salam ukhuwah
ini adalah petikan artikel yang ana petik daripada blog wangsa setia...sekali lagi ana memohon maaf daripada Dato' Khusairi Talib di atas artikel yang ana salin daripda blog anta.Ini tidak lain dan tidak bukan hanya semata-mata ana buat demi ISLAM dan demi MELAYU...!!! ana mahu bangsa MELAYU berfikir apakah kenyataan yang di keluarkan oleh mursyidul AM PAS dapat di maafkan begitu mudah setelah mengeluarkan kenyataan begitu meskipun dia telah menarik balik kenyataannya...!
Friday, August 14, 2009
'FATWA' NIK AZIZ SEMAKIN SONGSANG
Sebelum ini ramai yang memberi pandangan, jika hendak tawan hati orang Pas, jangan sesekali usik Mursyidul Amnya, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Kata mereka, Pas sudah sinonim dengan Nik Aziz. Pas itu Nik Aziz, dan Nik Aziz itu Pas. Penyokong Pas cenderung menelan setiap bait kata-kata Nik Aziz sebagai ‘fatwa’.
Kata mereka, semakin kuat mengkritik Nik Aziz, maka tahap simpati penyokong Pas terhadap Nik Aziz dan parti Pas juga semakin meningkat. Ramai pemimpin Umno yang terpengaruh dan akur dengan pandangan ini. Saya juga begitu.
Itulah sebabnya beberapa ‘fatwa’ negatif Nik Aziz sebelum ini diterima bulat-bulat tanpa pertikaian oleh penyokong tegar Pas. Antara ‘fatwa’ popularnya adalah “tidak salah berkawan dengan syaitan” dan “Allah juga mencarut”.
Tetapi ‘fatwa’ baru Nik Aziz membuatkan saya berfikir kembali apakah perlu saya terus menyimpan kritikan terhadap Mursidul Am Pas ini semata-mata hendak menawan hati penyokong parti itu. ‘Fatwa’ terbarunya mengatakan tidak salah DAP menghina Islam kerana parti itu bukan Islam dan tidak faham secara mendalam apakah sebenarnya agama Islam.
Sebelum ini sebuah akhbar Jerman menyiarkan karekator Rasullullah s.a.w. memakai serban berupa sebiji bom. Umat Islam di seluruh dunia bangun membantah terhadap akhbar berkenaan, termasuk umat Islam di Malaysia, tidak terkecuali Nik Aziz dan penyokong-penyokong Pas. Hakikatnya, kenapakah ketika itu Nik Aziz mengkritik akhbar berkenaan sedangkan pemiliknya bukan beragama Islam dan tidak faham sensitiviti umat Islam.
Apakah bezanya penghinaan akhbar Jerman itu dengan penghinaan Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Loke Siew Fook yang melabelkan agama Islam sebagai ‘fucking religion’? Apakah kerana DAP dan Loke bukan beragama Islam, maka mereka bebas untuk mencaci dan memaki hamun agama Islam tanpa memikirkan perasaan umat Islam? Adakah apabila anda tidak beragama Kristian dan tidak memahami ajaran agama itu, maka anda bebas untuk memaki hamun agama dan penganut Kristian? Apakah tindakan itu tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan?
Dan kenapakah Nik Aziz membiarkan sahaja DAP Loke dan pemimpin sekutu pakatan politiknya menghina seorang pendakwah Islam bernama Ridhuan Tee Abdullah dengan kata-kata ‘bastard’ dan menyamakan saudara baru Islam sebagai penyangak, perompak dan lain-lain kata nista?
Barulah saya faham sekarang, bahawa Nik Aziz bukanlah seorang ulama sebagaimana digembar-gemburkan selama ini. Beliau tidak ada bezanya dengan politikus lain di negara ini, termasuk dari parti Umno. Cuma bezanya, politikus Umno akan mengkritik sesiapa sahaja yang mempersenda dan menghina agama Islam, baik dari dalam mahupun di luar komponen BN. Sedangkan Nik Aziz akan menelan bulat-bulat setiap cacian dan kata-kata nista DAP terhadap agama Islam.
Berfikirlah wahai saudara-saudara Islam yang menyokong dan berpihak kepada Pas. Sanggupkah anda semua membiarkan agama anda dicaci, dimaki, diherdik, dicemuh, diludah dengan ayat-ayat yang cukup hina dan memualkan, termasuk oleh pemimpin DAP yang bersekutu dengan Pas? Apakah anda semua mahu menjadikan kata-kata Mursyidul Am Pas yang mempertahankan tindakan Loke Siew Fook memaki hamun agama Islam itu sebagai satu lagi ‘fatwa’ Tok Guru?
Pas kini tidak lagi rasional dalam perjuangannya hendak menegakkan agama Islam. Cakap Pas sudah tidak serupa bikin. Slogan Pas “Islam Untuk Semua” tidak kena pada tempatnya, malahan telah membuka ruang kepada DAP untuk memaki hamun agama Islam. Slogan itu juga membuka pintu kepada Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming untuk mempersenda dan mempolitikkan ayat-ayat suci Al-Quran.
Kata-kata Nik Aziz bukan lagi ‘fatwa’. Fatwanya semakin songsang. Dia tidak lagi sesuai digelar ulama. Insaflah saudara-saudaraku sebelum terlambat.
1 ulasan:
salam ukhuwah...
ana memohon kepada semua pengunjung yang mahu meninggalkan ulasan...tolong memberi ulasan tanpa menggunakan perkataan yang kesat,mencaci,memaki,mengaibkan dan sebagainya sesama kita umat islam...
Catat Ulasan
salam ukhuwah salam perpaduan...
di harapkan kepada sesiapa yang mahu meninggalkan ulasan tolong jangan masukkan unsur2 memaki,mencarut, memfitnah dan sebagainya.
wassalam