih al-Bukhari, hadis no ? 109
(Kitab al-Ilm, Bab dosa berdusta keatas Nabi shallallahu ?alaihi
wasallam). Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no ? 3 dan
4 (Muqaddimah - Bab berdusta keatas Rasulullah shallallahu ?alaihi
wasallam).]
Dalil Kedua
Barangsiapa yang menceritakan dariku satu hadis yang ia sangka,
sesungguhnya hadis tersebut dusta/palsu, maka ia termasuk salah seorang
dari para pendusta.
[ Hadis Sahih: Dikeluarkan Muslim, Ibnu Majah, Tirmidzi, Ahmad. Lihat
Muqaddimah Sahih Muslim. Lihat juga Musnad Ahmad (Hadis Daripada Samuroh
Bin Jundud radhiallahu ?anh) dengan lafaz yang sedikit berbeza.]
Semoga kita dapat keberkatan dalam menyebarkan msg ini...... Wassalam...
Thanks / Regard
Md Rizad
Marketing Executive
Jalen Sdn. Bhd.
Lot 3688 Jalan Kempas Lama,
Kampung Sinaran Baru,
81300 Skudai, Johor.
Phone : 019-7116678
Fax : 07-5560018
Web : www.jalen.com.my
-
1 ulasan:
salam ukhuwah...
ana memohon kepada semua pengunjung yang mahu meninggalkan ulasan...tolong memberi ulasan tanpa menggunakan perkataan yang kesat,mencaci,memaki,mengaibkan dan sebagainya sesama kita umat islam...
Catat Ulasan
salam ukhuwah salam perpaduan...
di harapkan kepada sesiapa yang mahu meninggalkan ulasan tolong jangan masukkan unsur2 memaki,mencarut, memfitnah dan sebagainya.
wassalam