
salam ukhuwah salam perpaduan...
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan izinnya dapat lagi ana menulis walaupun kandungan tulisan ana tidaklah sebernas tulisan-tulisan abang-abang bloggers yang lain kerana ana masih lagi dalam proses pembelajaran untuk merenangi arus politik tanah air...
pertama-tama sekali ana ingin mengucapakan Setinggi-tinggi tahniah kepada TS Isa Samad kerana berjaya memenangi PRUK N.31 DUN Bagan Pinang Negeri 9 semalam..
apa yang ana tahu

TS Isa Samad yang mewakili UMNO/BN mendapat 8013 undi
manakala En. Zulkifli Mohamad Omar yang mewakili PAS mendapat 2578 undi
dengan majoriti undi berpihak kepada TS Isa Samad sebanyak 5435 undi...ia adalah suatu majoriti yang sangat besar.
semalam sejak daripada pagi ana berdoa kepada ALLAH SWT supaya
kemenangan berpihak kepada Calon UMNO/BN ini kerana ana sudah tidak tahan melihat dan membaca serta mendengar kenyataan-kenyataan yang berbau keangkuhan daripada penyokong PAS setelah menang berturut-turut...
mengikut pandangan ana banyak faktor-faktor yang mendorong TS Isa Samad memenangi PRUK kali ini, ini mungkin kerana ketokohan beliau yang terserlah selepas memegang jawatan MB N9 selama 22 tahun dan sudah di kenali ramai sebagai seoarng yang berjiwa rakyat meskipun pernah di libatkan dengan kes politik wang.
dan yang kedua ialah kerana hampir 40% pengundi di kawasan tersebut adalah pesara tentera, tentera-tentera yang pernah bertarung nyawa dalam mempertahankan tanah air yang di cintai daripada keganasan PKM.
tapi apabila PR mempunyai sedikit kuasa mereka cuba membawa pulang bekas setiausaha PKM iaitu chin peng..bukankah ini beerti mengguris kembali luka lama yang hampir sembuh dalam hati para pejuang-pejuang tanah air yang mana mereka ini telah kehilangan ramai orang tersayang samada ibu bapa,anak-anak,suami,isteri,sahabat karib dan sebagainya...
mungkin di sebabkan ini lah ramai para pesara tentera yang mengundi UMNO/BN...
dan ana percaya mungkin rakyat juga sudah jemu dengan PR kerana mereka hanya pandai menimbulkan huru-hara, memfitnah dan membuka aib-aib sesama muslim dalam ceramah-ceramah meraka.
sebagai rakyat walaupun ana tidak menyebelahi mana-mana parti samada UMNO, PAS, PKR mahupun DAP tapi sebagai rakyat ana sudah jemu melihat keangkuhan-keangkuhan yang mula bersarang di dalam diri pemimpin-pemimpin PR....
tapi suka ana ingatkan kepada Para pemimpin UMNO/BN jangan anta semua bergembira dahulu dan jangan anta bersikap takbur kerana sikap takbur tersebut sudah pasti memakan diri sendiri sebagaimana sikap takbur memakan diri pemimpin-pemimpin PAS...
satu lagi pesanan ana kepada seluruh pimpinan UMNO/BN dalam berjuang jangan kita meletakkan 'KUASA' yang di kejar tetapi letaklah 'UNTUK BERBAKTI KEPADA RAKYAT' nescaya anta akan beroleh kemenangan...!!!
dan kepada PAS jangan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berbau hasutan... apa yang ana biasa tengok dan perhatikan...jika mereka(PAS) yang memenangi PRUK mereka akan melaung-laungkan "RAKYAT SEKARANG SUDAH SEDAR, RAKYAT MENOLAK BN PARTI HIPOKRIT, PARTI RASUAH" DAN MACAM-MACAM LAGI, tapi jika mereka kalah mereka akan cepat-cepat laungkan "BN GUNA POLITIK WANG...!!, SPR TIDAK TELUS, TIDAK ADIL, TIDAK BERSIH DAN SEBAGAINYA..!" kenapa semasa mereka menang tidak pula mereka kata mereka merasuah SPR, SPR tidak bersih, SPR tidak adil???
jika mereka menang tidak pernah pihak BN mengeluarkan kenyataan SPR tidak telus, tidak ADIL dan sebagainya, tetapi jika mereka kalah banyaklah fitnah-fitnah yang akan di lemparkan kepada pihak BN mahupun SPR..
bukankah ISLAM sudah menerangkan bahawa dosa memfitnah lebih besar dari membunuh?? dan jika mereka sibuk melaungkan membangun bersama islam kenapa mereka masih lagi memfitnah tanpa henti??
Jika inilah yang ana dengar selepas ini, ana akan cepat-cepat berdoa kepada ALLAH SWT supaya memberi 'pengajaran@bala' kepada PAS di atas kebiadapan mereka.
ana rasa setakat ini saja lah tulisan ana untuk kali ini...
ana memohon maaf kepada semua jika tulisan ana ini mengguris sedikit sebanyak perasaan kalian
wassalam...
0 ulasan:
Catat Ulasan
salam ukhuwah salam perpaduan...
di harapkan kepada sesiapa yang mahu meninggalkan ulasan tolong jangan masukkan unsur2 memaki,mencarut, memfitnah dan sebagainya.
wassalam