Daulat Tuanku

DYMM Yang Di-Pertuan Agong Ke-13

DYMM Yang Di-Pertuan Agong Ke-13
Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

Raja Permaisuri Agong

Raja Permaisuri Agong
Tuanku Nur Zahirah

Perdana menteri Malaysia

Perdana menteri Malaysia
YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Renung-renungkanlah…!

“Dalam setandan pisang tak semua elok dan tak semuanya buruk”

“Perasaan sayang hanya akan menutup mata dari melihat kecacatan, yang tampak hanyalah bagusnya sahaja. Rasa benci pula akan menutup mata dari melihat kebaikan, yang tampak hanyalah cacatnya sahaja. Jadi janganlah PERASAAN MENGALAHKAN AKAL….!” Abuya Hamka

Pengikut

selamat datang

salam ukhuwah salam perpaduan...

Ana ingin memohon kemaafan di atas kekhilafan ana dalam menulis
atau memberi komen di blog-blog anta semua menggunakan pengenalan Sayyidina umar Al-Khattab. kerana setiap manusia sentiasa melakukan kekhilafan dan menjadi tabiat manusia itu sendiri bersikap lalai, begitu jugalah ana insan yang lemah.

wassalam

adakah anda berpuashati dengan blog BAKTIRAKYAT???

jantina

peringkat umur

Bangsa

14 Oktober 2009

Ada belangkas di bawah batu

salam ukhuwah salam perpaduan...

kali ini ana ingin menulis tentang seorang pemuda buta yang di tolong oleh syaitan laknatullah bagi menjawab apa yang di katakan oleh TGNA "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999." begitulah lebih kurang apa yang di ucapkan oleh TGNA...

dan ceritanya bermula :-

pada suatu hari yang baru selesai hujan seorang pemuda BUTA MATAnya yang mana hatinya telah tertarik kepada masjid yang mana tidak boleh di pisahkan hidupnya dari masjid menuju ke masjid sambil memegang tali yang di rentang dari rumahnya ke masjid, ini bagi mengelakkan ia tersesat...

tapi baru sahaja meninggalkan rumahnya beberapa langkah pemuda tersebut telah terjatuh ke dalam lopak air sehingga mengotorkan bajunya, tanpa berlengah pemuda tersebut berpatah balik ke rumahnya untuk menukar pakaian...

tetapi pada kali kedua, pemuda tersebut masih lagi jatuh ke dalam lopak air tersebut sehinggakan mengotorkan lagi pakaiannya, tanpa berlengah pemuda tersebut bingkas bangun dan pulang ke rumahnya untuk menggantikan pakaian yang kotor tersebut dengan yang baru..

pada kali ketiga pemuda tersebut masih lagi jatuh, tetapi sebelum sempat pemuda tersebut jatuh ke dalam lopak satu tangan yang kasar datang menyambut beliau lalu menolong untuk pergi ke masjid..

sampai sahaja di masjid pemuda tersebut mengucapkan ribuan terima kasih tetapi tidak bersahut, pemuda tersebut mengajak orang yang menolongnya sama-sama naik ke masjid untuk berjemaah tetapi orang yang menolongnya tetap berdiam diri...

lalu pemuda tersebut bertanya "wahai gerangan orang yang bermurah hati..siapakah anta yang sebenarnya???"

"aku adalah syaitan laknatullah...!" jawab empunya tangan yang menolong pemuda tersebut.

sungguh terperanjat pemuda tersebut mendengar jawapan tersebut sehingga menggigil badannya lalu pemuda tersebut bertanya

"jika engkau adalah syaitan laknatullah..kenapa engkau membantu aku, sehingga aku tidak terjatuh ke dalam lopak tadi? dan membantu aku sehingga sampai ke masjid dengan selamat???"

jawab syaitan tersebut " sesungguhnya aku tidak tertahan melihat kesungguhan engkau untuk ke masjid..!"

"kenapa? bukankah engkau tidak suka anak Adam berbuat kebaikan? malah memperhambakan diri kepada ALLAH SWT yang maha perkasa" tanya pemuda tersebut

syaitan menjawab "benar apa yang kamu katakan...tapi tahukah kamu, pertama kali kamu terjatuh ke dalam lopak tadi ALLAH telah menghapuskan seluruh dosa-dosamu..pada kali kedua pula apabila kamu terjatuh ke dalam lopak tadi, ALLAH telah menghapuskan dosa seluruh ahli keluargamu. dan jika aku membiarkanmu jatuh buat kali ketiga..nescaya dosa seluruh umat Islam di Dunia ini akan terhapus...!"

terkedulah pemuda tersebut mendengar jawapan dari syaitan laknatullah...ingatkan baik rupa-rupanya 'ada belangkas di bawah batu'

jadi soalan ana kepada TGNA adakah jika Syaitan laknatullah menolong PAS, syaitan tersebut menolong untuk kebaikan PAS??? tentu tidak sama sekali..

dan ana bersangka baik dengan TGNA mngkin walaupun TGNA adalah TG yang paling ALIM di dunia ini sehingga mengalahkan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq dan 3 lagi khulafa Ar-Rasyidin namun mungkin TGNA tidak pernah mendengar cerita ini ataupun terlupa buat sementara waktu tentang kisah ini....

sekian sahaja kisah ana untuk kali ini..

wassalam..

0 ulasan:

Catat Ulasan

salam ukhuwah salam perpaduan...

di harapkan kepada sesiapa yang mahu meninggalkan ulasan tolong jangan masukkan unsur2 memaki,mencarut, memfitnah dan sebagainya.

wassalam

Related Posts with Thumbnails

Mencari Damai Di Hati

Mencari Damai Di Hati
Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari panduan,
Kita bongkar rahsia sunah Nabi,
Cari pedoman,
Aku hidup kerana Dia Rabbi,
Dialah teman,
Dialah wali,
Dia mencukupi,
Aku hidup bererti,
Menikmati damai abadi.

(Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi)

barisan PM Malaysia

barisan PM Malaysia
Jasamu tetap di kenang

LAGU WARISAN


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara 3x


Lirik oleh:
Tan Sri Nordin Bin Kardi
Naib Canselor UUM

personaliti mengikut kumpulan darah

KUMPULAN DARAH ‘O’:
Ini adalah jenis pemimpin. Saat melihat sesuatu yg diinginkan, org dgn kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yg kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif.

KUMPULAN DARAH ‘A’:
Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dgn baik dgn org lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dgn santai dan cenderung keras kepala..

KUMPULAN DARAH ‘B’:
Anda punya tabiat keras dan individualis, suka terus-terang tanpa memikirkan org lain dan melakukan segala sesuatu dgn cara sendiri. Namun anda juga kreatif & fleksibel & boleh beradaptasi dgn mudah terhadap situasi. Namun kelemahan yg anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri, yg boleh merugikan..

KUMPULAN DARAH ‘AB’:
Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tpt berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan utk menghibur org lain secara semulajadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.