Daulat Tuanku

DYMM Yang Di-Pertuan Agong Ke-13

DYMM Yang Di-Pertuan Agong Ke-13
Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

Raja Permaisuri Agong

Raja Permaisuri Agong
Tuanku Nur Zahirah

Perdana menteri Malaysia

Perdana menteri Malaysia
YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Renung-renungkanlah…!

“Dalam setandan pisang tak semua elok dan tak semuanya buruk”

“Perasaan sayang hanya akan menutup mata dari melihat kecacatan, yang tampak hanyalah bagusnya sahaja. Rasa benci pula akan menutup mata dari melihat kebaikan, yang tampak hanyalah cacatnya sahaja. Jadi janganlah PERASAAN MENGALAHKAN AKAL….!” Abuya Hamka

Pengikut

selamat datang

salam ukhuwah salam perpaduan...

Ana ingin memohon kemaafan di atas kekhilafan ana dalam menulis
atau memberi komen di blog-blog anta semua menggunakan pengenalan Sayyidina umar Al-Khattab. kerana setiap manusia sentiasa melakukan kekhilafan dan menjadi tabiat manusia itu sendiri bersikap lalai, begitu jugalah ana insan yang lemah.

wassalam

adakah anda berpuashati dengan blog BAKTIRAKYAT???

jantina

peringkat umur

Bangsa

01 April 2009

pengenalan blog

salam ukhuwah kepada semua pelawat blog ana......

tujuan ana membuka blog ini adalah untuk BERBAKTI
kepada RAKYAT disebabkan itulah ana menamakan blog ana BAKTIRAKYAT..ana harap jika ada dalam kalangan pelawat yang mempunyai masalah janganlah segan silu untuk memberitahu ana di alamat saniey_rizwan@yahoo.com sekalipun ana tidak dapat membantu dengan banyak....ana juga sedia menerima masalah kaunseling dan ana akan cuba sedaya-upaya untuk membantu dalam segi kerohanian@kaunseling...

di sini juga ana ingin menerangkan tentang kenapa kerajaan melaksanakan DEB,akta tahanan ISA,PPSMI, kenapa kerajaan tidak melaksanakan HUDUD...dan sebagainya, dan ana mengalu-alukan pendapat yang bernas dari kalangan pelawat-pelawat sekalian.

ana berharap tulisan ana ini tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.dan ana hanya akan menulis perkara yang BENAR sahaja di blog ana ini...ana berharap dengan tulisan ana ini dapat merapatkan dan memperkuatkan perpaduan ummah kita sebagai seorang ISLAM....

dan untuk peringtan kepada pelawat-pelawat sekalian ana berharap pelawat-pelawat dapat memberi cadangan dan pendapat yang bernas dan mengikut rasional pemikiran tanpa memberi pendapat dan komen menggunakan nafsu amarah...!!

sekian dulu tulisan pengenalan ana kepada pelawat-pelawat blog ana,dan ana mengucapkan syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan izinnya ana dapat membuka laman blog ana ini,jutaan terima kasih kepada ibubapa ana yang melahir dan membesarkan ana, ribuan terima kasih kepada kerajaan malaysia yang menanggung pengajian ana di politeknik menerusi skim pinjaman KPTM, ucapan penghargaan kepada BIRO TATANEGARA yang banyak membantu ana dalam isu-isu yang ana tidak jelas ( terima kasih kepada KAK NOR MISUARI,KAK LINI,PAK HARIS,PAK WAN,PAK NIK ISMAIL,PAK NIK OMAR, dan PAK SYUKRI serta BARISAN FASILITATOR kem "BTN MAHASISWA ASAS,besut terengganu,22/4-26/4") serta pelawat-pelawat yang sudi singgah di blog ana ini....

akhir kata,ana memohon keampunan daripada yang maha kuasa jika tulisan ana selepas ini terdapat kesalahan kerana itu semua datangnya daripada sikap ana yang lalai....


assalamualaikum W.B.T.....

0 ulasan:

Catat Ulasan

salam ukhuwah salam perpaduan...

di harapkan kepada sesiapa yang mahu meninggalkan ulasan tolong jangan masukkan unsur2 memaki,mencarut, memfitnah dan sebagainya.

wassalam

Related Posts with Thumbnails

Mencari Damai Di Hati

Mencari Damai Di Hati
Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari panduan,
Kita bongkar rahsia sunah Nabi,
Cari pedoman,
Aku hidup kerana Dia Rabbi,
Dialah teman,
Dialah wali,
Dia mencukupi,
Aku hidup bererti,
Menikmati damai abadi.

(Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi)

barisan PM Malaysia

barisan PM Malaysia
Jasamu tetap di kenang

LAGU WARISAN


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara 3x


Lirik oleh:
Tan Sri Nordin Bin Kardi
Naib Canselor UUM

personaliti mengikut kumpulan darah

KUMPULAN DARAH ‘O’:
Ini adalah jenis pemimpin. Saat melihat sesuatu yg diinginkan, org dgn kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yg kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif.

KUMPULAN DARAH ‘A’:
Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dgn baik dgn org lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dgn santai dan cenderung keras kepala..

KUMPULAN DARAH ‘B’:
Anda punya tabiat keras dan individualis, suka terus-terang tanpa memikirkan org lain dan melakukan segala sesuatu dgn cara sendiri. Namun anda juga kreatif & fleksibel & boleh beradaptasi dgn mudah terhadap situasi. Namun kelemahan yg anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri, yg boleh merugikan..

KUMPULAN DARAH ‘AB’:
Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tpt berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan utk menghibur org lain secara semulajadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.