Sikap pembangkang ini dapat di kupas melalui beberapa senario yang berlaku sejak selepas pilihan raya umum yang lalu.
- Apabila keputusan mahkamah menyebelahi mereka, ia akan di anggap melambangkan ketelusan badan kehakiman tetapi apabila keputusan sebaliknya, mahkamah akan di tuduh berat sebelah dan ada campur tangan dari pihak kerajaan.
- Apabila mereka merancang menubuhkan kerajaan pada 16 september melalui pintu belakang dengan hendak membeli 31 orang AP BN, mereka anggap itu demokrasi. Tetapi apabila BN menubuhkan kerajaan di perak setelah wakil rakyat mereka menjadi calon bebas mereka kata ia pencabulan demokrasi dan terpekik terlolong mahu DUN di bubarkan.
- Apabila ada pemimpin mereka di hadapkan di mahkamah mereka anggap itu fitnah. tetapi bila pemimpin BN di dakwa di mahkamah mereka itu adlah kerana BN parti yang jahat.
- Apabila UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC mereka kata ia salah, apabila mereka bekerjasama dengan DAP mereka kata parti mereka untuk semua.
- Apabila ada pemimpin BN terlibat dengan kegiatan tidak bermoral mereka desak supaya letak jawatan. tapi bila pemimpin mereka yang terlibat mereka kata ia adalah konspirasi dan hal peribadi.
- Apabila media arus perdana menyiarkan sesuatu berita mereka anggap itu permainan jahat media milik kerajaan tetapi apabila media mereka menyiarkan berita yang memburuk-burukkan kerajaan mereka anggapitu adalah kebebasan media.
- Apabila kerajaan menghantar anggota polis ke kawasan pilihan raya mereka kata itu usaha untuk menakutkan pengundi. Tapi apabila mereka menang pilihanraya mereka kata anggota keselamatan menjalankan tanggungjawab dengan berkesan.
- Apabila mereka menang mereka kata pilihanraya mereka kata rakyat semakin menolak BN, tapi bila mereka kalah mereka tuduh SPRM tidak telus, rasuah@politik wang dan BN guna pengundi hantu.
- Apabila ada pihak terlalu ekstrem@melampau membuat tuntutan untuk kaum tertentu mereka anggap itu kebebasan bersuara. Tapi bila ada orang menyokong dan menyahut seruan kerajaan mempertahankan hak melayu mereka kata itu adalah perkauman.
- Apabila mereka kemukakan idea sampai satu dunia tahu, mereka kata itu untuk kepentingan rakyat dan negar. Tetapi apabila idea itu di tolak oleh rakan pembangkang mereka kata ia idea jahat BN dan tohmahan untuk melemahkan pembangkang.
- Apabila polis melarang daripada melakukan demonstrasi awam demi ketenteraman awam mereka tusuh ia menyekat kebebasan hak asasi manusia. tapi bila mereka lakukan juga, dan polis bertindak mengikut lunas undang-undang mereka tuduh polis kejam.
- Apabila UMNO berbincang sesuatu dengan isu dengan MCA atau MIC mereka kata UMNO takutkan 2 parti tersebut. Tapi apabila mereka berbincang dengan DAP mereka kata ia melambangkan kesepaduan UMMAH...!
- Apabila UMNO berikrar mahu pertahankan hak melayu mereka tuduh ia perkauman, tapi bila mereka perjuangkan nasib bangsa lain mereka beria-ia kata ia adalah kesamarataan.
- Apabila ada rakan pembangkang menuduh BN macam-macam, mereka kata ia bagus, Tetapi apabila kenyataan mereka di sanggah rakan pembangkang sendiri mereka kata media arus perdana memutarbelitkan fakta dan cuba melaga-lagakan pembangkang.
- Mereka tidak sentuh makanan orang UMNO kerana anggap ia adalah sembelihan orang kafir dan haram. Tapi mereka sendiri yang makan makanan yang d sediakan oleh DAP macam mana pulak????????
- Mereka kata ikut sunnah tapi mereka mencarut jugak,bila mencarut kata ALLAH SWT pun mencarut juga dalam Quran. ALLAH SWT bukan mencarut tapi itu adalah kemurkaanNYA.
"ya ALLAH engkau lindungilah masyarakat malaysia daripada wabak dengki, iri hati, bongkak, sombong, riak, sukakan perpecahan dan engkau rapatkanlah urang perpecahan antara kami umat islam"
2 ulasan:
sembah tugu negara boleh dlm islam?
salam ukhuwah jamali...
bukankah kita pernah di gegarkan dengan isu ir. nizar yang memegang lilin sempena memperingati kematian teoh beng hock?? sudah tentu anta tahu apa jawapan TG nik aziz kan??
TG nik aziz kata lebih kurang macam nie...
"tak salah pegang lilin. sebab ia bukan acara keagamaan...kalau itu adalah budaya tak apa..jangan acara keagamaan..."
jadi sama la dalam konteks ini...pemimpin2 negara bukannya pergi sembah tugu tu atau duduk di hadapan tugu tu sebagai acara keagamaan tapi sebagai salah satu 'BUDAYA' memperingati kematian tentera2 yang terkorban melawan penjajah....
tapi sebenarnya dalam hal nie sama ada berkaitan pegang lilin mahupun duduk kat depan tugu negara ana sendiri pun tidak berani memberi komen kerana ia melibatkan akidah.
Tapi yang afdalnya baik di tinggalkan sajalah kerana ia adalah perkara shubahat...
dalam islam sendiri pun menggesa kita meninggalkan perkara shubahat....!!
Catat Ulasan
salam ukhuwah salam perpaduan...
di harapkan kepada sesiapa yang mahu meninggalkan ulasan tolong jangan masukkan unsur2 memaki,mencarut, memfitnah dan sebagainya.
wassalam