Daulat Tuanku

DYMM Yang Di-Pertuan Agong Ke-13

DYMM Yang Di-Pertuan Agong Ke-13
Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

Raja Permaisuri Agong

Raja Permaisuri Agong
Tuanku Nur Zahirah

Perdana menteri Malaysia

Perdana menteri Malaysia
YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Renung-renungkanlah…!

“Dalam setandan pisang tak semua elok dan tak semuanya buruk”

“Perasaan sayang hanya akan menutup mata dari melihat kecacatan, yang tampak hanyalah bagusnya sahaja. Rasa benci pula akan menutup mata dari melihat kebaikan, yang tampak hanyalah cacatnya sahaja. Jadi janganlah PERASAAN MENGALAHKAN AKAL….!” Abuya Hamka

Pengikut

selamat datang

salam ukhuwah salam perpaduan...

Ana ingin memohon kemaafan di atas kekhilafan ana dalam menulis
atau memberi komen di blog-blog anta semua menggunakan pengenalan Sayyidina umar Al-Khattab. kerana setiap manusia sentiasa melakukan kekhilafan dan menjadi tabiat manusia itu sendiri bersikap lalai, begitu jugalah ana insan yang lemah.

wassalam

adakah anda berpuashati dengan blog BAKTIRAKYAT???

jantina

peringkat umur

Bangsa

02 Ogos 2009

kebebasan media

salam semua...

maaf lah ana rasa mungkin tajuk ini agak panas sedikit jika di bandingkan dengan isu-isu yang ana tulis sebelum ini...

ana hairan dengan sikap pemimpin ataupun parti PAS, mereka asyik melaungka-laungkan keislaman mereka, kononnya mereka sahaja yang islamnya sempurna...

apa yang ana tahu dalam islam amat menekankan kesaksamaan,keharmonian,keadilan dan sebagainya yang menuntut supaya di laksanakan agar hubungan sesama manusia terjalin dengan baik....

mengambil satu contoh 'MEDIA'.... PAS sibuk menyatakan media arus perdana berat sebelah lah,tidak adillah, hanya memaparkan keburukan pembangkang sahaja lah, tidak di beri kebebasanlah...

tapi adakah puak-puak PAS ini kurang kesedaran atau tidak sedar diri macam mana pula dengan lidah rasmi mereka ?? HARAKAH??? apakah HARAKAH adil dalam melaporkan sesuatu berita?? apa yang ana nampak HARAKAH hanya menceritakan keburukan-keburukan pihak kerajaan sahaja. jadi mana keadilan yang di laung-laungkan oleh mereka sampai sanggup di tahan ISA???

kalau harakah pun hanya memburuk-burukkan kerajaan tanpa melaporkan satu pun kebaikan kerajaan baik PAS tutup mulut dan diam sahaja daripada bercakap tentang keadilan dan tentang kebebasan media...mereka pun 2x5, 5x2....

ana menulis tentang ini bukannya tujuan untuk memburuk-burukkan PAS atau HARAKAH tetapi ana mahu mereka sedar diri sikit..jangan hanya mengganggap diri kita sahaja yang betul mentang-mentang lah mereka pakai jubah, serban, perjuang hudud mereka sahaja yang betul....!

memang betul HARAKAH adalah lidah rasmi PAS, di sebabkan itulah HARAKAH perlu adil dalam setiap berita yang di laporkan, ini kerana PAS sendiri yang melaung-laungkan slogan 'membangun bersama ISLAM' jadi islam menitik beratkan keadilan dalam semua aspek. jika HARAKAH sendiri melaporkan berita berkaitan politik yang berat sebelah macam mana nak membangun bersama ISLAM??? jangan IYAkan apa yang orang-orang UMNO cakap "PAS tafsir islam ikut selera parti PAS" jangan IYAKAN....!

1 ulasan:

sayyidina umar al-khattab berkata...

salam ukhuwah...

ana memohon kepada semua pengunjung yang mahu meninggalkan ulasan...tolong memberi ulasan tanpa menggunakan perkataan yang kesat,mencaci,memaki,mengaibkan dan sebagainya sesama kita umat islam...

Catat Ulasan

salam ukhuwah salam perpaduan...

di harapkan kepada sesiapa yang mahu meninggalkan ulasan tolong jangan masukkan unsur2 memaki,mencarut, memfitnah dan sebagainya.

wassalam

Related Posts with Thumbnails

Mencari Damai Di Hati

Mencari Damai Di Hati
Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari panduan,
Kita bongkar rahsia sunah Nabi,
Cari pedoman,
Aku hidup kerana Dia Rabbi,
Dialah teman,
Dialah wali,
Dia mencukupi,
Aku hidup bererti,
Menikmati damai abadi.

(Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi)

barisan PM Malaysia

barisan PM Malaysia
Jasamu tetap di kenang

LAGU WARISAN


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara 3x


Lirik oleh:
Tan Sri Nordin Bin Kardi
Naib Canselor UUM

personaliti mengikut kumpulan darah

KUMPULAN DARAH ‘O’:
Ini adalah jenis pemimpin. Saat melihat sesuatu yg diinginkan, org dgn kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yg kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif.

KUMPULAN DARAH ‘A’:
Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dgn baik dgn org lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dgn santai dan cenderung keras kepala..

KUMPULAN DARAH ‘B’:
Anda punya tabiat keras dan individualis, suka terus-terang tanpa memikirkan org lain dan melakukan segala sesuatu dgn cara sendiri. Namun anda juga kreatif & fleksibel & boleh beradaptasi dgn mudah terhadap situasi. Namun kelemahan yg anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri, yg boleh merugikan..

KUMPULAN DARAH ‘AB’:
Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tpt berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan utk menghibur org lain secara semulajadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.