Daulat Tuanku

DYMM Yang Di-Pertuan Agong Ke-13

DYMM Yang Di-Pertuan Agong Ke-13
Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

Raja Permaisuri Agong

Raja Permaisuri Agong
Tuanku Nur Zahirah

Perdana menteri Malaysia

Perdana menteri Malaysia
YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Renung-renungkanlah…!

“Dalam setandan pisang tak semua elok dan tak semuanya buruk”

“Perasaan sayang hanya akan menutup mata dari melihat kecacatan, yang tampak hanyalah bagusnya sahaja. Rasa benci pula akan menutup mata dari melihat kebaikan, yang tampak hanyalah cacatnya sahaja. Jadi janganlah PERASAAN MENGALAHKAN AKAL….!” Abuya Hamka

Pengikut

selamat datang

salam ukhuwah salam perpaduan...

Ana ingin memohon kemaafan di atas kekhilafan ana dalam menulis
atau memberi komen di blog-blog anta semua menggunakan pengenalan Sayyidina umar Al-Khattab. kerana setiap manusia sentiasa melakukan kekhilafan dan menjadi tabiat manusia itu sendiri bersikap lalai, begitu jugalah ana insan yang lemah.

wassalam

adakah anda berpuashati dengan blog BAKTIRAKYAT???

jantina

peringkat umur

Bangsa

10 Ogos 2009

senario pembangkang

Bagi pembangkang, mereka sahaja yang betul dan sempurna. pakatan mereka sahaja yang hebat, mereka sahaja yang terdiri daripada pemimpin yang berwibawa dan tindakan mereka sahajalah yang betul.

Sikap pembangkang ini dapat di kupas melalui beberapa senario yang berlaku sejak selepas pilihan raya umum yang lalu.

  • Apabila keputusan mahkamah menyebelahi mereka, ia akan di anggap melambangkan ketelusan badan kehakiman tetapi apabila keputusan sebaliknya, mahkamah akan di tuduh berat sebelah dan ada campur tangan dari pihak kerajaan.

  • Apabila mereka merancang menubuhkan kerajaan pada 16 september melalui pintu belakang dengan hendak membeli 31 orang AP BN, mereka anggap itu demokrasi. Tetapi apabila BN menubuhkan kerajaan di perak setelah wakil rakyat mereka menjadi calon bebas mereka kata ia pencabulan demokrasi dan terpekik terlolong mahu DUN di bubarkan.

  • Apabila ada pemimpin mereka di hadapkan di mahkamah mereka anggap itu fitnah. tetapi bila pemimpin BN di dakwa di mahkamah mereka itu adlah kerana BN parti yang jahat.

  • Apabila UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC mereka kata ia salah, apabila mereka bekerjasama dengan DAP mereka kata parti mereka untuk semua.

  • Apabila ada pemimpin BN terlibat dengan kegiatan tidak bermoral mereka desak supaya letak jawatan. tapi bila pemimpin mereka yang terlibat mereka kata ia adalah konspirasi dan hal peribadi.

  • Apabila media arus perdana menyiarkan sesuatu berita mereka anggap itu permainan jahat media milik kerajaan tetapi apabila media mereka menyiarkan berita yang memburuk-burukkan kerajaan mereka anggapitu adalah kebebasan media.

  • Apabila kerajaan menghantar anggota polis ke kawasan pilihan raya mereka kata itu usaha untuk menakutkan pengundi. Tapi apabila mereka menang pilihanraya mereka kata anggota keselamatan menjalankan tanggungjawab dengan berkesan.

  • Apabila mereka menang mereka kata pilihanraya mereka kata rakyat semakin menolak BN, tapi bila mereka kalah mereka tuduh SPRM tidak telus, rasuah@politik wang dan BN guna pengundi hantu.

  • Apabila ada pihak terlalu ekstrem@melampau membuat tuntutan untuk kaum tertentu mereka anggap itu kebebasan bersuara. Tapi bila ada orang menyokong dan menyahut seruan kerajaan mempertahankan hak melayu mereka kata itu adalah perkauman.

  • Apabila mereka kemukakan idea sampai satu dunia tahu, mereka kata itu untuk kepentingan rakyat dan negar. Tetapi apabila idea itu di tolak oleh rakan pembangkang mereka kata ia idea jahat BN dan tohmahan untuk melemahkan pembangkang.

  • Apabila polis melarang daripada melakukan demonstrasi awam demi ketenteraman awam mereka tusuh ia menyekat kebebasan hak asasi manusia. tapi bila mereka lakukan juga, dan polis bertindak mengikut lunas undang-undang mereka tuduh polis kejam.

  • Apabila UMNO berbincang sesuatu dengan isu dengan MCA atau MIC mereka kata UMNO takutkan 2 parti tersebut. Tapi apabila mereka berbincang dengan DAP mereka kata ia melambangkan kesepaduan UMMAH...!

  • Apabila UMNO berikrar mahu pertahankan hak melayu mereka tuduh ia perkauman, tapi bila mereka perjuangkan nasib bangsa lain mereka beria-ia kata ia adalah kesamarataan.

  • Apabila ada rakan pembangkang menuduh BN macam-macam, mereka kata ia bagus, Tetapi apabila kenyataan mereka di sanggah rakan pembangkang sendiri mereka kata media arus perdana memutarbelitkan fakta dan cuba melaga-lagakan pembangkang.

  • Mereka tidak sentuh makanan orang UMNO kerana anggap ia adalah sembelihan orang kafir dan haram. Tapi mereka sendiri yang makan makanan yang d sediakan oleh DAP macam mana pulak????????

  • Mereka kata ikut sunnah tapi mereWarna Tekska mencarut jugak,bila mencarut kata ALLAH SWT pun mencarut juga dalam Quran. ALLAH SWT bukan mencarut tapi itu adalah kemurkaanNYA.

"ya ALLAH engkau lindungilah masyarakat malaysia daripada wabak dengki, iri hati, bongkak, sombong, riak, sukakan perpecahan dan engkau rapatkanlah urang perpecahan antara kami umat islam"

2 ulasan:

jamali berkata...

sembah tugu negara boleh dlm islam?

sayyidina umar al-khattab berkata...

salam ukhuwah jamali...

bukankah kita pernah di gegarkan dengan isu ir. nizar yang memegang lilin sempena memperingati kematian teoh beng hock?? sudah tentu anta tahu apa jawapan TG nik aziz kan??

TG nik aziz kata lebih kurang macam nie...
"tak salah pegang lilin. sebab ia bukan acara keagamaan...kalau itu adalah budaya tak apa..jangan acara keagamaan..."

jadi sama la dalam konteks ini...pemimpin2 negara bukannya pergi sembah tugu tu atau duduk di hadapan tugu tu sebagai acara keagamaan tapi sebagai salah satu 'BUDAYA' memperingati kematian tentera2 yang terkorban melawan penjajah....

tapi sebenarnya dalam hal nie sama ada berkaitan pegang lilin mahupun duduk kat depan tugu negara ana sendiri pun tidak berani memberi komen kerana ia melibatkan akidah.

Tapi yang afdalnya baik di tinggalkan sajalah kerana ia adalah perkara shubahat...

dalam islam sendiri pun menggesa kita meninggalkan perkara shubahat....!!

Catat Ulasan

salam ukhuwah salam perpaduan...

di harapkan kepada sesiapa yang mahu meninggalkan ulasan tolong jangan masukkan unsur2 memaki,mencarut, memfitnah dan sebagainya.

wassalam

Related Posts with Thumbnails

Mencari Damai Di Hati

Mencari Damai Di Hati
Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari panduan,
Kita bongkar rahsia sunah Nabi,
Cari pedoman,
Aku hidup kerana Dia Rabbi,
Dialah teman,
Dialah wali,
Dia mencukupi,
Aku hidup bererti,
Menikmati damai abadi.

(Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi)

barisan PM Malaysia

barisan PM Malaysia
Jasamu tetap di kenang

LAGU WARISAN


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara 3x


Lirik oleh:
Tan Sri Nordin Bin Kardi
Naib Canselor UUM

personaliti mengikut kumpulan darah

KUMPULAN DARAH ‘O’:
Ini adalah jenis pemimpin. Saat melihat sesuatu yg diinginkan, org dgn kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yg kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif.

KUMPULAN DARAH ‘A’:
Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dgn baik dgn org lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dgn santai dan cenderung keras kepala..

KUMPULAN DARAH ‘B’:
Anda punya tabiat keras dan individualis, suka terus-terang tanpa memikirkan org lain dan melakukan segala sesuatu dgn cara sendiri. Namun anda juga kreatif & fleksibel & boleh beradaptasi dgn mudah terhadap situasi. Namun kelemahan yg anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri, yg boleh merugikan..

KUMPULAN DARAH ‘AB’:
Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tpt berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan utk menghibur org lain secara semulajadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.