selamat datang
salam ukhuwah salam perpaduan...
Ana ingin memohon kemaafan di atas kekhilafan ana dalam menulis atau memberi komen di blog-blog anta semua menggunakan pengenalan Sayyidina umar Al-Khattab. kerana setiap manusia sentiasa melakukan kekhilafan dan menjadi tabiat manusia itu sendiri bersikap lalai, begitu jugalah ana insan yang lemah.
wassalam
salam ukhuwah...salam perpaduan..
ana sebagai salah seorang blogger yang cintakan keamanan dan salah seorang dari penyokong
BPN
mengecam sekeras-kerasnya tindakan dan tulisan yang di lakukan oleh salah seorang penyokong
PAKATAN PAS,PKR,DAP(mereka bukanlah kerana pakatan rakyat kerana telah menghina amanat yang di berikan oleh rakyat pada PRU 12) kerana dengan beraninya menghina institusi beraja PERAK, khususnya SULTAN AZLAN SHAH yang di siarkan di blog
KERAJAAN R.
ana merasa tersangat malu dengan tulisan sedemikian yang mencerminkan bahawa penulis tersebut adalah seorang yang tidak matang dalam menilai dan membuat keputusan. ana menyeru supaya seluruh penyokong dan pengikut
BPN supaya bersama-sama mengecam tindakan yang tidak matang penyokong PAKATAN R (ana merasa malu untuk memanggil mereka sabagai PAKATAN RAKYAT kerana tindakan mereka yang begitu keterlaluan)
jika penulis artikel tersebut adalah seorang ISLAM berbangsa MELAYU apakah beliau adalah seorang yang masih lagi enak di buai mimpi sewaktu menulis artikel berkenaan??? ini kerana artikel tersebut jelas memaparkan kebiadapan penulis terhadap institusi Sultan PERAK...!!!
Ana menyokong penuh terhadap mana-mana blogger yang mahu membuat LAPORAN POLIS berhubung artikel ini.... apakah penulis artikel ini tidak mengambil iktibar dengan apa yang berlaku di singapura??? MELAYU yang mana sebagai pribumi asal di pinggirkan setelah institusi BERAJA di lenyapkan. apakah ada pegawai-pegai kerajaan mahupun kabinet yang berbangsa MELAYU di singapura??? jawapannya TIADA seorang pun....!!!
apakah PAS mahu itu berlaku di malaysia??? jika itulah yang di kehendaki oleh para pemimpin dan penyokong PAS ana mendoakan supaya ALLAH SWT membuka pintu hati para pemimpin dan penyokong PAS supaya kembali ke jalan yang benar...
dalam hal N31 Bagan Pinang NS, kenapa PAS masih lagi mahu memperkatakan tentang isu rasuah yang di lakukan oleh TS isa samad??? sedangkan TS Isa Samad telah di hukum tapi PAS boleh pula menerima DSAI yang banyak melakukan kesalahan meskipun DSAI tidak di hukum...
dan untuk kali terakhir ana menyeru kepada seluruh blogger tidak kira pro-krajaan mahupun pembangkang marilah kita sama-sama MENGECAM DENGAN SEKERAS-KERASNYA tulisan yang terdapat di blog PAKATAN PEROSAK BANGSA klik
di sini.
wassalam
Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari panduan,
Kita bongkar rahsia sunah Nabi,
Cari pedoman,
Aku hidup kerana Dia Rabbi,
Dialah teman,
Dialah wali,
Dia mencukupi,
Aku hidup bererti,
Menikmati damai abadi.
(Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi)
LAGU WARISAN
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara 3x
Lirik oleh:
Tan Sri Nordin Bin Kardi
Naib Canselor UUM
personaliti mengikut kumpulan darah
KUMPULAN DARAH ‘O’:
Ini adalah jenis pemimpin. Saat melihat sesuatu yg diinginkan, org dgn kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yg kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif.
KUMPULAN DARAH ‘A’:
Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dgn baik dgn org lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dgn santai dan cenderung keras kepala..
KUMPULAN DARAH ‘B’:
Anda punya tabiat keras dan individualis, suka terus-terang tanpa memikirkan org lain dan melakukan segala sesuatu dgn cara sendiri. Namun anda juga kreatif & fleksibel & boleh beradaptasi dgn mudah terhadap situasi. Namun kelemahan yg anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri, yg boleh merugikan..
KUMPULAN DARAH ‘AB’:
Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tpt berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan utk menghibur org lain secara semulajadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.
0 ulasan:
Catat Ulasan
salam ukhuwah salam perpaduan...
di harapkan kepada sesiapa yang mahu meninggalkan ulasan tolong jangan masukkan unsur2 memaki,mencarut, memfitnah dan sebagainya.
wassalam