Pada suatu malam 3 ekor pontianak sedang bertenggek di atas pokok sambil
bergaduh tentang kehebatan masing-masing. Ketiga-tiga mengaku diri mereka
hebat. Untuk menentukan siapa paling hebat, mereka pun cuba membuktikan
kehebatan masing-masing.
Pontianak A terbang dengan sepantas kilat. 15 saat kemudian balik semula
ke
pokok tersebut. Kelihatan ada kesan-kesan darah di sekitar gigi Pontianak A.
Pontianak A : Kau orang nampak rumah tu?
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak A : Satu rumah tu habis aku kerjakan.
Pontianak B pula terbang lebih pantas dari Pontianak A. 10 saat kemudian
balik semula ke pokok tersebeut. Kelihatan ada darah bukan setakat pada
gigi, malah pada keseluruhan mulut pontianak tersebut.
Pontianak B : Kau orang nampak kampung tu?
Pontianak A : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak B : Habis satu kampung tu aku kerjakan.
Sejurus lepas itu Pontianak C pula terbang lebih pantas dari Pontianak A
dan B. Dalam masa 5 saat je dia kembali ke pokok tersebut. Kelihatan darah
mengalir-ngalir bukan sahaja pada mulut, malah pada keseluruhan muka
pontianak tersebut.
Pontianak C : Kau orang nampak tembok kat hujung sana tu?
Pontianak A : Nampak!
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Err... tadi aku tak nampak...
-
1 ulasan:
hurm. mmg menarik cerita nih. ingat dier langgar orang. rupenyer terlanggar tembok. hahahaha. pontianak pun x pandai jugak. hahaha (jgn x pandai cam anak pontianak dah ler)
Catat Ulasan
salam ukhuwah salam perpaduan...
di harapkan kepada sesiapa yang mahu meninggalkan ulasan tolong jangan masukkan unsur2 memaki,mencarut, memfitnah dan sebagainya.
wassalam