Daulat Tuanku

DYMM Yang Di-Pertuan Agong Ke-13

DYMM Yang Di-Pertuan Agong Ke-13
Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

Raja Permaisuri Agong

Raja Permaisuri Agong
Tuanku Nur Zahirah

Perdana menteri Malaysia

Perdana menteri Malaysia
YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Renung-renungkanlah…!

“Dalam setandan pisang tak semua elok dan tak semuanya buruk”

“Perasaan sayang hanya akan menutup mata dari melihat kecacatan, yang tampak hanyalah bagusnya sahaja. Rasa benci pula akan menutup mata dari melihat kebaikan, yang tampak hanyalah cacatnya sahaja. Jadi janganlah PERASAAN MENGALAHKAN AKAL….!” Abuya Hamka

Pengikut

selamat datang

salam ukhuwah salam perpaduan...

Ana ingin memohon kemaafan di atas kekhilafan ana dalam menulis
atau memberi komen di blog-blog anta semua menggunakan pengenalan Sayyidina umar Al-Khattab. kerana setiap manusia sentiasa melakukan kekhilafan dan menjadi tabiat manusia itu sendiri bersikap lalai, begitu jugalah ana insan yang lemah.

wassalam

adakah anda berpuashati dengan blog BAKTIRAKYAT???

jantina

peringkat umur

Bangsa

18 Ogos 2009

Nik Aziz???

salam ukhuwah...

ana semakin berasa kesal dengan sikap PAS...terutamanya alim ulama PAS. adakah mereka semua tengah mengIYAkan apa yang dikatakan oleh penyokong-penyokong UMNO???? penyokong-penyokong UMNO mengatakan PAS tafsir agama ikut kehendak sendiri...betulkah???

ana semakin kecewa,kesal,sedih dan hati ana semakin remuk dengan sikap ulama yang di agung-agungkan oleh penyokong PAS iaitu YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat...apabila beliau mengeluarkan kenyataan 'tidak salah DAP menghina Islam kerana parti itu bukan Islam dan tidak faham secara mendalam apakah sebenarnya agama Islam'.

Walaupun beliau telah menarik balik kenyataan tersebut tetapi hati ana masih lagi remuk kerana pernyataan itu keluar dari seorang yang begitu arif tentang agama....yang mana bergelar Tuan Guru...! sepatutnya sebagai seorang yang arif tentang agama beliau tidak sepatutnya tersilap dalam mengeluarkan kenyataan yang melibatkan kehormatan agama ISLAM...!

Tujuan ana menulis tentang ini bukanlah untuk memperbesarkan hal ini...tetapi sebagai peringatan kepada ulama-ulama yang lain. dan hal seperti ini janganlah di anggap remeh ini kerana ia melibatkan KESUCIAN AGAMA ISLAM.....!.

ana juga merasa kecewa dengan sikap ulama-ulama PAS yang mengatakan perjuangkan islam tetapi menikus apabila ketua pemuda DAP dengan lantangnya menghina ISLAM...rakyat perlu tahu satu fakta yang perlu di ketahui....sepanjang pergabungan UMNO,MCA,MIC,PPP,GERAKAN dan parti komponen lain. parti komponen dalam BN tidak pernah dengan biadapnya menghina islam sebagai mana yang di lakukan oleh ketua pemuda DAP....!

Di sini ana ingin meluahkan perasaan marah,benci,geram dan sebagainya ana terhadap ketua pemuda DAP yang begitu biadap menghina ISLAM....!! ana sudah bagitahu awal-awal akan mempertahankan islam dan tidak akan melepaskan orang yang berani menghina islam...!!! kalaulah ketua pemuda DAP berada di depan ana,ana akan memukulnya yang begitu biadap menghina islam....!!! meskipun beliau di kawal ketat oleh penyokong-penyokong PAS yang sudah hilang jati diri dalam memperjuangkan ISLAM yang suci ini...!


Ana dengan ini menyeru kepada semua ahli Bloggers Pembela Negara (BPN) dan Bloggers Pejuang Rakyat(BPR) supaya sama-sama berganding bahu meminta ketua pemuda DAP memohon maaf kepada seluruh umat ISLAM di dunia di atas kebiadapannya dalam menghina islam...

Jika PAS sanggup berDEMONSTRASI dalam meminta PPSMI dan ISA di mansuhkan maka ana menyeru kepada PAS jika kamu semua betul pejuang ISLAM dan tidak takutkan DAP sebagaimana di gembar-gemburkan....!! mari kita berDEMONSTRASI di hadapan rumah LOKE SIEW FOOK untuk meminta beliau meminta maaf secara umum kepada seluruh umat islam dunia bukan hanya kepada umat islam malaysia bukan sahaja kepada Dr. Ridhuan Tee sahaja,tetapi kepada seluruh umat islam DUNIA....!

Orang-orang PAS jangan bagi alasan mengganggu ketenteraman awam atau apa sahaja jika benar kamu semua pejuang ISLAM yang tulen....!

Ana menulis tentang ini tiada suatu niat pun yang terselit dalam diri ana untuk keuntungan politik...tetapi kerana ISLAM dan mengharapkan keredhaan ALLAH SWT smata-mata....Ayuhlah BPN,ayuhlah BPR, ayuhlah PEKIDA, ayuhlah TS(Tentera Sabilullah) kita mempertahankan ISLAM daripada penghinaan yang di lemparkan oleh ketua pemuda DAP LOKE SIEW FOOK....!!! AYUHLAH SEMUA UMAT SILAM TANPA MENGIRA FAHAMAN POLITIK,BANGSA,NEGARA MAHUPUN WARNA KULIT....AYUHLAH SAMA-SAMA KITA MEMPERTAHANKAN ISLAM DARI DI HINA.....!!!!

Jika PAS tidak mahu mempertahankan ISLAM dari di hina oleh LOKE SIEW FOOK.... ana sanggup mempertahankan ISLAM walaupun Nyawa ana galang gantinya semata-mata mengharapkan keredhaan ALLAH SWT......!!!

Akhir kata, jika ada salah dan silap ana dalam artikel ini ana memohon keampunan daripada ALLAH SWT di atas kelalaian ana...jika artikel ini mengguris hati mana-mana pihak ana memohon maaf di atas keterlanjuran ini...tapi ana hanya mengatakan yang 'Haq'....!

1 ulasan:

sayyidina umar al-khattab berkata...

salam ukhuwah...

ana memohon kepada semua pengunjung yang mahu meninggalkan ulasan...tolong memberi ulasan tanpa menggunakan perkataan yang kesat,mencaci,memaki,mengaibkan dan sebagainya sesama kita umat islam...

Catat Ulasan

salam ukhuwah salam perpaduan...

di harapkan kepada sesiapa yang mahu meninggalkan ulasan tolong jangan masukkan unsur2 memaki,mencarut, memfitnah dan sebagainya.

wassalam

Related Posts with Thumbnails

Mencari Damai Di Hati

Mencari Damai Di Hati
Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari panduan,
Kita bongkar rahsia sunah Nabi,
Cari pedoman,
Aku hidup kerana Dia Rabbi,
Dialah teman,
Dialah wali,
Dia mencukupi,
Aku hidup bererti,
Menikmati damai abadi.

(Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi)

barisan PM Malaysia

barisan PM Malaysia
Jasamu tetap di kenang

LAGU WARISAN


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara 3x


Lirik oleh:
Tan Sri Nordin Bin Kardi
Naib Canselor UUM

personaliti mengikut kumpulan darah

KUMPULAN DARAH ‘O’:
Ini adalah jenis pemimpin. Saat melihat sesuatu yg diinginkan, org dgn kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yg kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif.

KUMPULAN DARAH ‘A’:
Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dgn baik dgn org lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dgn santai dan cenderung keras kepala..

KUMPULAN DARAH ‘B’:
Anda punya tabiat keras dan individualis, suka terus-terang tanpa memikirkan org lain dan melakukan segala sesuatu dgn cara sendiri. Namun anda juga kreatif & fleksibel & boleh beradaptasi dgn mudah terhadap situasi. Namun kelemahan yg anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri, yg boleh merugikan..

KUMPULAN DARAH ‘AB’:
Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tpt berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan utk menghibur org lain secara semulajadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.