Daulat Tuanku

DYMM Yang Di-Pertuan Agong Ke-13

DYMM Yang Di-Pertuan Agong Ke-13
Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

Raja Permaisuri Agong

Raja Permaisuri Agong
Tuanku Nur Zahirah

Perdana menteri Malaysia

Perdana menteri Malaysia
YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Renung-renungkanlah…!

“Dalam setandan pisang tak semua elok dan tak semuanya buruk”

“Perasaan sayang hanya akan menutup mata dari melihat kecacatan, yang tampak hanyalah bagusnya sahaja. Rasa benci pula akan menutup mata dari melihat kebaikan, yang tampak hanyalah cacatnya sahaja. Jadi janganlah PERASAAN MENGALAHKAN AKAL….!” Abuya Hamka

Pengikut

selamat datang

salam ukhuwah salam perpaduan...

Ana ingin memohon kemaafan di atas kekhilafan ana dalam menulis
atau memberi komen di blog-blog anta semua menggunakan pengenalan Sayyidina umar Al-Khattab. kerana setiap manusia sentiasa melakukan kekhilafan dan menjadi tabiat manusia itu sendiri bersikap lalai, begitu jugalah ana insan yang lemah.

wassalam

adakah anda berpuashati dengan blog BAKTIRAKYAT???

jantina

peringkat umur

Bangsa

17 April 2009

Apa Ertinya Saya Menganut Islam (04)



oleh:Fathi Yakan



Sambungan.....


Saya Mestilah Bersifat Seorang Muslim Terhadap
Keluarga Saya

Sebenarnya apabila saya telah menganut agama Islam, saya wajib menjadi
seorang pendukung risalah ini di dalam kehidupan bahkan saya wajib
menjadikan seluruh kehidupan saya mematuhi segala arahan risalah ini.
Maka apabila anutan saya terhadap Islam mewajibkan saya menjadi
Muslim di dalam sudut kejiwaan, akidah, ibadah dan akhlak maka kewajipan
yang sama juga menuntut saya berusaha menjadikan masyarakat yang saya
hidup di dalamnya sebagai masyakat muslim.
Adalah tidak memadai dengan saya menjadi muslim seorang diri sahaja
sedangkan orang-orang di sekeliling saya tidak dihiraukan, kerana di antara
kesan-kesan dari seruan Islam dan kemesraannya di dalam jiwa manusia (jika ia
telah benar-benar beriman) ialah ia merasai tanggungjawabnya terhadap orang
lain dengan mengajak dan menasihati mereka dengan Islam serta ghairah
mengambil berat ke atas mereka sebagai realisasi dari amaran Rasulullah:

Yang bermaksud: "Barang siapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil
peduli urusan umat Islam maka ia bukan dari golongan mereka". (Hadith riwayat al-
Baihaqi dalam “Shuab al-Iman”, at-Tabari, Abu Nua’im dalam “Hilyah” dan al-
Hakim.)
Bertitik tolak dari sinilah menyusulnya satu tanggungjawab ke atas saya,
iaitu tanggungjawab menegakkan masyarakat Islam dan tanggungjawab
menyampaikan Islam kepada masyarakat.
Langkah pertama dari tanggungjawab ini dan merupakan langkah yang
bersifat tabii dalam usaha ini, saya mestilah jadikan rumah-tangga saya sebuah
rumah-tangga muslim. Saya mestilah menyampaikan risalah Islam kepada
"masyarakat kecil saya" yang terdiri dari ahli-ahli keluarga saya, isteri-isteri saya,
anak-anak saya, seterusnya kepada kaum kerabat saya yang dekat dan inilah
cara yang dilakukan oleh Rasulullah di permulaan dakwahnya.

Firman Allah:
Maksudnya: Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain
bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab
seksa. 214- Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.
215- Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orangorang
yang beriman. (Surah Al-Syu'ara' 26: Ayat 213-215).

Dari penjelasan di atas nyatalah bahawa tanggungjawab seorang muslim
selepas tanggungjawab ke atas dirinya sendiri ialah tanggungjawab terhadap
ahli keluarganya, rumah-tangganya dan anak-pinaknya. Berdasarkan dalil
firman Allah:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga
kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka
itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka
tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan
mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (Surah Al-Tahrim 66: Ayat 6)
4.1- Tanggungjawab Sebelum Berumah-tangga.

Untuk membantu saya menjayakan usaha membina sebuah rumah-tangga
yang baik, Islam telah menunjukkan beberapa anasir dan sebab-sebab
yang memudahkan tanggungjawab dan pencapaian matlamat pembinaan
rumah-tangga saya. Di antaranya ialah:

1. Saya mestlah memastikan perkahwinan saya adalah kerana Allah atau
dengan kata lain membina rumah-tangga muslim, untuk melahirkan
keturunan yang salih, menjadi keluarga yang mampu menunaikan
amanah serta memastikan pelaksanaan hidayah Allah itu secara
berterusan sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
"Satu keturunan yang sebahagiannya (turunan) dari yang lain" (Surah Ali-
Imran 3: Ayat 34)

2. Saya mestilah menjadikan tujuan perkahwinan saya adalah untuk
menjaga pandangan saya, memelihara kemaluan saya serta bertakwa
kepada Allah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Ada tiga golongan yang Allah berhak menolong mereka. Pertama: Orang
yang berjihad pada jalan Allah. Kedua: hamba mukatab (yang berjanji untuk
menebus diri) yang menunaikan bayaran dan ketiga orang yang berkahwin
kerana ingin memelihara dirinya". (Hadis riwayat Al-Tirmizi).
Dan sabdanya lagi yang bermaksud:
"Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh
dari agamanya maka bertakwalah ia pada separuh yang lain". (Hadis
riwayat oleh Al-Tabrani Fil-Ausath)


3. Saya mestilah memilih bakal isteri yang baik kerana dengannyalah
saya berkongsi hidup dan menjadi teman dalam perjuangan,
sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Pilihlah untuk keturunanmu (wanita yang baik) kerana sesungguhnya
keturunan itu menjadi pertikaian. Dalam satu riwayat yang lain dikatakan:
Keturunan itu menjadi desas-desus". Dalam satu lagi riwayat yang lain
disebut: "Hendaklah engkau berkahwin dengan orang sekupu dan
kahwinkanlah (anak-anakmu) dengan yang sekupu. (Hadith riwayat Ibn
Majah dan Abu Mansur ad-Dailami dalam Musnad al-firdaus))

4. Saya mestilah memilih wanita yang baik akhlak dan pegangan
agamanya sekalipun ia mungkin tidak punya harta kekayaan dan
kecantikan kerana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana kecantikannya kerana boleh jadi
kecantikan itu akan membinasakannya, janganlah kamu mengahwini mereka
kerana kekayaannya, kerana mungkin kekayaan itu merosakkannya tetapi
kahwinilah mereka atas dasar pegangan agamanya. Hamba perempuan yang
rabik dan hodoh tetapi baik agamanya adalah lebih utama". (Hadis riwayat
Ibnu Majah)

5. Saya mestilah berhati-hati supaya tidak menyalahi perintah Allah
dalam urusan ini, kerana takut kemurkaan dan seksaan Allah. Kerana
mengingati amaran Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesiapa yang mengahwini wanita kerana memandang kepada kemuliaan
(kedudukannya) sahaja, Allah tidak akan menambah apa-apa kepadanya
melainkan dengan kehinaan, sesiapa yang berkahwin kerana hartanya, Allah
tidak akan menambahnya kecuali kefakiran, sesiapa yang berkahwin kerana
keturunannya Allah tidak akan menambahnya kecuali kerendahan tetapi
sesiapa yang mengahwini wanita kerana menjaga pandangannya dan
memelihara kemaluannya (dari perkara haram) atau kerana menghubungkan
silaturahim, Allah akan memberkatinya dan isterinya". (Hadith riwayat
Abu Nuaim)


4.2- Tanggungjawab Selepas Berumah-tangga.

Sebenarnya pemilihan bagi mendapatkan isteri yang baik oleh saya
tidaklah bererti terlepasnya tanggungjawab terhadapnya selepas
perkahwinan. Malah tanggungjawab yang lebih besar segera bermula
sebaik sahaja saya berumah-tangga. Di antara tanggungjawab tersebut
diperturunkan seperti berikut:

1. Saya mestilah berlaku baik terhadapnya dan memuliakan dalam
hubungan muamalah untuk membina jambatan saling mempercayai
di antara saya dengannya sebagaimana Rasulullah bersabda:
"Orang yang paling baik di antara kamu adalah orang yang paling baik
perlakuan terhadap isterinya dan akulah orang yang paling baik perlakuan
terhadap isteri". (Hadith riwayat Tirmizi daripada ‘Aisyah)
Dan sabda Rasulullah s.a.w:
"Orang-orang mukmin yang sempurna imannya ialah mereka yang
baik akhlaknya dan berlemah-lembut terhadap isteri mereka".
(Hadith riwayat Tirmizi)

2. Hubungan saya dengan isteri tidak seharusnya terbatas kepada
hubungan di tempat tidur dan melepaskan keinginan syahwat sahaja.
Malah hubungan antara kami itu mestilah hubungan yang dapat
menjalinkan persefahaman dalam pemikiran, kejiwaan dan kasih
sayang. Kami sama-sama membaca, menunaikan sebahagian dari
'ibadat bersama-sama turut mengatur urusan rumah-tangga dan
meluangkan waktu tertentuuntuk bergurau-senda dan bermanja.



Dalam urusan 'ibadah Allah s.w.t berfirman:Maksudnya:
"Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan sembahyang dan
bersabarlah kamu dalam mengerjakannya..." (Surah Taha 20: Ayat 132)
Dan firman Allah:
Maksudnya:
"Dan ia (Nabi Ismail a.s) memerintahkan ahlinya mendirikan sembahyang
dan menunaikan zakat dan ia adalah seorang yang diredai di sisi Tuhannya".
(Surah Maryam 19: Ayat 55)
Dalam hal bermesra dengan isteri, Rasulullah s.a.w pernah berlumba kejar
dengan Aisyah r.a. Manakala dalam hal membantu urusan
rumah-tangga, baginda melakukan banyak kerja, di antaranya baginda
menjahit serta memperbaiki kasut.


3. Selain dari perkara-perkara di atas, seluruh hubungan saya dengan
isteri saya mestilah tidak terkeluar dari batas-batas syariat, tidak
menjatuhkan nama baik Islam dan tidak tercebur ke dalam hal-hal
yang haram kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w memberi amaran:
"Tidak ada seorang yang tunduk menurut kehendak wanita melainkan Allah
mencampakkannya ke dalam neraka".
Rasulullah juga bersabda:
"Seorang itu tidak menemui Allah dengan membawa dosa yang sangat besar
dari kejahilan isterinya".1
Sabda baginda lagi: "Celakalah orang yang menjadi hamba isterinya".

4.3- Tanggungjawab Bersama Dalam Mendidik Anak-anak.


Sebenarnya kejayaan dalam perkahwinan dengan memilih isteri yang
salihah dan membentuk pasangan suami-isteri yang serasi dengan acuan
Islam merupakan saham yang sangat besar dalam membantu
melaksanakan pendidikan Islam kepada anak-anak. Sebaliknya kegagalan
perkahwinan dan tersalah pilih bakal isteri adalah punca kepada
keburukan dan keruntuhan ke atas rumah-tangga seluruhnya.
Apapun pertentangan yang berlaku dalam kehidupan suami isteri akan
memberi kesan secara langsung ke dalam pendidikan anak-anak dan jiwa
mereka. Ekoran dari ini sebahagian dari sifat-sifat kekusutan jiwa dan
penyimpangan akan diwarisi pula oleh anak-anak. Oleh yang demikian
anasir yang pertama yang dapat menjamin terlaksananya pendidikan
secara Islam ke atas kanak-kanak ialah melaksanakan perkahwinan
menurut yang dianjurkan oleh Islam.



Pada hakikatnya hasil yang diharapkan dari sebuah rumah-tangga Islam
ialah melahirkan keturunan yang salih seperti firman Allah:
Maksudnya:
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan
berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat
keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan
jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.
(Surah Al-Furqan 25: Ayat 74)

Anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan bersih (fitrah). Ia akan menjadi
seorang yang salih bila mendapat pendidikan yang baik. Sebaliknya jika
ia hidup membesar dalam suasana keluarga yang terpesong dan
menyeleweng ia juga akan turut terpesong dan menyeleweng
sebagaimana sabda Nabi s.a.w:
"Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan bersih (fitrahnya) maka kedua ibu
bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
(Muttafaqun'Alaih)

Oleh sebab itu Islam memandang berat dalam urusan mendidik anakanak
serta menggesa supaya mencari sebab-sebab, norma-norma serta
udara yang baik untuk menjamin terlaksana tarbiah yang baik. Rasulullah
bersabda:
"Seorang yang mendidik anaknya (dengan baik) adalah lebih baik dari bersedekah
dengan secupak". (Diriwayatkan oleh Al-Tirmizi).
Rasulullah juga bersabda:
"Tidak ada satu pemberian bapa terhadap anak-anak yang lebih dari adab yang
mulia".
Sabda baginda lagi:
"Berlaku pemurahlah kepada anak-anakmu dan bentuklah mereka dengan akhlak
yang mulia". (Hadith riwayat Ibn Majah daripada Ibn ‘Abbas)
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Apabila mati seorang anak Adam, terputuslah segala amalan (dari dia) kecuali
tiga (kebaikan): Sedekah jariah (yang ikhlas), ilmu yang dimanfaatkan dan anak
yang salih yang mendoakan (kebaikan) untuknya". (Hadith riwayat Muslim
daripada Abu Hurairah)






bersambung...

wallahu'Alam...


p/s:selamat berbuka puasa.

0 ulasan:

Catat Ulasan

salam ukhuwah salam perpaduan...

di harapkan kepada sesiapa yang mahu meninggalkan ulasan tolong jangan masukkan unsur2 memaki,mencarut, memfitnah dan sebagainya.

wassalam

Related Posts with Thumbnails

Mencari Damai Di Hati

Mencari Damai Di Hati
Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari panduan,
Kita bongkar rahsia sunah Nabi,
Cari pedoman,
Aku hidup kerana Dia Rabbi,
Dialah teman,
Dialah wali,
Dia mencukupi,
Aku hidup bererti,
Menikmati damai abadi.

(Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi)

barisan PM Malaysia

barisan PM Malaysia
Jasamu tetap di kenang

LAGU WARISAN


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara 3x


Lirik oleh:
Tan Sri Nordin Bin Kardi
Naib Canselor UUM

personaliti mengikut kumpulan darah

KUMPULAN DARAH ‘O’:
Ini adalah jenis pemimpin. Saat melihat sesuatu yg diinginkan, org dgn kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yg kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif.

KUMPULAN DARAH ‘A’:
Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dgn baik dgn org lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dgn santai dan cenderung keras kepala..

KUMPULAN DARAH ‘B’:
Anda punya tabiat keras dan individualis, suka terus-terang tanpa memikirkan org lain dan melakukan segala sesuatu dgn cara sendiri. Namun anda juga kreatif & fleksibel & boleh beradaptasi dgn mudah terhadap situasi. Namun kelemahan yg anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri, yg boleh merugikan..

KUMPULAN DARAH ‘AB’:
Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tpt berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan utk menghibur org lain secara semulajadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.